Wednesday, January 2, 2013

Mattel Warehouse Clearance Dec 2012

Assalammualaikum,

Bulan Disember tahun lepas, aku, Israr dan Shahrum telah berjaya pergi ke Mattel Warehouse Clearance di SSTWO. Memang best dan memang amat-amat menarik. Sale kaw-kaw punyer harga dia diskaun.

Kebanyakan orang yang pergi sale ini adalah

  1. untuk beli hadiah kanak-kanak untuk tahun 2013 (dah save budget dan sudah bersiap-sedia)
  2. peniaga kecil-kecilan dengan tujuan jual balik ikut harga pasaran atau murah cikit.
  3. ada juga penjual maianan yang tegar menjual mainan-mainan yang rare, yang boleh terdapat dalam sale ini
  4. pengumpul mainan (mcm aku)
  5. mak bapak beli hadiah anak-anak




breakfast dulu, kumpul tenaga sebelum berebut. Buka pada pukul 10pagi, tapi pukul 9.30pagi sudah ramai orang beratur.

Ini dia keadaan orang di dalam sale ini, ramai gila, mainan di longgok begitu sahaja.

mainan yang aku beli, semuanya dalam RM149 sahaja. Tumbler 1 Unit RM15 (kira rare juga laaa, sebab kat luar jual 1 unit RM70, dan berterima kasih kepada Israr bagi/share set tumbler itu kepada ku), Barbie dalam RM25 (untuk Hasaya Amani),  Thomas Train(untuk 2 orang skali) dalam RM20 dan Batman Suit RM50 kat supermarket dalam RM149 (untuk Hilmi Adam).

Malam itu juga aku bagi kat diorang, punyalah seronok sambil melompat-lompat. Adam dapat senapang, aku suruh tembak kat dinding saja, dia jawab tak nak, nanti dinding pecah, aku pula ketawa sambil melompat-lompat. Hasya pula memang gembira sebab dapat baby baru, bawa sampai tidur.

itu dia hasil rampasam perang yang mereka dapat. RC Toy Story tue memang rare, boleh trade dengan 12 unit Tumbler. Untung gila kedai makan Belanga di SSTWO tue, sebab dia sahaja yang buka time tue. Ramai orang singgah untuk makan dan minum.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)