Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalammualikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, Maaf Zahir dan Batin.

Raya kali ini memang banyak pakai duit... dengan :

  1. kereta eksiden
  2. bayar pengawal keselamatan (4bulan terus.. lama tak bayar, nak raya baru bayar hohoho)
  3. kereta major service (kereta pinjam dari mak)
  4. tayar kereta kena tukar (dah expire laa pulak)

Semua itu hanya laa dugaan semasa puasa, dengan berbekal pemberian wang ehsan dari kerajaan dapat juga laaa menyelesai serba sedikit masalah.

Dibawah adalah gambar-gambar aku beraya.. selamat menonton....

Gambar raya tahun lepas hohoho

Bergambar pepagi raya, bermaaf maafan. Gambar aku tidak ada sebab tiada orang nak ambilkan.

Sesi terima hadiah raya di pagi hari. Tahun ini semua beraya di rumah ku sebab rumah mak tengah renovate lagi. Semua orang perempuan dapat gelang lengan.

Gambar family semua. Tahun depan Hanie dah pergi london sambung belajar.

Beraya di rumah Datuk. Punyer laa ramai tunggu duit raya.

Humaira Ariana memang tidak boleh duduk diam... Hyper Active sikit dia nie.

Terpaksa buka khemah dekat luar, sebab dekat dalam tidak muat lagi. Itu gambar diorang tengah berborak pasal accident dekat depan rumah tadi. Mamat tue mengaku dia budak Ampang nak buat hal kat sini, mamat tue tak sedar dia tengah cakap ngan pailang simpang 3... hampir kena cepok ngan pakcik aku.

Malam raya pertama baru bertolak pergi balik kampung Paris, eh silap Parit. Mengenang plastik kit aku yang tak pasang-pasang lagi...

Malam raya Ke2, main bunga api, mercun sikit aje.. bahaya tauuuu

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Sambut hari jadi di raya Ke4

Sambut hari jadi di raya Ke4

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris. Bersolat jemaah di Kg Senin. Ada Mesyuarat Agung Keluarga, kami menantu join laaa juga.




1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)