Saturday, November 6, 2010

Keputusan Experiment 2.i

Nampaknyer anak ikan tinggal 5 ekor aje hohohohoho... kekurangan makanan dan air yang tidak terjaga agaknyer. Tetapi ok laa dari mati semuanya,

BBS di order dari betta hunt telah pun sampai dah telah diculturekn. Kembung perut 5 ekor ikan tue terlebih makanan. Nampaknyer usaha untuk membiakkan lagi akan dijalankan.

Disini ingin ku ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi khidmat nasihat, seponser air pump dan assesori , diskaun makanan, transport ke kedai ikan dan lain-lain lagi.

Trimas Semua!

Friday, October 22, 2010

Experimen No. 2

Salam 1 Malaysia,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan, ekperimen no. 1 tidak berjaya, dimana kesemua anak ikan mati kelaparan dan habis dimakan oleh ikan jantan. Sehubungan dengan itu, kaji semula telah dibuat dan kelengkapan yang penting telah dibuat.

2. Susulan dengan itu, pada hari khamis (20.10.2010), experimen No. 2 telah dijalankan. Kali ini penuh dengan hati-hati dan berwaspada berkenaan dengan kapasiti air, suhu air, pH air, makanan dan tumbuh-tumbuhan. Prosess pensenyawaan akan dijalankan pada malam ini (22.10.2010) sehingga pagi esok (23.10.2010).

Diharap kerjasama segera dari ikan-ikan laga ku didahului dengan terima kasih.

Sekian,
terima kasih

Wednesday, October 6, 2010

Hobi @ Aktiviti Baru

Hohohohoh minggu lapas aku baru terbaca satu blog pasal ikan laga. So baca punyer baca, terus buat study pasal ikan laga. Tetiba terasa minat lak nak bela ikan laga dan seterusnya cuba-cuba untuk menternak ikan laga.

Minggu lepas hari selasa, aku beli 1 pasang ikan laga dan bermulalah aktiviti aku. Pagi sabtu aku kawinkan ikan tue, so ari ini dijangka telur-telur ikan laga ku akan menetas.

Hohohohoh rasa seronok lak tgk anak-anak ikan pagi tadi. Skang tengah pikir mana aku nak beli makanan anak ikan. diong nie makan jentik-jentik aje. Kang aku bela jentik-jentik nanti, kena saman n masuk penjara lak.

Malam nie nak tangkap gambar anak ikan ku. Yeah! :)

Monday, May 31, 2010

First Time Blogging


Hmm.. Entah ler, aku tgk semua org dah start blogging nie, terasa nak gak buat. Ada org kata leh buat duit pakai blog nie, ada org cakap gak leh cari awekzzz hohoho atau kenalan atau kengkawan lelama. Aku pun cuba laaa nie. apa yang nak di isi pun aku pun tak tau. So.. nie aje laa aku nak isi buat permulaan.

Sekian, trimas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)