Tuesday, June 25, 2013

Update Adult Collection June 2013

Assalammualaikum,

Saja nak bagi racun undate untuk korang-korang collector dengan koleksi yang tidak seberapa ini hohoho.

Cabinet of toys, adult toys to be exact. 

Sekarang terbahagi 3 Section. Section Gundam, Section Action Figure & Section Transportation.  Hujung bulan nie ada lagi akan sampai. Most of the my wish list have been fullfill hohoho.

Sekian, terima kasih

Happy Birthday 3 years old Hasya Amani

Assalammualaikum,

Tepat pada haribulan 12 Jun 2013 adalah hari jadi anak kedua ku, Hasya Amani untuk 3 tahun. Tiada sangat majlis besar untuk sambut birthday Amani sebab isteriku sedang perpantang lagi. Aku cuma buat makan sekeluarga secara kecil- kecilan sahaja.

Nasib baik laa Litt Tak ada buat Mid-year Warehouse Sale, sempat juga aku pergi membeli sedikit hadiah untuk anak dara ku seorang ini, tapi kena beli juga satu mainan untuk teruna sulung ku hohoho.

Semua ini untuk RM65 sahaja. Patut lebih lagi (still dalam budget) tapi ada mainan rumah ku kena rembat , entah siapa, so yang tinggal yang kecil sahaja.

Masa buat birthday party kecil tue, aku pasang balik khemah diorang nie dan masukkan banyak belon dalam tue, untuk diorang bermain-main.

Sekian, terima kasih.

Happy Birthday Hasya Amani, papa love u!!

Datum:KL 2013 - ARCHIDEX 2013

Assalammualaikum,

Kali ini Datum diadakan pada 21-22 Jun 2013 (Jumaat - Sabtu) dan buat kali kedua aku dapat pergi ke Datum. Ikutkan dari Unit Latihan Cawangan Arkitek, kalau sesiapa sudah pergi Datum tahun lepas tidak layak untuk menghadiri Datum 2013 ini. Tetapi Unit aku cuma ada 3 orang pegawai sahaja dan semua bos tidak mahu pergi, so aku terpaksa laa pergi juga hohohoho.

Bagi aku untuk tahun ini, Datum kurang meriah, mungkin sebab jerebu yang melanda dan mungkin sebab speaker yang dijemput kurang menarik dan mungkin point LAM aku sudah cukup untuk tahun ini dan tahun depan. Sudah macam jadi trend sekarang, makan tengahari kena berdiri, rasa kurang selesa kalo makan berdirikan.

Hari pertama Datum 2013 diadakan pada hari Jumaat.

Diantara pameran oleh para pelajar yang berdaftar dengan PAM

Semasa balik dari Masjid KLCC aku terjumpa tempat Assemble Point untuk Menara Maxis. Setiap point mewakili tingkat dan department masing-masing.

Diantara poster untuk Datum:KL 2013
Sekian, terima kasih

Wednesday, June 5, 2013

Gundam Mid Year Competition 2013

Assalammualaikum,

Baru-baru ini aku pergi Sungei Wang sebab ada Gundam Mid Year Competition 2013. Memang menarik, ada exhibition dan jual model kit Gundam skali dan harga agak murah juga laaa, serta Even ini diadakan pada 3-6 Jun 2013. Dan aku sempat juga kenal-kenal dan belajar dari otai-otai Gunpla nie. hohoho aku sempat gak laa beli 2 biji Gundam, Gundam Age-2 sebab murah aaa tapi Dendrobium memang dalam wishlist aku, ikut hati memang nak beli lagi memikirkan nak beli 1/500 Yamato Battleship.

Gundam Exhibition for the Competition participant

Gundam Exhibition for the Competition participant

Haul this Month. MG Gumdam Age-2 (RM108) HG Gundam Dendrobium (RM53) Action Base (RM25) TOMICA Transformer (RM29.90 /each)


Jalan-jalan bersama anak ketika isteri berpantang

Assalammualaikum,

Ahad lepas (02062013) aku bawa anak-anak aku berjalan-jalan oleh kerana diorang dah boring sangat tahap dewa duduk dirumah sebab isteri aku tengah berpantang. So, aku pun bawa diorang pergi Aeon (dulunya Jaya Jusco) Setiawangsa.


Bawa diorang ke entertainment arcade aje laaa yang aku mampu, hohoho bukan apa sebelah tue ada tempat jual toys, so sambil menyelam minum air.

Memang nasib ada pulak event kat sini, Dino World, sempat laa tengok dinosour kat situ, Adam tanyer, kenapa tidak ada Ultraman.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)