Monday, August 5, 2013

Dugaan Di Bulan Puasa

Assalammualaikum,

Minggu lepas aku n the family (5beranak) kena demam panas. Mula-mula Hilmi Adam, ke esokkan harinya aku lak kena, lepastu Hanya Amani pula bersama-sama mamnya, last skali kena kat baby lak. Kasian kat baby aje, dia tak tau nak nak cakap apa kalo sakit, cuma tau menangis aje...

So aku pun join skali nangis, tak tau nak tolong apa huhuhuhu...

Hampir-hampir juga laaa nak berbuka puasa, tapi masih boleh tahan lagi, nabi masa bulan puasa pun pergi perang, deman panas camnie pun x kan tak leh tahan hohoho

Bil dari doktor mau dekat RM150 juga laaa untuk satu family.. dengan ubatnya, dan mintak extra lagi, dan surat MC lagi (dapat 1 hari aje, tapi realitinya cuti 3 hari)...


Tapi skang (hari ini 05/080/2013) alhamdulillah, kami sudah sihat dah, risau juga melarat sampai ke hari raya nanti.... dah start kerja dah...syukur nikmat

Sekian, terima kasih



Berbuka Puasa @ Foodilicious Kitchen

Assalammualikum,

27hb Julai 2013 haritue kitorang berbuka kat luar. Berbuka dekat Shah Alam di Restoren yang setaraf dengan Victoria Station, iaitu Foodilicious Kitchen (alamat seperti gambar tertera di bawah).

Kami berbuka di luar sempena hari jadi isteri tersayang ku (24hb Julai 2013 hari tue), dia kata tetak nak makan western sikit. So kitorang order :

  1. 7 Spices Lamp Chop (kambing digunakan adalah jenis kambing biri-biri, amat sedap dan lembut dagingnya)
  2. Fish N Chip (sedap dan terasa)
  3. 2 pinggan Mushroom soup (homemade punya, memang terasa herba-herba yang di gunakan)
  4. 2 pinggan Pasta untuk anak-anak ku yang amat ligat belaka, menghabis licin diorang makan
  5. dan air free aje, memang skali dengan dish yang di order dan free refill. 

Harga adalah amat berpatutan laaa, berbanding dengan tempat2 lain (tapi aku mesti laa dapat diskaun sikit). Sebab kebanyakkan bahan makanan adalah homemade, sebab selalu aku pegi umah tauke restoren ini di hidangkan benda yang sama, rasa pun tak berubah, masak seperti untuk diri sendiri hendak makan, kalo kita masak untuk diri sendiri mesti ler sedapkan, so.. sendiri mau tau laa.


Besar tue aje tempat masak dia dan tempat diorang berniaga, tapi product mantap!! Habis licin kami sekeluarga makan.




Haul Bulan Julai Adult Collection

Assalammualaikum,

Inilah natijahnya kalo bershopping semasa sale... semuanya "..add to cart.." last skali hambik RM4++ termasuk shipping, tapi jumlah sebenar sebelum diskaun mau mencecah RM6++. Ini baru sale biaser, belum Sale Black Friday.

Cuma yang tak bestnya shipping dia tertukar kepada SAL yang sepatutnya EMS. Dengan alasan, diorang kata items aku nie dah berat sangat..darn... Sudah lah harga shipping sama 3300yen dalam RM1++.

Jabber Gundam, RB-79 Gundam, Tomica Vintage dan lain-lain lagi

Dapat gak aku Thunderbird 2 tue, harga kurang dalam RM30 dari harga tempatan. Motor Drossel (EX:ride Spride.04 Josef) dapat murah aje dalam RM9+ termasuk shipping, kalo kat sini dalam RM158. 

Harlock Pirate Battleship belum siap lagi dan ada banyak model plastik kit yang belum di pasang lagi, bekalan untuk tahun ini hohoho...



Ketiadaan Khabar Di Bulan Julai

Asalammualaikum semua,

Maaf sebab tiada update bulan  Julai akibat

  1. kesibukan kerja bukan hakiki
  2. sibuk dengan time table baby baru
  3. ketidak kesihatan mempengaruhi mood hendak update
  4. sudah start bulan puasa
  5. aku sedang malas hohoho

Sekian, terima kasih

Haul Bulan Ogos ~~ Rezeki Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Ini dia haul untuk Bulan Ogos, New Beginner Started Paint Set (Mr Color) dari TYTROUM HOBBY dengan harga RM165 (service pos dia pun laju).

  1. Item yang terdapat dalam Beginner Set ini adalah:
  2. Mixing Cup Small x2pcs,
  3. Mixing Cup Big x1pc,
  4. paint Stirrer x1,
  5. Glass Dropper x1,
  6. Plastic Dropper x1,
  7. Japan Masking Tape 5in1 (2mm,6mm,10mm,12mm,18mm),
  8. GUNZE SANGYO Lacquer Base T-103 Mr.COLOR THINNER 250ml,
  9. Mr. SURFACER 1200 40ml, + 
  10. Mr. COLOR 18ml x6Bots (GX01 White,GX02 Black,GX03 Red,GX04 Blue,GX05 Yellow,GX100 Clear),
  11. Paint Clip set 20pcs,
  12. 30ml Empty Glass Bottle x3.

Ada orang cakap mahal, tapi beginner macam aku nak mencari dan nak buat perbandingan yang mana lagi elok, mungkin akan burst, so aku ambik ini saja untuk jalan mudah.



Dan bulan ini juga laaa aku ter P.O menda alah ini, masak aku, budget raya dah lari serong 90 darjah :

The Storm Riders: 1/6th scale Cloud (Comic Version), order kat XL-Shop RM588

Phicen - 1/6 Fire White Rose Action Figure, order kat XL-Shop, RM280
Square Enix - Play Arts Kai - Space Pirate Captain Harlock. order dekat AmiAmi, budget dalam RM338

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)