Sunday, June 8, 2014

Edge of Tomorrow

Assalammualaikum,

Mengikut tarikh dari gambar tiket di bawah, aku layan sensorang aje cerita Edge of Tomorrow.

Cerita yang sangat menarik dan think outside the box.
Cerita yang penuh dengan aksi dan humor yang matang.

Adapatasi dari manga "All You Need Is Kill".

Aku akan tengok kali ke-2 tetapi dalam 3D pula.




Sekian, terima kasih

Saturday, June 7, 2014

Meja Belajar Anak-anak

Assalammualaikum,

Bulan lepas aku ada jadi tutor untuk kursus latihan di pejabat. So boleh claim sikit. Rezeki yang ada aku beli 2 biji meja belajar untuk anak-anak ku, Hilmi Adam dan Hasya Amani.

1 set lengkap meja dan kerusi dalam RM150( harga asal RM130+RM20 untuk pasang dan hantar ke rumah) 2 jam untuk pasang 1 set, so kalo mana-mana kedai letak harga mahal dari itu, korang cari saja tempat lain.
Beli dekat kedai di Sri Gombak sahaja. Memang selalu beli perabut dekat kedai itu sahaja. Apa nama kedai aku pun tidak ingat hohoho.

Bukan meja dia pun, sekadar jadi model sahaja. Hilmi Adam terus letak pelbagai mainan dia atas meja, aku suruh letak buku untuk belajar.... hmmmm layan aje laaa. Comel aje Humaira Ariana kan kan kan.....




Sekian, terima kasih

Friday, June 6, 2014

Asik Beli Item Dari Online Sahaja

Assalammualaikum,

Itu barang-barang yang aku order dari online

1/144 Gundam Thunderbolt #3 (with1/144 RB-79 Ball Thunderbolt Ver.), beli dari HLJ.com murah dalam RM20 dari beli dari local.

CCM itu aku order dari Facebook. Sedap ooooo.






Sekian, terima kasih

ITEX 2014

Assalammualaikum,

Bulan lepas punyer cerita.
Bos aku Hj. Zawawi dan kumpulan kami memasuki pertandingan inovasi. Diadakan di KLCC selama 3 hari.

Membawa nama JKR dengan produk kami iaitu Kalkular Tangki SPAH.
Kalkulator ini berfungsi bagi menentukan saiz tangki yang optimum mengikut tempat, fungsi bangunan dan penggunaan air.

Kumpulan kami memenangi Pingat Perak (Silver Medal) dalam kategori ICT.

Sample Kalkulator boleh di dapati di sini .
Kalkulator telah di daftarkan sebagai hak cipta intelek.


Aku pau gold medal dari group sebelah hohoho


Sekian, terima kasih

Thursday, June 5, 2014

Layan Adam Tengok Spiderman

Assalammualaikum,

Hari itu layan kehendak Hilmi Adam untuk menonton wayang Spiderman.

Bukan nak tengok sangat wayang itu, tapi hendakkan boleh minuman Spiderman itu saja, dan hendak tunjuk baju sweater Superman baru.
Boleh tahan juga laa harga baju itu, dalam RM98, beli dekat Sogo sahaja.

Nampak terharu dapat botol Spiderman.. hidung kembang macam mama dia hohoho, nasib baik mama dia tidak tahu pasal blog ini, kalau tidak, masak aku


Sekian, terima kasih

Yesterday (2014/06/05) Toy Haul

Assalammualaikum,

Pre-Order dari Oktober tahun lepas, baru semalam dapat.
Beli dari G-Wing.
Nama Item - SH FIGUARTS SON GOKU (TAMASHII)

Pernah aku nampak dekat kedai di Berjaya Time Square dengan harganya "semurah" RM500.
Harga yang aku beli boleh lah anda check sendiri... hohohoho

This is Limited Item For the Collector 



Sekian, terima kasih

Susun Semula Rak Mainan

Assalammualaikum,

Hohoho, baru-baru ini dengan semangat yang ada dan mood yang rajin, aku kemas sikit kawasan rak mainan ku...

Stok koleksi ketika ini.. di ulang ketika itu laaa hohoho

Dari bercantum sudah terbelah dua.
Sekian, terima kasih


Bila Aku Hendak Update Blog Ini

Jawapannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ENTAH LAAAA....
(boleh ker buat post macam ini?)
























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)