Wednesday, January 2, 2013

Hilmi Adam Ke Tadika & Taska

Assalammualaikum,

Hari ini adalah hari pertama Hilmi Adam ke Tadika dan Taska. Agak senang juga laa dia bangun tidur pagi-pagi. Mama nya pula dah sediakan air panas. On the way pergi aku kena singgah Stesen minyak, dia asik tanya bila nak pergi, bila nak pergi. Bila sampai, terus hendak main, tapi tetiba tercegat dekat tepi, sebab ramai budak-budak lain. Sampailah orang lain start masuk kelas, baru berani nak main dengan Hasya.

Dalam kelas, Adam duduk tepi pintu aje, mata aje mcm nak berair, tapi tidak menangis lagi. Kitorang blah saja untuk pergi makan, baru dia menangis (mengikut kata cikgu dia). Hari ini belajar kejap sahaja, so dalam pukul 10.30 dah balik pergi taska pula.

Memang kesilapan kitorang pergi balik menjenguk dengan jarak dekat. Dia sudah tidak hendak pergi Taska pula. Dia takut kena tinggal, so pujuk punya pujuk (ultraman, power ranger dan KFC) tidak jalan juga. Jadi kami terpaksa hantar sendiri ke Taska, tidak jauh pun, dalam 50meter saja jarak.

Sampai saja, terus main gelongsor. Bila kami hendak balik, Adam dah start meraung dengan ganas sekali, sampai keluar belang tarung tempurnya. Habis pintu besi dia terajang, sakit juga kaki hohohoho. Dengan hati yang tenang, kami terus balik dan terus aku ber blog (banyak masa kan).


Adam pakai uniform Tadika Raudah Seri Gombak.

Lepas Tadika Raudah, Adam akan di iringi oleh cikgu dia ke Taska Shafiq pula.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)