Saturday, August 4, 2012

Grandmother House


Nenek ku.

Nenek Ku.


Minggu lepas aku balik kampung di Buntut Pulau, Temerloh, Pahang. Yer Buntut Pulau yang sebelum nie di panggil Kampung Tengah. Aku tak tahu bila masa kampung aku bertukar menjadi nama itu.

Hohohohohoh macam dah lama aku tak balik sini, tapi macam bulan lepas aje aku balik.

Antara sebab aku balik kampung ialah mesti laaa jumpa nenek ku, saja jenjalan jauh, pergi pekansari (mak aku selalu sini sebab nak beli bahan memasak antaranya ikan sungai dan segala sayur, katanya murah-murah kat sini, aku pula nak usar ikan laga) dan nak biasa-biasakan anak-anak aku jumpa moyang diorang, sementara masih berpeluang.


Rumah Kayu Kampung.

Rumah nenek ku.
Rumah nie banyak kenangan yang best. Contohnya kat bawah rumah nie laaa aktiviti aku masa kecik-kecil dulu, main tanah laa apa lagi. Lagi best pada masa hujan, leh buat rumah sebab tanah dah jadi tanah liat, pastu kena marah terus lari keluar sambil mandi hujan. Dulu mandi hujan kat kampung memang best sebab time tue pencemaran kurang lagi.

Mak aku pernah cakap, setiap kali balik kampung sini mesti ada ayam itik terkorban. Aku pun jawab "..ooo..". Aku ingan ayam itik tue di korbankan untuk aku makan, tapi situasi yang sebenarnya ayam itik tue mati sebab aku dan adik aku. Mau tak kena kejar, kena hambat ngan kayu, kena tanam hidup-hidup dan paling best skali...


tukar telur! hohohohoh (...evil laugh) telur ayam masuk sarang itik, dan telur itik dalam sarang ayam! Boleh bayangkan tak apa akan terjadi bila menetas nanti. Sebab tue sekarang ayam dah tinggal berapa kerat aje, itik lak dah pupus. Aku tau agak kejam, tapi time tue aku kecik lagi ok, sukar membezakan baik buruk lagi hohohohoho



Gambar rumah nenek aku dari belakang.
Rumah kayu kampung, memang best. Bukan apa, lantai dia kan kayu, time kecik dulu memang best dengar orang lari atas lantai kayu nie, pastu dengar orang jerit, "...oittt! begegar rumah aku nie, jangan lari dalam rumah aaaa.." Sekarang rumah nenek aku dah beberapa kali di renovate mengikut peredaran zaman dan kehendak semasa. Tue yang aku suka rumah kampung, ia boleh bertukar ("henshin" dalam bahasa jepun) mengikut keperluan dan juga kehendak kita dalam sesuatu masa.

Dalam Rumah Kayu Kampung.


Dulu living area nie fully lantai kayu, tapi skang dah ada lantai semen dah. So anak aku kurang merasa gegaran bunyi lantai kayu, tapi mana centain part dlam rumah nie anak aku menang suka lompat-lompat sambil gelak. Kan aku cakap memang best dengan dan rasa lantai kayu tue.

Sini memang tempat kitorang tengok TV. Sebelah kanan nie dapor dan sebelah kiri nie  Tandas dan tempat mandi. Tandas dan tempat mandi  memang berada di tengah-tengan rumah nie. Dulu tandas dan tempat mandi   berada berada belakang rumah.

Pekansari Temerloh Pahang.


Ini adalah Gambaran hasil jualan di Pekansari Temerloh Pahang. Gambar nie aku rembat dari pelbagai sumber hohohohho. Pekansari nie lebih kuran macam pasar tani laa. Kena pergi pepagi lagi kalo nak jalan dan tengok semua.

Ikan Patin @ ikan sungai

Talapia pun ada

Pelbagai jenis sayuran

Bunga kantan dan serai

Pelbagai jenis ulam

Udang galah pun ada

Hmmm... anti aku akan update lagi. tak abis lagi nie cerita

2 comments:

  1. cantik kan rumah kampung..saya suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer, cantik dengan erti kata sejuk mata memandang.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)