Sunday, August 26, 2012

Raya Aidilfitri Hari Pertama

Assalammualaikum, sudah seminggu aku di Kampung Bukit Chupak (akan di ceritakan di lain entri), baru ini aku dapat line internet yang stabil (setelah balik ke Kuala Lumpur). Apa khabar semua, harap semua sehat walafiat dan sejahtera dalam kehidupan. Dalam entri ini aku nak mencerita pasal Aturcara Hari Raya ku.

Raya Pertama.

Rumah Mak ku.
  P.s. JANGAN USAR BONTOT BINI KU.
Seperti biasa selama 5 tahun dalam perkahwinan kami, kitorang beraya dulu di rumah mak ku di Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Cuma tahun ini aku terlepas sembahyang sunat raya, akibat terbabas bangun pukul 8.15 pagi. 

Hidangan pagi itu macam biasa laa, rendang daging (tapi sebenarnya lebih pada paru, hati & limpa, memang kegemaran kami anak beranak), nasi impit dan lontong.






Lanskap yang ayah aku buat

Ayah ku memang suka tanam Orkit. Ada pokok yang sejak aku duduk di Muar Johor lagi (sekitar 1980)

Raya Family 2012 

Bersantai Di Hari Raya bersama Hilmi Adam & Hasya Amani

Lovely Father & Mother

Selepas acara bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga kitorang pergi photoshot kat kedai. Orang kedai
kata seminggu boleh siap, tapi sekarang tak siap-siap lagi. Kemudian pergi beraya di kampung ayah ku di Simpang 3, Gombak, Selangor.

Di situ bermulalah acara regu collect duit raya, dari yang dewasa hingga yang sekecil 1 bulan, mesti di tuntut duit raya, wajib ooo. Ayah ku ada 15 orang adik-beradik, ramaikan!, so mesti laa banyak duit raya kan kan kan.

Mereka nie tengah kira duit raya. Purata seorang akan mendapat RM100++ dalam masa setengah hari sahaja. Nak pau sikit pun tak boleh.

Tengah bincang berapa banyak duit raya perlu di edarkan kepada anak buah sambil makan dan minum hidangan diatas meja. Uncle Long memang tidak boleh lekang dari cameranya, dan tengah test pakai lens fish eye. ada gambar yang best dari effect lens itu.

Siapa belum dapat lagi duit raya, jangan tolak tolak karang semua tak dapat. Uncle Bob memang baik hati. 

Dulu masa kecik-kecik dulu aku rasa rumah ini besar gila, tetapi bila aku dah besar, rasa sempit pula. Jumlah yang anda tengok sekarang bukan jumlah sebenar yang patut hadir, baru separuh nie, dah nampak ramai.

Bersantaian sambil menunggu turn nak bagi duit raya. Diorang ini sebenarnya tunggu Uncle Kadim. Hasya makin semua jenis kuih raya yang ada di atas meja nie.
Ini adalah antara sepupu ketagori 3, Kategori duit raya mereka amat tinggi skali. Almaklum laaa tengah study, nak pakai banyak duit. Dan diorang nie masih single & available.
Eeeeeeee...... adik aku nie memang gedik sikit.

Sepupu sebelah Ayah, aku bahagikan kepada 5 ketagori
  1. Sudah berkahwin
  2. Sedang bekerja atau tengah cari kerja
  3. Sedang belajar Universiti, kolej or Instititut
  4. Sedang belajar sekolah menengah
  5. sedang belajar sekolah rendah
  6. sedang belajar tadika
  7. dan baby-baby
Acara pengutipan duit raya pada tahun ini di Gombak terpaksa aku akhirkan di petang hari, iaitu selepas Uncle Kadim sampai. Banyak ooo duit raya dia kasi kat anak ku. aku tak dapat duit raya sebab dah besar, dah kerja dan dah ada anak. Tapi Acik Intan dan Acik Zayah ku yang baik hari dan cantik rupawan bak bidadari dari syuga bagi gak duit raya kepada aku hohohoho ayat jek baik punyer..

Dan seperti biasa juga dalam 5 tahun ini, setelah beraya di Gombak di siang hari, kami sekeluarga (carl, isteri dan anak-anak) akan bersiap-siap untuk balik kampung isteri tersayang ku, iaitu di Kampung Bukit Chupak, Parit, Perak. Memang dalam perancangan pun, sebab kereta tidak banyak semasa itu. Bawa kereta slow aje, dalam 80km/h paling laju pun 110km/h, itu pun untuk memotong. 

Selalunya, bila balik ke Perak, aku akan berhenti sebentar di Perhentian R&R Ladam Bikam, Perak. Memang kurang orang dan fasiliti telah di naiktarafkan, sungguh selesa sekali.

toilet ini tidak ada air.................



So, dalam 4jam lebih juga laaa sampai ke kampung. Memang penat gila bawa slow nie. Cerita di Kampung Bukit Chupak akan disambungkan kemudian ok. Bye.

Kampung Isteri ku tersayang.


Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)