Tuesday, August 7, 2012

Keselamatan Terabai di Rapid KL-Ampang Line & Jem KL



Semalam adalah Nuzul Quran, so banyak laa negeri-negeri dalam Malaysia ini cuti, termasuk laa Selangor (bukan Selangor aje, tapi negeri yang terdekat aaa). 

Jem di Kuala Lumpur

Maka dengan itu bertambah jem laa Kuala Lumpur semalam, di tambah pula dengan hujan rengai-rengai bagi penyedap rasa jem tue hohohohh. Aku tak kisah sangat jem nie sebab aku naik train hohohoho (buat masa skang nie aje laa kan kan kan?) Cuma kasian orang yang akan tersangkut di dalam jem pabila Margrib menjelang, kalau ada stok berbuka tak per laa, kalau tidak ada, bagaimana, mahu ker orang sebelah kereta berkongsi makanan berbuka walaupun sebiji kurma. Aku tak pernah nampak lagi laa mungkin ada, seperti kisah aku semasa student dahulu kala ketika mahu balik ke kampung halaman.

Al-kisahnya aku terlupa sangat-sangatx5 beli makanan berbuka dengan harapan bas tue berhenti mana-mana. Bila dan masuk waktu berbuka, aku buat-buat laa tidur, tapi brother sebelah aku tau aku buat-buat aje. Nasib baik ada brother yang baik hati nie bersedekah/berkongsi sedikit nasi goreng dia kepada aku. Mula-mula agak segan laa nak terima, tapi bila perut tetiba berbunyi... dengan cover malu terus makan hohohoho.

Gambar jem Jalan Raja Laut dari aras jalan raya. Kereta yang tepi-tepi tue antara penyebab jem.

Gambar jem Jalan Raja Laut dari atas

Bukan aku salahkan hari Nuzul Quran menjadi penyebab jem, tapi time negeri-negeri cuti ini laa di gunakan untuk bershopping di Kuala Lumpur (bukan semua tapi di antara majoriti aaa).

Keselamatan di Stesen Rapid KL- Ampang Line (STAR LINE)

Aku bukan laa seorang Safety Officer yang berkelayakan, tapi dari segi logik balik laaa di debatkan. Sejak aku di tukarkan cawangan nie, aku selalu menaiki Ampang Line nie. Aku tau semua stesen sedang di naiktaraf bagi memperbaiki perkhidmatan mereka kepada orang awam dan kepada orang OKU. 

Aku cuma tidak berapa berkenan cara diorang nie membuat renovation, mereka tidak memperdulikan keselamatan orang ramai dan juga pekerja mereka sendiri. Aku agak heran apa Safety Officer dia buat, bayar gaji ribu-ribu, dapat pula selurah stesen yang ada dlam KL nie, masyuk tue. 
  1. Tiada Safety Net, 
  2. tiada Tanda Peringatan Bahaya, 
  3. tiada pemakaian pakaian keselamatan, 
  4. tiada laluan yang tertutup/selamat bagi penjalan kaki


Lihat laa para pekerja tidak memakai pakaian keselamatan yang lengkap. Tiang-tiang besi dipasang  ini berada di laluan  penjalan kaki utama. Tanpa memikirkan keselamatan semua orang, kena tunggu ada orang mati baru ada tindakan.

Tiada Safety Net disediakan, memberbahayakan kepada orang awam yang menggunakan laluan ini. 
Tiada Halangan yang sempurna atau tanda peringatan kawasan pembinaan di sediakan di sini. Banyangkan  kalau ada batuker, tiang ker atau orang ker terjatuh.....


Satu lagi aku hangin sangat bila menggunakan Public Transportation nie, ramai yang tiada sivik langsung. Dengan tak beraturnya, yang potong Q nyer, aku tak boleh, seperti menjadi satu pantang bagi aku. Siapa yang potong line aku, pasti kena sepak dari belakang atau pijak kaki dari belakang gak. Lepas sepak atau pijak, cakap laa sorry aje ngan muka tidak puas hati.

Tengok tue, belum lagi buka pintu, dah blok orang nak keluar. Tak beratur langsung, Tiada sivik!



4 comments:

  1. Meu amigo,
    Seja aí no teu país ou aqui no Brasil não temos como fugir dos congestionamentos e do caos dos transportes públicos.
    Um xero!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its nice if sometime we got on public transportation, its like we going for social gathering or something. But i hope that the public transportation company take care for their customer health and safety.

      Delete
  2. intrsting :)... jmput singgh blog sy yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah singgah dan dah beri komen. Trimas atas komen anda.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)