Assalammualaikum..
Hari Rabu minggu lepas (14/10/2012) tayar kereta aku dah betul-betul kritikal kepancitannya serta kebotakkannya. Macam tahu-tahu sahaja aku nak dapat bonus tahun ini, tapi masalahnya bonus hujung tahun!. So, hendak atau tidak, kena juga tukar, yang kelakarnya aku tukar sebiji sahaja tayar, orang kedai pun geleng kepala. Boleh tahan juga harganya,
- Tayar sebiji : RM160
- Metal Tubless Valve : RM10
- Alignment Front : RM15
- Front Adjustment Camber : RM50 (katanya tayar aku sudah terkepak ke dalam)
Jumlahnya RM235, terkopak jua lah poket aku kejap (sebenarnya aku pau isteriku yang tersayang hohoho).
Kedai ini buka paling awal, pukul 8.30pagi sudah beroperasi. Kedai ini dekat Setiawangsa sebelah Stesen Minyak Caltex. |
Sudah kena angkat, tayar sudah tidak ada. |
Itu harganya, murah atau mahal, aku lenjan sahaja, sebab sudah terdesak. |
Sekian, terima kasih
hohohohoho pau bukan pinjammm.. xpayah bayar balik hohohoho kejam kejam kejam
ReplyDeleteNak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
ReplyDeleteAda 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...