Sunday, October 14, 2012

EMERGENCY RESPONSE PLAN (E.R.P.)

Assalammualaikum,

Baru-baru ini aku baru sahaja menghadiri satu kursus anjuran Cawangan Pengurusan Koporat (CPK) JKR. Kursus mengenai EMERGENCY RESPONSE PLAN (E.R.P.) berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Keselamatan dalam konteks ini adalah dalam erti kata "safety" dan bukan "security". Keselamatan dan Kesihatan ini merangkumi para pekerja dan juga pelawat yang berada di dalam permis bangunan.

Penceramah bagi kursus ini adalah En. Norzlan Bin Tumiran daripada Academy of Safety and Emergency Care (ASEC)

Oleh sebab itu, disarankan anda semua mendaftar masuk di Kaunter Pengawal Keselamatan. Ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga keselamatan bangunan tetapi juga keselamtan anda di dalam bangunan.

Antara tujuan aku pergi kursus ini adalah:
  1. menurut perintah bos aku
  2. baru dilantik sebagai salah satu AJK Keselamtan dan Kesihatan Perkerjaan
  3. mencukupkan bilangan hari kursus (wajib 7 hari kursus)
  4. menambah ilmu dan akhir sekali
  5. lari sebentar dari pejabat untuk secara rasmi (selalu aku hendak mengulat tapi rasa bersalah)

Berbalik kepada topik asal, wujudnya ERP ini adalah untuk membentuk satu pasukan penyelamat apabila terjadinya kejadian yang tidak di ingini di kawasan bekerja, antara contohnya kebakaran, kemalangan sisa bahan kimia dan lain-lain lagi.

Carta Organisasi ERP ini di panggil Incident Command System (I.C.S) yang mengandungi:

  1. Controller / Commander (menggunakan nama ini lagi best)
  2. Safety Officer (SHO)
  3. Operation Team
  4. Fire Squad
  5. First Aider
  6. Maintenance Team
  7. Security Team
  8. Evacuation Team
  9. Marshal Team

Carta ICS untuk ERP (click for Enlarge)
Kali ini, aku nak merepek secara panjang sikit, anda semua boleh skip part yang berguna ini. Merepek berkenaan aliran ICS di didalam situasi kebakaran.

  • satu kebakaran besar berlaku
  • ERP di aktifkan
  • Commander akan menyediakan (establish) ruang untuk beroperasi, dan dalam masa yang sama begitu juga First Aider Team menyediakan ruang untuk rawatan.
  • Marshal Tingkat memulakan tugas dengan mengarah semua orang keluar daripada bangunan ke tempat berkumpul (assemble point) secara teratur bukan belari
  • Marshal Tingkat akan memastikan semua orang telah mengosongkan tempat kerja dan dia merupakan orang terakhir yang keluar daripada bangunan tersebut
  • Semua pekerja dan pelawat perlu beredar dari tempat kerja secara teratur serta pantas dan bukan secara tergesa-gesa.
  • Semua pekerja dan pelawat perlu berada di tempat berkumpul sepanjang masa, bagi tidak wujud sebarang kejadian tidak diingini
  • Security Team akan memainkan peranan untuk menjaga keselamatan di tempat berkumpul agar dan  kawasan luar bangunan (supaya tiada orang yang tidak berkenaan masuk atau membuat kacau) yang sedang terbakar serta menjaga lalulintas jika perlu.
  • Marshal Tingkat akan memulakan pengiraan (Head Count) dan melaporkan kepada Evacuation Officer.
  • Jika terdapat orang yang hilang, Evacuation Officer akan melaporkan kepada Commander 
  • Commander akan membuat arahan kepada Operation Team untuk bertindak.
  • Operation Team akan mengarahkan Fire Squad menjalankan operasi memadam / mengawal api kebakaran dan juga melakukan Search And Rescue (RAS) jika keadaan semakin merbahaya Fire Squad di nasihatkan untuk berundur.
  • Fire Squad akan menjalankan tugas dengan menggunakan "buddies system" iaitu tidak masuk bersendirian dan akan di iringi dengan 2 atau 3 orang bersama.
  • Maintenance Team akan membantu Fire Squad jika perlu
  • Apabila Bomba sampai, Fire Squad akan menyerahkan tugas memadam api kepada Bomba. Dalam masa yang sama, Commander akan melaporkan kepada Bomba berkenaan keadaan situasi dan orang yang hilang (jika ada)
  • Jika ada mangsa yang telah dijumpai, mangsa akan di hantar ke tempat/ruang rawatan yang telah disediakan
  • Apabila ambulan sampai, First Aider akan membantu jika perlu.
  • lebih kurang macam ini prosedurnya jika ada berlaku kebakaran

Kursus ERP ini juga merangkumi juga pratikal cara-cara memadam api. Menggunakan kaedah Pull, Aim, Squeeze, Sweep (PASS)


Peserta mula berkumpul di tempat pratikal

Tong yang di isi dengan air, minyak desel dan patrol.

En Norazlan memulakan brif sebelum melakukan pratikal memadam api.


Hati-hati dan perhatikan arah angin



Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)