Tuesday, October 30, 2012

Jem Yang Haram

Ahad (28/10/2012) Lebuhraya Utara Selatan mengalami jem macam haram yang pernah aku alami. Dari Parit pukul 3 lebih dan sampai ke Kuala Lumpur pukul 1 pagi, boleh? Memang jem bodoh aje, bukannya ada accident teruk pun sampai block jalan, nak kata bas bawa slow tidak juga, nak kata takut speed trap, memang tak ada langsung trap. Yang buat hangin bila ada kereta ikut emergency lane, yang lagi g*mpangnya yang cilok-cilok dari emergency lane ke lane ketiga tanpa signal, siot aje!!


Jem di Stesen Petronas Simpang Pulai. Ada orang yang tiada sivik, berhenti di pam munyak, tetapi sebenarnya untuk pergi toilet. Memang Haram AAAAAAArgh!! Tempat swep credit card gak macam tak berapa betul. Asik tak terima aje card aku.

Parking penuh di R&R Ladam Bikam (memang R&R yang wajib aku berhenti rehat)

Kami kelaparan teramat sangat. Kali ini lah aku tengok anak aku makan dengan kusyuk dan duduk diam aje, kalau tidak, betuah aaa diorang nak abiskan makanan. Selepas 5 jam terperangkap didalam jem. 

Kereta ini memang kurang ajar, mencilok-cilok tanpa bagi signal dan hampir melanggar kereta aku. harapkan kereta sahaja mahal, singal rosak!! Ass!

Antara kereta yang kurang ajar melanggar undang-undang jalan raya

Kebanyakkan kereta mewah yang berani buat mcm ini kerana mereka ada duit untuk bayar saman.

bawa laju nak mampus kat lane emergency!!!!

Bila orang Malaysia berani buat, orang Sinapore pun boleh buat. Inikah contoh yang kita hendak tunjukkan kepada orang luar. Macam Haram Jadah!!!!

Iklan di Perhentian Jenjantas Sungai Buluh. Tiada resit, jadi ia adalah PERCUMA!!!

R&R Ladam Bikam menyediakan tempat untuk Solat. Tetapi ada singage menunjukkan tidak digalakkan sembahyang di sini, mungkin kerana taku tempat itu telah di kotori dan ti dak suci lagi. Tetapi solat tetap solat!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)