Assalammualaikum,
hi,
Hari Khamis lepas (25/10/2012) aku dah start balik kampung, Bukit Cupak, Parit untuk menyambut hari raya korban. Perjalanan balik kampung ok aje, tak jem pun, cuma masa balik aje macam haram. Semasa raya korban itu, aku juga ada masukkan nama anak ku Hasya Amani untuk buat akikih dia, diharap ia akan jadi tunggangannya semasa di padang masyar nanti.
Walaupun hari raya adalah pada hari Jumaat, tetapi Kampung Bukit Chupak buat Majlis korban pada hari Sabtu. Majlis Korban di jalankan secara gotong-royong satu kampung, para AJK dapat t-shirt bewarna oren. Aku cuma tolong tengok sahaja, tidak buat apa-apa pun (takut sebenarnya n tidak ada pengalaman pun, orang bandar laa katakan hohohoho). Majlis ini patut dimulakan pada pukul 8.30pagi, tapi macam biasa laaa kan, pukul 9 lebih baru laa ramai orang datang. Dekat kampung sini, mereka tumbangkan 3 ekor kerbau sahaja (aku cari gak lembu dan kambing, tidak jumpa pula).
Mari kita saksikan gambar aktiviti Majlis Qurban tersebut. Dan terdapat syarat-syarat penyembelihan di bawah entri ini.
 |
| Banner untuk Majlis Qurban |
 |
| Kerbau sedang dalam proses untuk di tumbangkan |
 |
| kelihatan kerbau sedang menangis kegembiraan untuk dijadikan korban |
 |
| Antara para penonton |
 |
| Sedang menarik tali |