Tuesday, October 30, 2012

Jem Yang Haram

Ahad (28/10/2012) Lebuhraya Utara Selatan mengalami jem macam haram yang pernah aku alami. Dari Parit pukul 3 lebih dan sampai ke Kuala Lumpur pukul 1 pagi, boleh? Memang jem bodoh aje, bukannya ada accident teruk pun sampai block jalan, nak kata bas bawa slow tidak juga, nak kata takut speed trap, memang tak ada langsung trap. Yang buat hangin bila ada kereta ikut emergency lane, yang lagi g*mpangnya yang cilok-cilok dari emergency lane ke lane ketiga tanpa signal, siot aje!!


Jem di Stesen Petronas Simpang Pulai. Ada orang yang tiada sivik, berhenti di pam munyak, tetapi sebenarnya untuk pergi toilet. Memang Haram AAAAAAArgh!! Tempat swep credit card gak macam tak berapa betul. Asik tak terima aje card aku.

Parking penuh di R&R Ladam Bikam (memang R&R yang wajib aku berhenti rehat)

Kami kelaparan teramat sangat. Kali ini lah aku tengok anak aku makan dengan kusyuk dan duduk diam aje, kalau tidak, betuah aaa diorang nak abiskan makanan. Selepas 5 jam terperangkap didalam jem. 

Kereta ini memang kurang ajar, mencilok-cilok tanpa bagi signal dan hampir melanggar kereta aku. harapkan kereta sahaja mahal, singal rosak!! Ass!

Antara kereta yang kurang ajar melanggar undang-undang jalan raya

Kebanyakkan kereta mewah yang berani buat mcm ini kerana mereka ada duit untuk bayar saman.

bawa laju nak mampus kat lane emergency!!!!

Bila orang Malaysia berani buat, orang Sinapore pun boleh buat. Inikah contoh yang kita hendak tunjukkan kepada orang luar. Macam Haram Jadah!!!!

Iklan di Perhentian Jenjantas Sungai Buluh. Tiada resit, jadi ia adalah PERCUMA!!!

R&R Ladam Bikam menyediakan tempat untuk Solat. Tetapi ada singage menunjukkan tidak digalakkan sembahyang di sini, mungkin kerana taku tempat itu telah di kotori dan ti dak suci lagi. Tetapi solat tetap solat!

Menyambut Hari Raya Korban Di Parit, Perak

Assalammualaikum,

hi,

Hari Khamis lepas (25/10/2012) aku dah start balik kampung, Bukit Cupak, Parit untuk menyambut hari raya korban. Perjalanan balik kampung ok aje, tak jem pun, cuma masa balik aje macam haram. Semasa raya korban itu, aku juga ada masukkan nama anak ku Hasya Amani untuk buat akikih dia, diharap ia akan jadi tunggangannya semasa di padang masyar nanti.

Walaupun hari raya adalah pada hari Jumaat, tetapi Kampung Bukit Chupak buat Majlis korban pada hari Sabtu. Majlis Korban di jalankan secara gotong-royong satu kampung, para AJK dapat t-shirt bewarna oren. Aku cuma tolong tengok sahaja, tidak buat apa-apa pun (takut sebenarnya n tidak ada pengalaman pun, orang bandar laa katakan hohohoho). Majlis ini patut dimulakan pada pukul 8.30pagi, tapi macam biasa laaa kan, pukul 9 lebih baru laa ramai orang datang. Dekat kampung sini, mereka tumbangkan 3 ekor kerbau sahaja (aku cari gak lembu dan kambing, tidak jumpa pula).

Mari kita saksikan gambar aktiviti Majlis Qurban tersebut. Dan terdapat syarat-syarat penyembelihan di bawah entri ini.



Banner untuk Majlis Qurban

Kerbau sedang dalam proses untuk di tumbangkan

kelihatan kerbau sedang menangis kegembiraan untuk dijadikan korban

Antara para penonton

Sedang menarik tali

Sambut Birthday Dekat Rumah Mak

24 Oktober lepas, aku sambut birthday secara kecil-kecilan aje di rumah mak aku. Belanja makan gitu-gitu aje. Tapi aku nak hadiah.... tak ada hadiah pun..sob..sob..sob.... hadiah untuk beli sendiri (pao duit isteri) pun dah habis.. lagi sedih. Penat aku jalan sensorang kat Time Square tue untuk cari kedai Toys. Diorang tengah renovate so, banyak kedai telah berpindah lokasi.

Aku tetap bersyukur kepada Allah dengan pemberian yang sediada. Mungkin ada hikmah sebaliknya kan kan kan, mana tau aku dapat Gundam Perfect Grade (PG) lepas nie! (masih sedapkan hati lagi)



Aku beli 4 kotak Pizza Domino aje

Ku ingat saiz dia besar, lupa nak cakap nak saiz Large.

aku main tunjuk aje pizza nie, bukan tau mana satu yang sedap pun.


Roti aje?

Bagus betul Hasya tolong mama dia

Penat aku berjalan-jalan mencari kedai Toys kat Time Square.


Wednesday, October 24, 2012

Happy Birthday To Me In October



Selamat Hari Jadi Ku yang Ke-34 Tahun. Sedar tidak sedak, dah tua dah aku ini. Semoga Allah memberkati hidup ku, dimurahkan rezeki, keluarga berbahagia selalu, dipanjangkan umur dan sihat, aminnnn... 

Hari Jadi aku ini, sama dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, hohohoh ada gak berangan nak dapat pangkat Dato' dari Sultan Pahang ini. berangan aje laaa yer!

Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang wish aku di dalam Blog ini dan juga di dalam FB ku.

Malam ini, akan ku buat Birthday Party kat rumah mak aku hohoho belanja makan Domino's Pizza, aku ajak family kitorang sahaja okey tak ramai pun. Gambar party akan di update malam karang (atau ikut rajin aku laaaa).



Ini ada senarai hadiah yang diharap kawan-kawan atau sesiapa hendak belikan hohohohohoho:
  • Gundam RX-78-2 Ver. Ka.
  • LBX 001 Achilles
  • 018 LBX Achilles Deed
  • LBX Odin, LBX Pandora, LBX Fenrir (Best LBX Team)
  • VF-25F Tornado Messiah Valkyrie Alto Type
  • Jam Tangan (kalo boleh jangan aaa pasar malam punyer yer)
  • Beg Kerja yang boleh masuk laptop
Hohohohoh majoritinya adalah mainan, tapi harus diingat, mainan orang dewasa tau! budak kecik tak boleh main, nanti tercekik!

Sekian, Terima Kasih.

Lampiran

Lampiran

Lampiran





10th anniversary #TV-Nihon



Selamat Ulang Tahun #TV-Nihon (Salah satu FanClub mengedar cerita-cerita secara Torrent). Mereka bermula dengan hanya IRC Chat, dan mereka telah berkembang maju untuk Die Hard Fan cerita-cerita jepun seperti Anime, Kamen Rider, Super Sentai (power ranger versi jepun), Ultraman dan lain-lain lagi keseluruh dunia.
So good work to all the current staff. It's not always easy to do the work that we do, but we do it because, as fans, we do it because we have to. And a toast to all past members who are no longer with us. We couldn't have made it this far without you. And finally, thank you to all the fans. Like any community, we're nothing without you. I mean that sincerely. Fans are always helping us in so many inscrutable ways. They're the ones who create most of the splash pictures at the start of the videos, they help us build our wiki, visit our forums and facebooks, etc.
Since we were born on IRC, feel free to stop by and say "hi" using in-browser mibbit chat.
So, selalunya aku akan download cerita dari sini laa hohohhoo

Sekian, terima kasih


Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bersama-sama ini disertakan Dokumen Bergambar Aktivi-aktiviti Hujung Minggu seperti mana diminta untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya.

3.    Sehubungan dengan itu, diharap pihak Tuan/Puan dapat memberi komen yang memberansangkan untuk memantapkan lagi Blog saya ini.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan/Puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.



Beli nugget kat Ayamas Seri Gombak, agak murah juga harganya.

Belajar tengok buku, bukan baca yer, tengok saja!!

Kebun yang sudah lama tidak terjaga, Lalang atas bukit sudah semakin subur!! Pucuk ubi aku juga semakin membesar.

Beborak pasal cokolat yang baru dapat.

Beli pampes dan susu anak-anak di ManjaKu Seri Gombak. Harga dekat sini agak murah berbanding ManjaKu di Wangsa Maju dan tempat lain.

Beli sayur dan bahan mentah dapur di Pasar Basah Seri Gombak. Aku ada nampak kat sini ada jual cermin mata Ultraman Zero dengan harga RM18 sahaja.

Baru aku perasan ada Klinik Haiwan di Seri Gombak

Tukar Tayar Kereta Botak

Assalammualaikum..

Hari Rabu minggu lepas (14/10/2012) tayar kereta aku dah betul-betul kritikal kepancitannya serta kebotakkannya. Macam tahu-tahu sahaja aku nak dapat bonus tahun ini, tapi masalahnya bonus hujung tahun!. So, hendak atau tidak, kena juga tukar, yang kelakarnya aku tukar sebiji sahaja tayar, orang kedai pun geleng kepala. Boleh tahan juga harganya, 
  1. Tayar sebiji : RM160
  2. Metal Tubless Valve : RM10
  3. Alignment Front : RM15
  4. Front Adjustment Camber : RM50 (katanya tayar aku sudah terkepak ke dalam)

Jumlahnya RM235, terkopak jua lah poket aku kejap (sebenarnya aku pau isteriku yang tersayang hohoho).


Kedai ini buka paling awal, pukul 8.30pagi sudah beroperasi. Kedai ini dekat Setiawangsa  sebelah Stesen Minyak Caltex.

Sudah kena angkat, tayar sudah tidak ada.

Itu harganya, murah atau mahal, aku lenjan sahaja, sebab sudah terdesak.

Sekian, terima kasih

Sunday, October 14, 2012

EMERGENCY RESPONSE PLAN (E.R.P.)

Assalammualaikum,

Baru-baru ini aku baru sahaja menghadiri satu kursus anjuran Cawangan Pengurusan Koporat (CPK) JKR. Kursus mengenai EMERGENCY RESPONSE PLAN (E.R.P.) berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Keselamatan dalam konteks ini adalah dalam erti kata "safety" dan bukan "security". Keselamatan dan Kesihatan ini merangkumi para pekerja dan juga pelawat yang berada di dalam permis bangunan.

Penceramah bagi kursus ini adalah En. Norzlan Bin Tumiran daripada Academy of Safety and Emergency Care (ASEC)

Oleh sebab itu, disarankan anda semua mendaftar masuk di Kaunter Pengawal Keselamatan. Ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga keselamatan bangunan tetapi juga keselamtan anda di dalam bangunan.

Antara tujuan aku pergi kursus ini adalah:
  1. menurut perintah bos aku
  2. baru dilantik sebagai salah satu AJK Keselamtan dan Kesihatan Perkerjaan
  3. mencukupkan bilangan hari kursus (wajib 7 hari kursus)
  4. menambah ilmu dan akhir sekali
  5. lari sebentar dari pejabat untuk secara rasmi (selalu aku hendak mengulat tapi rasa bersalah)

Berbalik kepada topik asal, wujudnya ERP ini adalah untuk membentuk satu pasukan penyelamat apabila terjadinya kejadian yang tidak di ingini di kawasan bekerja, antara contohnya kebakaran, kemalangan sisa bahan kimia dan lain-lain lagi.

Carta Organisasi ERP ini di panggil Incident Command System (I.C.S) yang mengandungi:

Saturday, October 13, 2012

Bila Isteri Mula Mengidam

 Asssalammualaikum,

Hi, sejak-sejak mengandung ini, isteri saya asik mengidam sahaja. Macam-macam dia hendak rasa. Sebagai suami yang memahami, saya cari juga laaa. Ini beberapa gambar yang sempat di ambil bersama-sama makanan yang dia idamkan. Nanti akan update lagi gambar makanan yang dia mengidamkan.

gambar hiasan semata-mata.
Mama mengidam Roti canai di kedai Taqwa, Seri Gombak.
(Tidak tahu aski apa yang sedang dilakukan ini.)

Best nyer Roti Canai.
(Macam lega sahaja....)

Mama ngidam Nasi Lemak. Adam sibuk nak makan telur itu. Gambar di Restoran Taqwa Baru Seri Gombak.

Mama ngidam Tosai pulak.
(anda perlu tahu, dia bukan habiskan pun, papanya yang kena habis kan)
Mama mengidam nasi kukus dan nasi lemak di gerai Setiawangsa.
Ini pula budak-budak comot yang tolong habiskan makanan mama yang sedang mengidam.

Saya Comot!!

Budak Hasya ini suka hisap kuah Kacang Dal

Adam mengada, nak mama dia suapkan sahaja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)