Sunday, August 5, 2012

Welcome August 2012

Bulan Ogos sudah. Hari ini sudah masuk hari ke-16 kite berpuasa lagi setengah bulan lagi kita akan menyambut Aidilfitri pula.

Berat Badan

Rasa macam sekejap aje kan. tapi aku baru turun 1kg aje, expect turun 4kg. Doktor aku cakap, aku kena kurangkan sebanyak 4.8kg, betul!, tak percaya tanya Nurul, jiran kubik opis aku hohoho.

Lagu Raya dan Tiket Bas

Kat radio pun dah start pasang lagu raya. Lagi lama, lagi kerap lagu raya berkumandang di radio nie, aku pun dah start bernyanyi lagu raya dengan suara yang sumbang, yerlaa menyumbang kata kan laaa. Booth tiket bas dah pun habis jual tiket. Shahdu kepada orang yang tak sempat beli tiket balik kampung hohohoh bila terdengar lagu raya. Tapi ulat tiket dah start beroperasi, ada juga yang membeli tue, tak serik-serik lagi diorang, dari pembeli mahupun penjual.

Kuala Lumpur Bandaraya Jem

Kuala Lumpur start jem sana sini. Antara sebabnya :-



  1. orang start berbuka kat luar (office belanja, supplier belanja, kontraktor belanja, bf/gf belanja)
  2. orang nak balik awal berbuka kat luar (save budget dan takut teperangkap dalam jem)
  3. orang satu malaysia datang ke Kuala Lumpur ber"shopping" (katanya murah, betul ker)
  4. orang start berniaga dari kuih raya ke pakaian raya dan sebagainya (bantu I.K.S)
  5. orang nak pergi bank, tukar duit, keluar duit, simpan duit, bayar bil, kutip duit dan rompak bank
  6. orang mintak sedekah dan bersedekah serta bayar zakat fitrah (erk aku tak bayar lagi)
  7. orang nak bergambar setiap akitiviti yang dia buat (upload dalam facebook dan Instagram)
  8. orang tetido tepi jalan pun ada (macam member aku dengan alasan "aku tak larat doh" sambil baring berhelmet di atas motor) macam mana tak jem, orang ingat dia pensan tangah jalan raya...erk
  9. orang usar orang lain accident (usar aje, tolong tak)

Bonus Raya

Bagi Penjawat Awam pula menang tengah menunggu 9 haribulan (hari bonus) dan 13 haribulan (gaji bulan September) macam aku hohohoho. Dengan duit bonus laa boleh bayar segala cukai dan kelengkapan hari raya nanti. Tapi aku tengah bayangkan bulan depan macam mana, ada duit lagi ker tak, yer laa gaji dapat awal beb. Bagi di sektor awam pula, mesti tengah menunggu berapa bulan bonus dapat dan bila dapat. Macam orang rumah aku pula, komponi dia memang bagi selambat yang boleh, diorang tak pikir ker orang lain nak pakai duit sebab nak raya nie, bos pula asik tukar kereta, kalo downgrade tak per laaa, nie lagi upgrade adala laaa. Nak kata projek kurang tak pula, orang lagi keluar ada laa, so dah jimat kat situ. Hmm dah komponi mak bapak dia, nak tegur karang ada tak dapat terus erk...

Berbuka di Luar

Tadi kami sekeluarga berbuka kat luar (hari minggu aje aaa). Pukul 6.30 petang dah melanguk kat KFC tue, bebudak dah start bosan menunggu berbuka.
Berbuka kat KFC
Tue dia berbuka mengalah orang puasa

Adam kata Adam suka makan KFC

Papa, belon jatuh aaaaaaaa

Papa, kite bawa balik belon nie ekk...

Menunggu berbuka puasa...

Shopping Kasut Raya

Lepas berbuka, kitorang pergi Jusco WangsaMaju pula untuk shopping kasut bebudak (yerlaa haritu kat Giant Batu Caves tak ada saiz dan jenis serta harga yang bersesuaian), papa dan mamanya akan shopping bila dah dapat bonus raya nanti. Ramai gila orang bershopping nie. Bebudak pun bersepah (takut gak kan laa dah banyak kes nie sekarang), tapi apa-apa hal kena kais-kais orang baru nampak barang jualan, perhhh.


Test dulu sebelum beli
Kasut raya Ben10 Adam, ada lampu-lampu tau, Adam kata "...Adam suka kasut nie, nanti papa dah dapat gaji papa beli Ultraman pulak yer...". Yerla kamu semuanya suka.

Kasut Raya Hasya. Comelnya kan kan kan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)