Semalam adalah 9 Ogos, hari bonus bagi penjawat awam seperti aku. So aku ambik cuti untuk bergembira (gembira laaaa sangat) dengan menghabiskan duit bonus separuh bulan ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik (habiskan duit bonus) telah aku buat, antaranya adalah:-
Service kereta
Pagi-pagi aku dah bangun seperti biasa di bualan puasa ini. Agenda pertama adalah untuk menghantar kereta aku pergi service. Selepas hantar anak bini, aku terus ke Keramat Perodua Service Centre. Pukul 8.00 pagi sharp aku sampai, walaupun dah booking pukul 8.30 pagi.
Apa yang di buat adalah Standard service, tukar bulp lampu kiri, balancing dan alignment, air filter dan break pad. Ikut slip dia bagi, kereta akan siap pada pukul 10.30, tapi yang sebetulnya pukul 11.54 pagi baru siap, nak dekap 4 jam, nasib baik aku ambil cuti.

Ini adalah kereta yang telah di service, aku nak ambik gambar masa service, tetapi aku tertidur di waiting area. |
AF Hobby
Selepas habis service kereta , aku pergi Taman Muda Cheras pula. Dengan tujuan utnuk pergi ke AF Hobby (online toy shop, dia tidak galakkan walk-in, tapi aku terjah aje). Di sana, aku ingat nak beli MS Gundam RX-78-2 Ver. Ka (Katoki Version)(scale 1:100) (RM120), tapi sudah kehabisan stok. So sebagai alternatif aku beli RG Gundam RX-78-2 (scale 1:144)(RM93) sahaja. Itu sahaja untuk tahun ini, melainkan dapat bonus lagi laaa kan ohohohohoho.
Tidak dapat MS Gundam RX-78-2 Ver. Ka, yang hanya dapat adalah RG Gundam RX-78-2 . Tapi ok laa dari tidak ada apa-apa langsung. |
Naan Corner
Dalam tengahari itu, aku pun balik rumah, dengan perasaan excited dapat gundam baru, aku lupa kunci pintu rumah aku, jangan kata kunci, tutup pun tidak. Dalam 4 jam (tidur) pintu itu terbuka.
Dalam petang itu, member JKR x-CKBA (erma) ada ajak makan di Ampang, berbuka dekat Naan Corner. Dia kata macam-macam ada dan harganya ok,
Dalam petang itu, member JKR x-CKBA (erma) ada ajak makan di Ampang, berbuka dekat Naan Corner. Dia kata macam-macam ada dan harganya ok,
- ayam ada,
- ayam goreng ada,
- ayam masak merah ada,
- ayam kari ada,
- ikan kari ada,
- kari kepala ikan pun ada,
- udang goreng ada, (3 jenis udang)
- udang masak merah juga ada,
- udang masak rempah pun ada juga,
- ketam gorang ada, (3 jenis ketam)
- ketam masak lemak pun ada juga,
- ketam masak merah lagi laa ada, (dah lah warong ini berkonsepkan warna merah)dan
- sotong goreng ada,
- semestinya sotang masak merah pun ada,
- sepegeti ada,
- roti boom pun ada,
- roti canai juga ada,
- roti naan,
- nasi lemak special gak ada,
- nasi lemak kukus,
- laksa ada juga!
- dan lain-lain lagi, aku lupa nak ambik gambar menu.
Untuk Maklumat seorang di charge sebanyak RM25 sahaja, tidak termasuk air. Boleh dikira agak murah dan berpatutan. Harus di ingat warung nie menyedikan cawan yang besar dan berbentuk pelik, di cadangankan 1 gelas untuk 2 orang, melainkan anda betul-betul haus atau hendak duduk situ sampai warung itu tutup.
Environment warung nie ok gak, cuma tak ada toilet aje (anak aku terpasa kencing kat longkang aje laa), tapi nasib baik ada surau berdekatan. Warung ini berkonsepkan warna merah dan ber"chandelier". Makanan disini sediakan secara bufet, so boleh makan sampai muntah dan lebam. Menu makanan yang disediakan agak variety dan sedap serta lazat. Pelanggan yang datang sini cun-cun gak, boleh berbuka sambil cuci mata.
Walaubagaimanapun, aku cuma tak puas makan, sebab anak-anak aku dah start bosan dan diorang dah tidak duduk diam.

Entrance Naan Corner. |
Pak din sempat tapau balik 3 jenis lauk termasuk nasi. |
Hasya main makanan. |
Table kitorang No.12 |
Air Tembikai (ini ialah cawan, bukan jug) |
Nak focus kat awek belakang itu sebenarnya, tapi dapat lak orang rumah sendiri (serious cun awek belakang tue!!!) |
Organizer yang berjaya, bersama-sama adiknya (kedua-duanya masih single dan available) |
Bufet sahaja, ambil selagi boleh yer! |
Ini sahaja muat di atas meja, pada waktu dan ketika itu. |
Bersama Hambli, Izza dan T.A nya. |
Pak Din tengah usar line untuk tapau makanan di waktu sahor. |
So.. itu sahaja untuk hari semalam dan bonus aku tinggal untuk duit raya, cukai pintu, cukai tanah dan IKW. Ngam-ngam aje.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment