Monday, August 27, 2012

Selepas Raya Aidilfitri Hari Pertama

Hari Ke-2 di Aidilfitri, kami sekeluarga beraya di Kampung Bukit Chupak, Parit, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan (saja buat panjang). Kampung ini memang kampung isteriku (memang cari orang yang ada kampung, sebab aku orang bandar, so nak raya sekali skala balik dan menikmati suasana kampung). Aku sampai sini pada malam raya pertama dalam pukul 10 lebih selepas 4 jam driving secara berhemah.
Pandangan hadapan. Belah kiri itu, rumah opah di duduk oleh Pak Su, tengah tue rumah mertua ku, sebelah kanan rumah YB, dan yang oren itu sekolah agama.

Kami beraya lama disini kerana kitorang memang duduk di Kuala Lumpur. So kira dari hari isnin sampai hari jumaat, lebih kurang 5 hari kami di Perak. Beraya sakan kat sini, menziarah sanak saudara, dari Bukit Chupak ke Batu Gajah, Kampung Senin, Kampung Layang, Ipoh, Silibin, Pasir Puteh dan lain-lain lagi.

Kampung Bukit Chupak, Rumah Mertua Ku

Disini ku hidangkan gambaran persekitaran kampung isteri ku.

Masjid Kampung Bukit Chupak. Kat sini laa aku bernikah dulu hohohoho. Belakang  rumah mertua aku aje.

The Pink, The Black & The Yellow. Bergambar di depan rumah. Hasya pakai baju Tok Wan dia beli
(baju berkonsepkan Minie Mouse).



Ruang tamu rumah mertua ku. Adam asik main PSP game kamen rider. Di temani oleh Inshiro. Kadang-kadang bebudak ini belari-lari dan berlompat-lompat kat atas dan boleh dengar dari bawah sebab pakai lantai kayu.

Ruang makan rumah mertua ku. Banyak kuih raya atas meja itu.

Rumah di belakang rumah mertua ku. (Suasana di kampung halaman isteri ku). Aku tidak pernah nampak tuah rumah ini.

Ini pun bekakang rumah (Suasana di kampung halaman isteri ku). Rumah-rumah kat sini sudah banyak di renovate atas keperluan semasa (family bertambah atau pertambahan fasiliti)

Rumah kampung di depan rumah mertua ku (Suasana di kampung halaman isteri ku)

Hasya sejak raya ini, asyik makan kiuh raya aje, pantang nampak! dari pagi sampai malam. Erk apa Yeop (abang ipar ku) tengah pikirkan tue, siap muncung lagi tue...

Beraya Di Perak Darul Ridzuan


Aku selitkan gambar-gambar rumah kayu kampung yang sempat aku beraya.
Masak BBQ di Kampung Senin. Grill lamb memang sedap. Bakar di bawah lampu jalan.

Beraya di kampung seberang. Aku tidak tahu apa nama kampung ini, yang aku tahu, ia terletak seberang Sungai Perak

Dulu kat bawah nie ada orang lain duduk. Tapi dia adah buat rumah kat sebelah dah.

Macam ini aaa rumah kampung. Kalau time kenduri, tangga belakang tue jadi laluan orang perempuan keluar masuk

Itu selipar Angry Bird Hilmi Adam. Kalau di tengok kan, banyak rumah sekitar Parit, tangga dia  style macam ini. Kerawang pun macam-macam jenis pattern ada di gunakan.

Ruang dalam rumah kayu ini. Sejuk sahaja bila malam sebab penuh dengan natural ventilation. Time ini jendela (tingkap) tidak di buka sepenuhnya lagi sebab tuan rumah tadi tengah tidur dekat dalam.



Diorang ini sempat lagi ber posing lagi di jendela.
So, selepas sembahyang jumaat di masjid belakang rumah, kitorang pun bertolaklah ke Kuala Lumpur. Kali ini aku ikut laluan Lebuhraya Ipoh-Lumut. Jadinya kitorang sempat lalu Bandar Seri Iskandar. Sudah banyak berubah tempat ini. Aku dulu belajar kat ITM Cawangan Seri Iskandar, itu yang tahu serba sedikit perkembangan pembangunan bandar ini. Sekarang sudah ada KFC, Mc D, Hotal, Station Minyak pun banyak dan lain-lain lagi(memang cukup fasiliti).
Pandangan Ke arah Taman Maju.

Tesco Seri Iskandar

Mc D yang baru dibuka, siap ada drive thru lagi. Ramai gila orang dekat sini. Macam tidak pernah nampak Mc D aje orang Seri Iskandar ini.


Semasa balik aku tetap bawa slow tapi laju sikit dari masa datang ke perak. Sebabnya adalah banyak kereta bawa slow di lorong tengah. Tapi macam biasa laa, aku mesti singgah R&R Ladam Bikam yang telah di naiktaraf, memang cantik dah kemas.
Peraturan yang perlu dipatuhi untuk keselamatan anda.

Tandas Baru

Besar gila kipas ini

Wakaf di sediakan, tetapi tidak digalakkan untuk mengadakan solat.









7 comments:

  1. wah..rumah tokchik pun ade..femes la tokchik camni..haha.. rumah tokchik tu kat kampung Sadang la.. =P

    ReplyDelete
  2. Balas kunjungan dan follow sini...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  3. selamat beraya kat kampung, mesti seronok....

    mselim3.blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas, memang environment kampung best...hohohoho

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)