Monday, August 27, 2012

Selepas Raya Aidilfitri Hari Pertama

Hari Ke-2 di Aidilfitri, kami sekeluarga beraya di Kampung Bukit Chupak, Parit, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan (saja buat panjang). Kampung ini memang kampung isteriku (memang cari orang yang ada kampung, sebab aku orang bandar, so nak raya sekali skala balik dan menikmati suasana kampung). Aku sampai sini pada malam raya pertama dalam pukul 10 lebih selepas 4 jam driving secara berhemah.
Pandangan hadapan. Belah kiri itu, rumah opah di duduk oleh Pak Su, tengah tue rumah mertua ku, sebelah kanan rumah YB, dan yang oren itu sekolah agama.

Kami beraya lama disini kerana kitorang memang duduk di Kuala Lumpur. So kira dari hari isnin sampai hari jumaat, lebih kurang 5 hari kami di Perak. Beraya sakan kat sini, menziarah sanak saudara, dari Bukit Chupak ke Batu Gajah, Kampung Senin, Kampung Layang, Ipoh, Silibin, Pasir Puteh dan lain-lain lagi.

Kampung Bukit Chupak, Rumah Mertua Ku

Disini ku hidangkan gambaran persekitaran kampung isteri ku.

Masjid Kampung Bukit Chupak. Kat sini laa aku bernikah dulu hohohoho. Belakang  rumah mertua aku aje.

The Pink, The Black & The Yellow. Bergambar di depan rumah. Hasya pakai baju Tok Wan dia beli
(baju berkonsepkan Minie Mouse).

Sunday, August 26, 2012

Kamen Rider Wizard & Fourze


KR Fourze & Wizard

Kamen Rider Fourze

Siri kali ini merupakan siri terakhir bagi KR Fourze [4] dan siri pengenalan bagi KR Wizard [5]. Siri KR Fourze akan berakhir di episod 48 (anda boleh download di TV Nihon Tracker). Di dalam siri kali ini KR Wizard akan membuat kemunculan buat kali pertama di TV Jepun (memang trend cerita KR sekarang seperti KR Double [2] dalam KR Decade dan KR Oz [3] dalam KR Double [2]) memang menarik.

KR Fourze Cast saying goodbye
"That's one small step for [a] man, one giant leap for mankind." [11] Captain Apollo Armstrong

Kamen Rider Wizard


Cincin Replika ini akan dijual pada 6000yen sempena penayangan episod pertama KR Wizard

KR Wizard Intro
Tayangan Perdana KR Wizard akan di udarakan pada 2 Setember 2012 bertajuk "The Ringer Wizard". Sama-sama kita nantikan di TV Nihon Tracker untuk di download bersama-sama. 



Dan juga mari kita tunggu Movie terbaru Kamen Rider Wizard X Fourze pada bulan Disember 2012 nanti.






Raya Aidilfitri Hari Pertama

Assalammualaikum, sudah seminggu aku di Kampung Bukit Chupak (akan di ceritakan di lain entri), baru ini aku dapat line internet yang stabil (setelah balik ke Kuala Lumpur). Apa khabar semua, harap semua sehat walafiat dan sejahtera dalam kehidupan. Dalam entri ini aku nak mencerita pasal Aturcara Hari Raya ku.

Raya Pertama.

Rumah Mak ku.
  P.s. JANGAN USAR BONTOT BINI KU.
Seperti biasa selama 5 tahun dalam perkahwinan kami, kitorang beraya dulu di rumah mak ku di Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Cuma tahun ini aku terlepas sembahyang sunat raya, akibat terbabas bangun pukul 8.15 pagi. 

Hidangan pagi itu macam biasa laa, rendang daging (tapi sebenarnya lebih pada paru, hati & limpa, memang kegemaran kami anak beranak), nasi impit dan lontong.






Lanskap yang ayah aku buat

Ayah ku memang suka tanam Orkit. Ada pokok yang sejak aku duduk di Muar Johor lagi (sekitar 1980)

Raya Family 2012 

Bersantai Di Hari Raya bersama Hilmi Adam & Hasya Amani

Lovely Father & Mother

Selepas acara bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga kitorang pergi photoshot kat kedai. Orang kedai

Saturday, August 25, 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN






Jom ramai2 join segmen Izzah !
click banner Izzah di atas sekiranya berminat !

Follower Carl
46

Untuk Izzah..Carl sudah follow sume terma & syarat kot ^_^

Tarikh Tamat Penyertaan
15 Septermber 2012

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir dan Batin

Assalammualaikum Semua, saya dan sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin, jika ada tersalah kata dan perbuatan, tersinggung perasaan dan tingkah laku kepada semua rakan-rakan dan para pembaca blog ku yang tidak seberapa ini. 

Kami harap anda semua dapat berhari raya dengan orang yang tersayang dan orang yang menyayangi kita.

Di harap juga agar :

  1. bawa kereta dengan mematuhi had laju dan bersopan-santun di atas jalan raya, jika mengantuk sila berhenti rehat di R&R yang berdekatan,
  2. jangan beli tiket bas melalui ulat tiket, belilah di kaunter yang sah,
  3. jaga keselamatan dan kesihatan diri (belasah makan dan minum ais sahaja di hari raya)
  4. jangan bermain mercun kerana menyalahi undang-undang serta ia merbahaya (kena tangkap ok lagi, tapi kalau tangan/jari putus, pepandai laa),
  5. pastikan rumah berkunci dan semua suis elektrik telah ditutup jika beraya lama di kampung halaman,
  6. jaga tingkah laku ketika beraya rumah orang (jangan datang sebab nak duit raya sahaja atau nak ngorat anak dara orang hohohhoho),


ini gambar digunapakai dari raya 2011

Sekian, terima kasih





sumber gambar:  Kuwait Art & Architecture





Wednesday, August 15, 2012

Cara Exercise Yang Berkesan Di Pejabat

Assalammualaikum, 

Ingin ku sharekan cara senaman ini kepada semua, mungkin anda semua pernah tengok cara-cara ini, tidak mengapa, kite boleh re-fresh balik cara senaman ini.


Cara senama ini boleh atau mungkin boleh menghilangkan stress atau mengantuk sesangat (mungkin juga melancar penhadaman makanan anda yer) di pejabat anda, Cuma mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja untuk membuat senaman ringan ini 

  
Sila ikut arahan betul-betul ya

Monday, August 13, 2012

Bleach, Naruto, Lord of the Ring & Pedang Setiawan Sword Replica For Sale

Baru-baru ini aku ternampak/terbaca sekeping gambar dari Facebook. Sebentuk Replika Pedang dari komik dan movie Pedang Setiawan. Memang merarik sekali, ialah dulu masa baca komik memang mengkagumi gaya perlawanan diorang. Mamat nie mengelarkan diri nya sebagai Hang Wira dalam FB, anda semua boleh check it out jika berminat melakukan perniagaan. Aku saja aje promote kepada semua orang.

Dulu ada member aku pernah tempah sebuah pedang penjejak awan dari pembuat keris, memang sempoi. Dan sekarang replika ini sudah jadi business. Ia boleh di buat sebagai perhiasan dalam rumah atau accessory dalam cosplay, tapi aku rasa ia pun boleh di jadikan senjata jika kecemasan (dengan penuh gaya).

Diantara pedang yang di perdagangkan adalah dari Movie Lord Of The Ring, Komik/movie Pedang Setiawan, Anime/Manga Bleach, Anime/Manga Naruto :

Pedang Frodo dari Lord of the ring

Pedang Penjejak Awan dari Pedang Setiawan

Pedang Kurosaki ( Zangetsu ) dari Anime Bleach

Pedang Sasuke dari Anime Naruto

Payung pedang menyerupai pedang kurosaki. RM40 aje beb! Boleh berjalan dengan bergaya

Friday, August 10, 2012

Bonus Day

Semalam adalah 9 Ogos, hari bonus bagi penjawat awam seperti aku. So aku ambik cuti untuk bergembira (gembira laaaa sangat) dengan menghabiskan duit bonus separuh bulan ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik (habiskan duit bonus) telah aku buat, antaranya adalah:-

Service kereta

Pagi-pagi aku dah bangun seperti biasa di bualan puasa ini. Agenda pertama adalah untuk menghantar kereta  aku pergi service. Selepas hantar anak bini, aku terus ke Keramat Perodua Service Centre. Pukul 8.00 pagi sharp aku sampai, walaupun dah booking pukul 8.30 pagi.

Apa yang di buat adalah Standard service, tukar bulp lampu kiri, balancing dan alignment, air filter dan break pad. Ikut slip dia bagi, kereta akan siap pada pukul 10.30, tapi yang sebetulnya pukul 11.54 pagi baru siap, nak dekap 4 jam, nasib baik aku ambil cuti.

Ini adalah kereta yang telah di service, aku nak ambik gambar masa service, tetapi aku tertidur di waiting area.


AF Hobby

Selepas habis service kereta , aku pergi Taman Muda Cheras pula. Dengan tujuan utnuk pergi ke AF Hobby (online toy shop, dia tidak galakkan walk-in, tapi aku terjah aje). Di sana, aku ingat nak beli MS Gundam RX-78-2 Ver. Ka (Katoki Version)(scale 1:100) (RM120), tapi sudah kehabisan stok. So sebagai alternatif aku beli RG Gundam RX-78-2 (scale 1:144)(RM93) sahaja. Itu sahaja untuk tahun ini, melainkan dapat bonus lagi laaa kan ohohohohoho.
Tidak dapat MS Gundam RX-78-2 Ver. Ka, yang hanya dapat adalah
RG Gundam RX-78-2 . Tapi ok laa dari tidak ada apa-apa langsung.

Naan Corner

Dalam tengahari itu, aku pun balik rumah, dengan perasaan excited dapat gundam baru, aku lupa kunci pintu rumah aku, jangan kata kunci, tutup pun tidak. Dalam 4 jam (tidur) pintu itu terbuka.

Tuesday, August 7, 2012

Keselamatan Terabai di Rapid KL-Ampang Line & Jem KL



Semalam adalah Nuzul Quran, so banyak laa negeri-negeri dalam Malaysia ini cuti, termasuk laa Selangor (bukan Selangor aje, tapi negeri yang terdekat aaa). 

Jem di Kuala Lumpur

Maka dengan itu bertambah jem laa Kuala Lumpur semalam, di tambah pula dengan hujan rengai-rengai bagi penyedap rasa jem tue hohohohh. Aku tak kisah sangat jem nie sebab aku naik train hohohoho (buat masa skang nie aje laa kan kan kan?) Cuma kasian orang yang akan tersangkut di dalam jem pabila Margrib menjelang, kalau ada stok berbuka tak per laa, kalau tidak ada, bagaimana, mahu ker orang sebelah kereta berkongsi makanan berbuka walaupun sebiji kurma. Aku tak pernah nampak lagi laa mungkin ada, seperti kisah aku semasa student dahulu kala ketika mahu balik ke kampung halaman.

Al-kisahnya aku terlupa sangat-sangatx5 beli makanan berbuka dengan harapan bas tue berhenti mana-mana. Bila dan masuk waktu berbuka, aku buat-buat laa tidur, tapi brother sebelah aku tau aku buat-buat aje. Nasib baik ada brother yang baik hati nie bersedekah/berkongsi sedikit nasi goreng dia kepada aku. Mula-mula agak segan laa nak terima, tapi bila perut tetiba berbunyi... dengan cover malu terus makan hohohoho.

Gambar jem Jalan Raja Laut dari aras jalan raya. Kereta yang tepi-tepi tue antara penyebab jem.

Gambar jem Jalan Raja Laut dari atas

Bukan aku salahkan hari Nuzul Quran menjadi penyebab jem, tapi time negeri-negeri cuti ini laa di gunakan untuk bershopping di Kuala Lumpur (bukan semua tapi di antara majoriti aaa).

Keselamatan di Stesen Rapid KL- Ampang Line (STAR LINE)

Aku bukan laa seorang Safety Officer yang berkelayakan, tapi dari segi logik balik laaa di debatkan. Sejak aku di tukarkan cawangan nie, aku selalu menaiki Ampang Line nie. Aku tau semua stesen sedang di naiktaraf bagi memperbaiki perkhidmatan mereka kepada orang awam dan kepada orang OKU. 

Aku cuma tidak berapa berkenan cara diorang nie membuat renovation, mereka tidak memperdulikan keselamatan orang ramai dan juga pekerja mereka sendiri. Aku agak heran apa Safety Officer dia buat, bayar gaji ribu-ribu, dapat pula selurah stesen yang ada dlam KL nie, masyuk tue. 
  1. Tiada Safety Net, 
  2. tiada Tanda Peringatan Bahaya, 
  3. tiada pemakaian pakaian keselamatan, 
  4. tiada laluan yang tertutup/selamat bagi penjalan kaki


Lihat laa para pekerja tidak memakai pakaian keselamatan yang lengkap. Tiang-tiang besi dipasang  ini berada di laluan  penjalan kaki utama. Tanpa memikirkan keselamatan semua orang, kena tunggu ada orang mati baru ada tindakan.

Tiada Safety Net disediakan, memberbahayakan kepada orang awam yang menggunakan laluan ini. 
Tiada Halangan yang sempurna atau tanda peringatan kawasan pembinaan di sediakan di sini. Banyangkan  kalau ada batuker, tiang ker atau orang ker terjatuh.....


Satu lagi aku hangin sangat bila menggunakan Public Transportation nie, ramai yang tiada sivik langsung. Dengan tak beraturnya, yang potong Q nyer, aku tak boleh, seperti menjadi satu pantang bagi aku. Siapa yang potong line aku, pasti kena sepak dari belakang atau pijak kaki dari belakang gak. Lepas sepak atau pijak, cakap laa sorry aje ngan muka tidak puas hati.

Tengok tue, belum lagi buka pintu, dah blok orang nak keluar. Tak beratur langsung, Tiada sivik!



Monday, August 6, 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan





JOM JOIN SAMA. KLIK PADA BANNER CEPAT!!

TAMAT: 25 Ogos 2012
(11:59 p.m)


*Senarai PESERTA akan di update dari masa ke semasa.
*Saya akan blogwalking semua peserta yang join. Insyaallah.
*Peserta yang terawal dan terakhir akan menerima top-up RM5 seorang.
*Hope segmen ni ada sambutan la yer.
*Setelah segmen tamat, peserta akan menjadi bloglist saya selama sebulan.
*Kemungkinan hadiah akan ditambah.

Sunday, August 5, 2012

Welcome August 2012

Bulan Ogos sudah. Hari ini sudah masuk hari ke-16 kite berpuasa lagi setengah bulan lagi kita akan menyambut Aidilfitri pula.

Berat Badan

Rasa macam sekejap aje kan. tapi aku baru turun 1kg aje, expect turun 4kg. Doktor aku cakap, aku kena kurangkan sebanyak 4.8kg, betul!, tak percaya tanya Nurul, jiran kubik opis aku hohoho.

Lagu Raya dan Tiket Bas

Kat radio pun dah start pasang lagu raya. Lagi lama, lagi kerap lagu raya berkumandang di radio nie, aku pun dah start bernyanyi lagu raya dengan suara yang sumbang, yerlaa menyumbang kata kan laaa. Booth tiket bas dah pun habis jual tiket. Shahdu kepada orang yang tak sempat beli tiket balik kampung hohohoh bila terdengar lagu raya. Tapi ulat tiket dah start beroperasi, ada juga yang membeli tue, tak serik-serik lagi diorang, dari pembeli mahupun penjual.

Kuala Lumpur Bandaraya Jem

Kuala Lumpur start jem sana sini. Antara sebabnya :-

Saturday, August 4, 2012

Grandmother House


Nenek ku.

Nenek Ku.


Minggu lepas aku balik kampung di Buntut Pulau, Temerloh, Pahang. Yer Buntut Pulau yang sebelum nie di panggil Kampung Tengah. Aku tak tahu bila masa kampung aku bertukar menjadi nama itu.

Hohohohohoh macam dah lama aku tak balik sini, tapi macam bulan lepas aje aku balik.

Antara sebab aku balik kampung ialah mesti laaa jumpa nenek ku, saja jenjalan jauh, pergi pekansari (mak aku selalu sini sebab nak beli bahan memasak antaranya ikan sungai dan segala sayur, katanya murah-murah kat sini, aku pula nak usar ikan laga) dan nak biasa-biasakan anak-anak aku jumpa moyang diorang, sementara masih berpeluang.


Rumah Kayu Kampung.

Rumah nenek ku.
Rumah nie banyak kenangan yang best. Contohnya kat bawah rumah nie laaa aktiviti aku masa kecik-kecil dulu, main tanah laa apa lagi. Lagi best pada masa hujan, leh buat rumah sebab tanah dah jadi tanah liat, pastu kena marah terus lari keluar sambil mandi hujan. Dulu mandi hujan kat kampung memang best sebab time tue pencemaran kurang lagi.

Mak aku pernah cakap, setiap kali balik kampung sini mesti ada ayam itik terkorban. Aku pun jawab "..ooo..". Aku ingan ayam itik tue di korbankan untuk aku makan, tapi situasi yang sebenarnya ayam itik tue mati sebab aku dan adik aku. Mau tak kena kejar, kena hambat ngan kayu, kena tanam hidup-hidup dan paling best skali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)