Wednesday, September 5, 2012

Sambut Merdeka Di Stadium Bukit Jalil

31 Ogos 2012 adalah hari kemerdekaan Malaya Ke-55 ( Janji Di Tepati ). Aku bertugas sebagai penjawat awam untuk memeriahkan sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil. 

Aku dulu budak senibina memang kagum kejap pasal stadium ini. Kompleks sukan ini hampir semua pakai bumbung tensile. So, hampir semua bebudak Archy pakai design berbumbung tensile. Buat model bangunan pula, kitorang pakai setokin pompuan tue untuk effect tensile. Sebelum guna, pakai kat kepala sambil buat aksi untuk merompak hohohoho...

Berbalik pula kepada cerita asal, di dalam email ku terbaca seat yang di sediakan adalah seat vip dan terhad, itu yang membuatkan aku agak tertarik untuk pergi. Lagi pun dalam email itu menyatakan siapa yang hadir dapat 1 hari cuti tanpa rekod, lagi laa seronok (walaupun cuti aku ada 40 hari lagi), dan juga, terdapatnya cabutan bertuah merdeka 55. Hadiahnya agak menarik mata memandang.



Dibekalkan dengan Ayam dan Burger KFC, aku nak Spice punyer.

Bas-bas yang di sediakan untuk Warga JKR
Banyak-banyak bas yang di sediakan, bas nie gak kitorang dapat
Sampai di pintu masuk C

Parking Bas yang penuh dibanjiri oleh bas dari serata Malaysia

Kami terpaksa melalui celah-celah pagar Stadium Antarabangsa Bukit Jalil.
Terjumpa pula peminat setia ku (orang CKBA) yang berlambai-lambaian dari jauh, berebut nak belanja aku esok (06/09/2012)

Masih ramai lagi berada di luar stadium. Waktu margrib, ramai kaum wanita sembahyang bawah tangga ini.  Kekurangan surau yang sesuai disediakan semasa event ini. Harap pihak penganjur lebih prihatin atas isu sensitif ini. Bukan kami tak boleh sembahyang dimana-mana, tetapi harap sediakan ruang sahaja sudah memadai dan tempat mengambil wuduk, sudah ok dan bersyukur dari kami.

Kami berpusu-pusu hendak masuk kedalam stadium.

Tugu Keris Tambing Sari. Tidak akan hilang melayu di dunia ini.

Pekerja dari pihak media sedang bekerja keras untuk memastikan semua peralatan beroperasi lancar.
Apa salahnyer buka sahaja pintu masuk nie, kami terpaksa beratur panjang dalam panas terik tengahari. Kat pintu masuk ini juga laa kad cabutan bertuah di edarkan. Ada yang ambil 35 keping, tapi tak menang pun.
suasana dalam stadium pada waktu petang itu, masih tidak penuh lagi
Kami di seat " VIP " sungguh!!!!!

Korang ini ingat aku datang jauh-jauh, penat-penat, nak tengok BONTOT korang ker? tegur sikit, buat donno aje, cakap kias lagi aaaa... susah laa kalau ada orang yang pentingkan diri sendiri macam ini dalam dunia ini.

Aktiviti malam tersebut. Platform bulat kat tengah-tengah itu boleh berpusing 360 darjah. Ia berpusing semasa  PM memberi ucapan, sebaik sahaja habis ucapan, cukup satu pusingan bulatan.

view ke seat untuk warga media.
Suasana luar stadium semasa nak balik. Kitorang hampir tertinggal bas!!








4 comments:

  1. agak2 kita saling mengenali tak?

    http://redscarz.blogspot.com/2012/09/coretan-sambutan-hari-merdeka-55-di-sbj.html

    ReplyDelete
  2. hahaha... yeker.. aku rasa mcm aku ada dalam pic ko ni. 5 dr bawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nampak kaa? bukan gambar no. 4 kan.. hohohoh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)