Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Keemasan Syawal Cawangan Arkitek JKR 2012

04 September 2012. Cawangan Arkitek JKR telah mengadakan Majlis Jamuan Raya yang bertemakan Keemasan Syawal di Menara Tun Ismail Ali ( TIMA ). Lebih kurang 300 orang yang menghadiri ke majlis ini. 

Banyak dugaan yang kami tempuhi untuk menjayakan majlis ini. Dengan tetiba sahaja JKR Wilayah Bahagian Istiadat tidak dapat menyediakan kerusi meja yang diperlukan. Perubahan atuacara menyebabkan kami terpaksa bayar lebih untuk penggunaan aircord di dewan. Tetapi alhamdulilah kesemuanya berjalan lancar dan berjaya.

Majlis ini juga meraikan para pekerja yang telah berpencen, tokoh-tokoh pekerja dan juga pertandingan 5S. hadiah yang disediakan juga agak menarik, antaranya ada juga barangan daripada IKEA. Cabutan bertuah juga ada diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti majlis, tetapi aku tidak menang lagi (esok kena mandi bunga agaknya).

Menu disediakan agak menarik (dari Sri Cahaya Catering), antaranya ialah
  1. Daging kambing golek
  2. Salad
  3. Nasi beriani
  4. Nasi inpit
  5. Rendang 
  6. Dinding daging
  7. Ayam masak merah
  8. Sate ayam dan daging
  9. Bubur kacang
  10. laksa johor
  11. cendol
  12. dan lain-lain lagi


Keadaan semasa penyediaan dewan. Aku sebagai AJK Logistik menjalankan kerja menusun kerusi dan meja. Aku ingin meminta maaf  kepada semua pekerja AJK Logostik sebab tidak dapat menolong semasa acara mengemas kerusi meja kerana ada panggilan dari pihak atasan untuk penyediaan kedatangan Datuk Anis ke Cawangan Arkitek.

Setelah siap meja untuk VIP. Mula-mula ada ker dia bagi warna pink, lari dari tema!

Meja VIP ada Dome



Gambar Bos Kecik ku

Disediakan Live Screen 

Door Gift. Nombor aku 399 tetapi tidak menang apa-apa. Kasihan.

Bos Besar ku

Menu kami. 

Lagi menu kami

Kambing golek sedang disediakan

Ini lah lori Catering kami. Terima Kasih Sri Cahaya Catering.

Ramai beratur untuk mendapat juadah daging kambing. Malangnya raya kambing agak tawar dan tiada sos.

Keadaan semasa penyiapan di dewan

Raja dan Ratu Raya. Bagai pinang di belah chainsaw!

Aku sempat bergambar dengan Big Bos Lama, Datuk Amer Hamzah, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am.


AJK Induk bersama AJK Kecil gambar bersama. Gaya Bebas

Gambar gaya sopan

Sedang bersiap untuk ke majlis

Feature wall untuk sesi bergambar

Kerusi roda En. Rozami telah di sadur emas bagi mengikuti tema majlis

Entrance ke dewan, di hiasi dengan dayang-dayang yang cantik dan tertarik

Black Carpet untuk menggantikan red carpet

Para dayang memberi door gift kepada para tetamu

Gambar Stage yang telah siap

6 comments:

  1. Bestnyer nama acara
    Macam teringin nak buat nama gitu
    Keemasan Syawal tidak didaftarkan sebagai Hakcipta Terpelihara kan?
    Baca entry kita gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoho boleh di guna pakai bersama.. tak daftar pun.. tapi masa majlis penuh gold dust tue.. berseri-seri muka

      Delete
    2. Just nak reply pada comment awak

      Kalau sayang pada wife, belikanlah satu set Premium Beautiful kerana ia akan merawat wife secara dalaman dan luaran
      InsyaAllah, sihat dalam akan membawa ke kecantikan luaran...

      Roger2 cepat ye

      Delete
    3. insyaalah, nanti-nanti saya fikirkan bersama wife saya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)