Friday, September 28, 2012

Tertangkapnya Tupai yang terjatuh kedalam perangkap

Sambung dari tertangkapnya tikus di dalam rumah ku, aku memasang perangkap di luar rumah pula. Berumpankan roti sahaja untuk menangkap tikus di luar rumah, aku tertangkap seekor tupai. Tupai ini juga satu hal, sudah 2 biji tembikai korea aku dia makan (mungkin rezeki dia). Bukan itu saja, bahkan mematahkan pokok bendi ku juga, sebab dia suka memanjat.

Tapi nak jadikan cerita, aku takut hendak lepaskan dia, takut di serang n gigit aku lak. So, buat masa sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan tupai ini, nak matikan dia atau lepaskan hmmm..... tapi ada orang bagi pendapat untuk dibuat sate hohohohohoho...siot aje



Tupai kelihatan ketakutan apabila di sergah oleh ku.

Besar juga tupai nie yer!

Kelihatan biji tembikai korea aku. Nakal dia nie!

Memenangi Tiket Wayang Dredd 3D


Tiket Wayang free yang pertama untuk tahun ini.

Semalam 27/09/2012 aku baru terima surat dari Majalah Gempak (harga RM4.20). Aku ada masuk pertandingan menjawab soalan dari Majalah Gempak. Selalunya memang senang nak menang mungkin sebab tak ramai nak masuk kot, kekadang dalam satu isu boleh juga laa menang 2-3 pertandingan.

Borang Gempak


Aku sebenarnya dah lama tak masuk pertandingan Majalah Gempak nie sejah berpindah rumah, tapi tetiba tergerak hati untuk update profile dan masuk pertandingan ini pada 08/09/2012. Mungkin rezeki kot, terus menang tiket free 2 ketul hohohohoho.

Trimas Gempak.

Website Gempak.

Wednesday, September 26, 2012

Hasya Amani New Inexpensive Kitchen Set

Assalammualaikum, 

Hiie.. 
Kite sambung dari enteri sebelum ini yang berkisah Hasya tiada mainan orang pempuan punyer. Hendak dijadikan cerita, semalam hari gaji seMalaysia bagi semua penjawat awam, so ada laa sedikit rezeki untuk memenuhi kehendak anak-anak.

Dengan bantuan Pn. Lia dan En. Mat (bukan nama sebenar) membawa ku ke Chow Kit men"survey" barang mainan di kedai-kedai borong. Dengan bantuan visual (gambar), saya mencerikan kisahnya:



Ku tiada Mainan.... hmmm :(
Kedai Zone Trading. Tak ada papan tanda nama kedai nie aaa
Mereka (kak Lia dan Wan mohd) yang membantu membawa ku jejalan mengenal selok-belok Kuala Lumpur. Kitorang jalan kaki aje. Agak penat sikit aaa, sikit aje...
Kalo laaa PM umum bonus sebulan di Budjet 28.09.2012 nie, rasa-rasanya ada gak rembat nie. sambil survey mainan anak, survey gak main sendiri, Adult Toys ok! RM250-300 aje.. murah laa tue kan kan kan... Dan sambil tue tengah racun En. Rozami untuk beli skali, ada geng best sikit kalo nak main dalam opis hohohoho

Time nie, diorang tak tau lagi akan dapat toy lagi. Diorang nie pantang nampak camera, mesti nak posing. Time nie hasya cuba buat peace macam abang dia, tapi tak jadi, terbelit-belit tangan.
Cubaan Ke-2 Hasya hendak buat peace. Adam kelihatan tidak puas hati sebab tak ada nampak mainan baru dia.  Hasya tanyer "...sapa nyer nie..?" lalu papa pun jawab "...Hasya nyer..", dengan sepontan dia pegang dadanya dan buat muka cute sambil berkata "..yeah hasya nyer...!"

Tuesday, September 25, 2012

I only played my brother's toys, were is mine?

Kasian hasya, dia tak ada mainan orang pompuan, cuma ada mainan lelaki abang dia punyer aje... patung Ultraman, Kamen Rider, Ben 10, Raksaksa, pistol dan lain-lain lagi. 

Kekadang dia main pingan mangkuk kat dapur sambil panjat rak tue, risau aje dia jatuh.
Kekadang dia main beg mak dia, habis semua mekap, gincu, purse dan duit dia keluarkan.
Kekadang dia main handphone mak dia, sampai terlock terus dan habis beteri, kasian mak dia.
Kekadang dia main perut papa dia, mentang-mentang laa papa dia agak buncit sikit aaa.


Hasya main topi bomba abang adam punyer di bucu dinding, klik untuk besarkan gambar untuk tengok muka comel yang sedih tue.

Hasya tengah usar katelog IKEA untuk beli permainan dia. Macam-macam dia tunjuk dekat papa. Papa dia cakap tunggu dapat gaji nanti, baru papa beli.

Kite tunggu aje gaji nanti yer Hasya Amani.

Aaargh! Tikus Comel Buat LoveBite

Assalammualaikum, sesi entri kali ini saja buat tajuk macam itu.

Baru-baru ini rumah aku di masuki seekor makhluk perosak. Tapi sebelum ini orang rumah aku kata di ada terasa kena gigit kat kaki oleh makhluk ini kat dalam rumah tapi dia hilang dah, tapi buat 2-3 hari nie ada laa pula nampak najisnya. So ari ahad lepas aku pergi beli perangkap tikus berharga RM10. Sebelum tidur orang rumah aku pasang perangkap tersebut, berumpankan sate ayam dalam masa sejam sahaja dah mengena. Dan ini laa hasil nya:




Comelkan tikus ini!!!! eeeee


Tikus ini mati kesejukan di dalam hujan. Dah taman dah pun. Selamat....

Thursday, September 20, 2012

Write Your Name in Japanese

My name is Rikatokilu Kizdokato (Hanif Izuan)


Hi, aku ambil ini dari facebook, memang seronok baca nama sendiri dalam bahasa jepun ini. Mari kita cuba bersama-sama. Anda semua boleh poskan nama anda di komen. 

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 13, 2012

Kamen Rider VS Super Sentai

Di sini aku nak sharekan cerita yang akan di tunggu-tunggu oleh semua "kipas susah mati" [die hard fan] Kamen Rider (KR) dan Super Sentai (SS) [Power Ranger]. Plot kali ini adalah gabungan semua superheroes KR & SS menentang raja segala kejahatan yang wujud. Crossover macam nie macam dah jadi standard cerita superheroes di jepun kini.

Aku malas nak cerita sampai habis, sebab aku tau ada belambak lagi blog yang boleh cerita dari awal sampai habis dia punyer plot. Aku keluarkan entri ini sebab nak remainkan aku sendiri bila boleh download cerita ini. Bila lagi nak tengok KR dan SS beramai-ramai dari watak dahulu kala hingga sekarang hendak bergabung menentang kejahatan!



Di jangka akan di siarkan di Jepun pada Oktober 2012. Tapi kami di Malaysia hanya boleh tengok melalui YouTube dan download sahaja hohohoho. Tak sabar nak tunggu nie, aku tak kisah laa siapa lawan siapa, janji KR kabuto tunjuk kehebatannya....

Cover Page

Cover Page

KR & SS bergabung!

itu dia, medan petarungan diorang!


Ini adalah senarai tarikh siaran dan keluaran dvd KR dan SS yang di nanti-nantikan:


Wednesday, September 12, 2012

Jamuan Hari Raya Tingkat 11 Cawangan Arkitek JKR

Hari ini ( 12/08/2012 ) di Tingkat 11, Cawangan Arkitek telah mengadakan Jamuan Hari Raya. Jamuan ini diadakan oleh serpihan BPKS, Pejabat Pengarah Kanan dan Pejabat Program (Unit ku buat Mee Hun Sup aje, bos kecik seponser).

Antara menu yang di hidangkan adalah:


1. Nasi putih
2. Gulai Tempoyak pucuk ubi
3. Telur masin
4. Budu + Ulam
5. Ayam Goreng Berempah
6. Lazy Dish
7. Sambal Sotong
8. Mee Hoon Sup
9. Sate
10. Kuah Kacang
11. Nasi Himpit
12. Salad
13. Bubur Pulut Hitam
14. Float (Rut Beer + Ais Krim)
15. Puding Telur
16. Keropok Ikan 
17. Air Kordial
18. Carbonara


Aktiviti Penyediaan

Bilik En. Rozami sudah kena block. Mentang-mentang laa dia tengah cuti. Hohohoho

Carbonara yang di nanti-nantikan oleh satu cawangan arkitek, special made by Haji Zainal .

Monday, September 10, 2012

Birthday Party @ Yu Kids Island @ The Curve For Aariz Hussein

Semalam, adik aku Hanie buat Birthday party anak dia (Aariz Hussein) dekat Yu Kids Island @ The Curve. Family kitorang & family mertua aje yang datang, saja buat kat situ untuk diorang main-main dan berseronok. Memang best tempat itu, anak aku main sampai penat dan lupa untuk makan, bila sudah hendak balik baru rasa lapar

begambar di depan kedai

berenang dalam kolam bebola plastik.
Mamanya usar dari tepinya

Whatz New in My Home

Assalammualaikum.

Apa yang baru dalam kehidupan aku. tidak ada pa-apa sangat. Cuma agak sibuk nak kemas kawasan rumah sempana Hari Raya Aidilfitri. Baru-baru ini aku baru mengecat rumah. Bukan semua rumah laaa, satu wall aje untuk buat feature wall sahaja.

Kebun belakang rumah dah sebulan tidak buat apa-apa, baru ini lah nak clearkan sikit. Pokok Bendi aku pun dah macam nak mati aje. Pokok betik agak subur tanpa penjagaan apa-apa. Pokok tembikai korea aku dah start beebuah dah. Pokok pucuk ubi ok aje tumbuh. Aku baru saja trim sikit pokok pandan yang subur membesar. Sekrang dalam proses tanam kankung dengan kacang panjang.

Pejabat a.k.a setor di bawah tanah aku pun baru di kemas kini, tapi tak ada gambar laaa. Bila dah kemas, mood untuk sambung balik robot gundam pun dah ada. So malam ini boleh laa start siapkan lagi 2 kapal terbang.




Sekian, terima kasih.

Sunday, September 9, 2012

Kamen Rider Wizard New Series

Semalam (07/09/2012) aku baru download cerita KR seri baru, KR Wizard dari TV Nihon. Memang cerita yang menarik dengan pelbagai aksi.

Gaya cool KR Wizard memang macam KR Kabuto. Sentiasa tenang menentang musuh dan introduction lawan dia mesti raksaksa yang memulakan dulu. Dan pelbagai skill lawan di pamerkan macam KR Kabuto juga (control pose, stop the attact, pause the enemy movement and then attact) aku memang suka cara berlawan itu. 

Tapi secara overall aku rasa KR Wizard nie lebih kepada Pose Elegent sikit tidak seperti KR Kabuto yang lebih menonjolkan Pose Superiority
KR Wizard (It's... Showtime!)
KR Kabuto (Walking the path of heaven, the man who will rule everything )
Dari segi pertukaran ( henshin! ) KR Wizard ( Sha Ba Do Be Touch Henshin ) seperti macam KR Kiva, KR W, KR Fourze dan KR Den-O serta KR Oz. 

Pelbagai pertukaran digunakan mengikut situasi pertempuran (change element) :
Red Ring : Flame Please, Hii Hii Hii Hii Hii,
Yellow Ring : Land Please, Dododo Dododon Don Dododon,
Green Ring : Hurricane Please, Fuu Fuu Fuu FuuFuuFuuFuu,
Blue Ring : Belum di ketahui lagi buat ketika ini

Aku rasa nanti mesti ada Ultimate Form untuk lawan raksasa yang lagi hebat. Semasa pertukaran pula, ada sound effect macam KR Oz, kekadang ada juga bunyi macam Game PSP Patapon.

Dari segi senjata pula, aku rasa KR Wizard ini lagi complicated, ada masa lagi hendak shake hand. Aku memang amat suka pada Gun Sword dia, teringat Game Final Fantasy.
KR Wizard
KR Kiva

KR Oz

KR W
KR Den-O
KR Fourze
Seperti biasa dalam cerita KR, penuh dengan tauladan, pengajaran dan nasihat. Oleh itu aku rasa cerita ini bukan sahaja boleh di tonton oleh budak-budak, malah orang dewasa juga boleh.

Sekian, terima kasih






Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Keemasan Syawal Cawangan Arkitek JKR 2012

04 September 2012. Cawangan Arkitek JKR telah mengadakan Majlis Jamuan Raya yang bertemakan Keemasan Syawal di Menara Tun Ismail Ali ( TIMA ). Lebih kurang 300 orang yang menghadiri ke majlis ini. 

Banyak dugaan yang kami tempuhi untuk menjayakan majlis ini. Dengan tetiba sahaja JKR Wilayah Bahagian Istiadat tidak dapat menyediakan kerusi meja yang diperlukan. Perubahan atuacara menyebabkan kami terpaksa bayar lebih untuk penggunaan aircord di dewan. Tetapi alhamdulilah kesemuanya berjalan lancar dan berjaya.

Majlis ini juga meraikan para pekerja yang telah berpencen, tokoh-tokoh pekerja dan juga pertandingan 5S. hadiah yang disediakan juga agak menarik, antaranya ada juga barangan daripada IKEA. Cabutan bertuah juga ada diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti majlis, tetapi aku tidak menang lagi (esok kena mandi bunga agaknya).

Menu disediakan agak menarik (dari Sri Cahaya Catering), antaranya ialah
  1. Daging kambing golek
  2. Salad
  3. Nasi beriani
  4. Nasi inpit
  5. Rendang 
  6. Dinding daging
  7. Ayam masak merah
  8. Sate ayam dan daging
  9. Bubur kacang
  10. laksa johor
  11. cendol
  12. dan lain-lain lagi


Keadaan semasa penyediaan dewan. Aku sebagai AJK Logistik menjalankan kerja menusun kerusi dan meja. Aku ingin meminta maaf  kepada semua pekerja AJK Logostik sebab tidak dapat menolong semasa acara mengemas kerusi meja kerana ada panggilan dari pihak atasan untuk penyediaan kedatangan Datuk Anis ke Cawangan Arkitek.

Setelah siap meja untuk VIP. Mula-mula ada ker dia bagi warna pink, lari dari tema!

Meja VIP ada Dome

Sambut Merdeka Di Stadium Bukit Jalil

31 Ogos 2012 adalah hari kemerdekaan Malaya Ke-55 ( Janji Di Tepati ). Aku bertugas sebagai penjawat awam untuk memeriahkan sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil. 

Aku dulu budak senibina memang kagum kejap pasal stadium ini. Kompleks sukan ini hampir semua pakai bumbung tensile. So, hampir semua bebudak Archy pakai design berbumbung tensile. Buat model bangunan pula, kitorang pakai setokin pompuan tue untuk effect tensile. Sebelum guna, pakai kat kepala sambil buat aksi untuk merompak hohohoho...

Berbalik pula kepada cerita asal, di dalam email ku terbaca seat yang di sediakan adalah seat vip dan terhad, itu yang membuatkan aku agak tertarik untuk pergi. Lagi pun dalam email itu menyatakan siapa yang hadir dapat 1 hari cuti tanpa rekod, lagi laa seronok (walaupun cuti aku ada 40 hari lagi), dan juga, terdapatnya cabutan bertuah merdeka 55. Hadiahnya agak menarik mata memandang.



Dibekalkan dengan Ayam dan Burger KFC, aku nak Spice punyer.

Tuesday, September 4, 2012

Makan dan Aktiviti Selepas Raya

Assalammualaikum semua. Sudah lama tidak ku post apa-apa entri sebab gejala malas dan line internet slow. Hari ini aku rasa mau 2-4 entri akan aku keluarkan. Tapi entri ini nak ku ceritakan pasal makanan yang aku makan.

Selepas puasa dan beraya di kampung, rutin biasa kembali jua. Makan kat fast food dan restoran mamak (Taqwa) kegemaran tue sahaja, jarang kami masak kat rumah sebab bangun lewat, masa hari minggu laaa yer.

Pepagi makan McD

Adam mamai lagi

Say Aaaaaaaa uummmm

Makan dekat Taqwa

Hidung kembang kempis minum teh tarik

Orang lain, sebelum raya dah cat rumah, kami pula lepas raya baru sempat cat. Bewarna juga rumah ku, Masa beli cat itu, dekat tong cat dia tulis jambu, tapi dia keluar warna pale brown. Aku cat sensorang aje, itu pun kena ambik cuti hari isnin (27/08/2012). Kena siapkan sebelum isteri ku balik bersama anak-anak tersayang. Dalam 5 jam gak aku nak settlekan dinding panjang ini, sempat 2 layer sahaja. Boleh laa ork.

Cari cat kat kedai Uncle hardware dekat Seri Gombak

Rumah ku sebelum di cat

Rumah ku semasa di cat. Sambil mengcat dengar lagu video K-pop!

So tunggu aje laaa apa dah terjadi selepas siap, kami tukar sikit layout. Tukar angin sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)