Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalammualikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, Maaf Zahir dan Batin.

Raya kali ini memang banyak pakai duit... dengan :

  1. kereta eksiden
  2. bayar pengawal keselamatan (4bulan terus.. lama tak bayar, nak raya baru bayar hohoho)
  3. kereta major service (kereta pinjam dari mak)
  4. tayar kereta kena tukar (dah expire laa pulak)

Semua itu hanya laa dugaan semasa puasa, dengan berbekal pemberian wang ehsan dari kerajaan dapat juga laaa menyelesai serba sedikit masalah.

Dibawah adalah gambar-gambar aku beraya.. selamat menonton....

Gambar raya tahun lepas hohoho

Bergambar pepagi raya, bermaaf maafan. Gambar aku tidak ada sebab tiada orang nak ambilkan.

Sesi terima hadiah raya di pagi hari. Tahun ini semua beraya di rumah ku sebab rumah mak tengah renovate lagi. Semua orang perempuan dapat gelang lengan.

Gambar family semua. Tahun depan Hanie dah pergi london sambung belajar.

Beraya di rumah Datuk. Punyer laa ramai tunggu duit raya.

Humaira Ariana memang tidak boleh duduk diam... Hyper Active sikit dia nie.

Terpaksa buka khemah dekat luar, sebab dekat dalam tidak muat lagi. Itu gambar diorang tengah berborak pasal accident dekat depan rumah tadi. Mamat tue mengaku dia budak Ampang nak buat hal kat sini, mamat tue tak sedar dia tengah cakap ngan pailang simpang 3... hampir kena cepok ngan pakcik aku.

Malam raya pertama baru bertolak pergi balik kampung Paris, eh silap Parit. Mengenang plastik kit aku yang tak pasang-pasang lagi...

Malam raya Ke2, main bunga api, mercun sikit aje.. bahaya tauuuu

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Sambut hari jadi di raya Ke4

Sambut hari jadi di raya Ke4

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris.

Beraya hari Ke3, beraya di rumah sanak saudara di Paris. Bersolat jemaah di Kg Senin. Ada Mesyuarat Agung Keluarga, kami menantu join laaa juga.




Tuesday, August 5, 2014

Haul di Hari Raya

Assalammualikum,

Adeh, parah hobi baru nie mengumpul Tomica City nie.... dapat duit wang ehsan aje terus beli nie dulu. Harga aku tidak tahu lah murah atau mahal, tapi dah ternampak di Sogo beli aje laaaa.

mengisi minyak sebelum balik raya hohohoho.
Sekian terima kasih

Tajaan Berbuka Puasa dari Arcradius

Assalammualikum,

Julung-julung kalinya office isteri ku buat berbuka puasa bersama family staff. Berbuka puasa dia Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Malang nya semasa pulang ke rumah, kereta aku accident dengan motor, dan penunggan motor tersebut dapat melarikan diri.... huhuhuuuu

Suka nyer mama berbuka ngan artis.


Sekian , terima kasih.

p/s: yer aku tau dah raya dah, cerita berbuka puasa dah basi... suka hati aku ler hohohoho, dah aku malas nak update blog masa bulan puasa.

Unboxing Robot Spirit 165 Wing Gundam

Assalammualikum,

Unboxing Robot Spirit  165 Wing Gundam yang aku beli masa sale HLJ.Com dengan harga RM75 (termasuk shipping) hari itu, harga dekat pasaran Malaysia dalam Rm165 belum masuk postage.



Sekian, terima kasih

Pemeriksaan Suhu, Kelembapan dan Pencahayaan di Ruang pejabat (MS1525:2007)

Assalammualikum,

Sebelum balik raya hari itu, satu Sesi Pemeriksaan Suhu, Kelembapan dan Pencahayaan di Ruang pejabat telah di adakan oleh Cawangan Arkitek bagi membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyelesaikan masalah di Cawangan Arkitek.

Pemeriksaan ini berpandukan MS1525:2007.
Kami mengambil Perkara 6.2.2 dan 8.1.2 sebagai rujukan.

Rata-rata pencahayaan di Cawangan arkitek tidak mencukupi mengikut piawai.
Kebanyakan tempat kerja Cawangan Arkitek berada di bawah 300 Lux.


Sekian, terima kasih

Wednesday, July 9, 2014

Foodilicious Kitchen Year 2, You Got To Try The "Express Taste Tour Of Foodilicious Kitchen"

Assalammualikum,

Sabtu lepas kami berbuka di Foodilicious Kitchen . Setiap tahun bulan puasa, kami akan berbuka disini. menu diorang sudah start banyak dan menyelerakan. Pelanggan pun sudah ramai, sampai habis pinggan dalam kedai.

Aku ada order Ramadhan Special Mixed Grilled Platter, tidak ketahuan yang set platter tue untuk 2 orang, tetapi aku belasah sensorang saja!. Sungguh sedap dan lazat skali, cukup rempah ratusnya kalo boleh nak order lagi. Aku recomend korang kena order platter ini, korang boleh rasa semuanya maksud aku macam express taste tour of Foodilicious Kitchen.

Hilmi Adam dan Hasya Amani makan Creamy Carbonara, cuma lupa nak bagi tahu chef jangan lebihkan rempah, diorang kata pedas sikit. Order satu pinggan, share 2 orang.

Humairah Ariana makan Mashed Potatoes sahaja. Itu pun sedap, lagi sedap dari KFC lagi, serious......

Isteri kesayangan ku pula makan Nasi Lemak Kukus With Ayam Perchik, juga sedap.

Air minuman macam biasa laaa FREE dan boleh refill banyak mana pun.

Sudah termakan sedikit, lupa hendak ambil gambar... darn.
Gambar atas, chef Alan hampir terbakar tangan hohohoho.

Menu yang hanya ada pada bulan Ramadhan, dan dengar cerita Foodilicious Kitchen akan keluar dekat JJCM, wow Tahniah!!!


Sahaja aku tak letak harga. so korang boleh datang tengok dan rasa sendiri serta korang boleh nilai kepuasannya.
p.s please do try Brownies Sundae!!!!!!!


Sekian, terima kasih

Tuesday, July 8, 2014

Haul Mainan Bulan 6 Jahanam

Assalammualaikum,

Apa lagi cerita pasal mainan laaa pulak.

hohoho repost balik.. kasi mcm banyak saja beli.

Hasil belian dari HLJ.com, Shipping jatuh RM5 untuk setiap barang. Kesemuanya berjumlah RM170 (termasuk shipping) bila sudah di tapis, kalau tidak RM357. Barang-barang ini telah di diskaun sebanyak 50% - 90%, so banyak penjimatan di situ.

Tidak tahan tengok kereta tomica asik berselerak, so aku terpaksa aaa terpaksa beli untuk mencampakkan kekemasan ruang kenderaan.


Sekian, terima kasih

Lawatan a.k.a Family Rest Day @ Teluk Batik, Perak

Assalammualaikum,

Balik kampung semasa cuti sekolah memang best... Ikut perangcangan awal hendak buat Family Day ke Gambang & Terengganu, tapi terpaksa ditangguhkan sebab bapa mertua baru lepas operation mata.

Kami balik selama 3 hari aje, macam-macam aktiviti di buat. Antaranya

  1. Buat BBQ tengah malam
  2. berkelah di Teluk Batik
  3. Bershopping di RTC



Baju bebudak lelaki telah di taja khas.
Gambar bawah kiri adalah AJK Persiapan Tempat BBQ serta pengawal lalu lintas. Gambar bawah kanan adalah AJKKK BBQ dan Pegawai Kualiti Rasa.


Hypermarket RTC Perak.


Sekian, terima kasih

Monday, July 7, 2014

Hadiah Birthday Hasya Amani

Assalammualaikum,

Selamat Hari Jadi Hasya Amani ke-4 tahun, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleha.

Papa & Mama always love you....

Wow.. Birthday Cake Frozen....


Sekian, terima kasih

Happy Birthday Humaira Ariana

Assalammualaikum,

Selamat Hari Jadi Humaira Ariana yang pertama, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

Papa & Mama always love you....




Sekian, terima kasih

Sunday, June 8, 2014

Edge of Tomorrow

Assalammualaikum,

Mengikut tarikh dari gambar tiket di bawah, aku layan sensorang aje cerita Edge of Tomorrow.

Cerita yang sangat menarik dan think outside the box.
Cerita yang penuh dengan aksi dan humor yang matang.

Adapatasi dari manga "All You Need Is Kill".

Aku akan tengok kali ke-2 tetapi dalam 3D pula.




Sekian, terima kasih

Saturday, June 7, 2014

Meja Belajar Anak-anak

Assalammualaikum,

Bulan lepas aku ada jadi tutor untuk kursus latihan di pejabat. So boleh claim sikit. Rezeki yang ada aku beli 2 biji meja belajar untuk anak-anak ku, Hilmi Adam dan Hasya Amani.

1 set lengkap meja dan kerusi dalam RM150( harga asal RM130+RM20 untuk pasang dan hantar ke rumah) 2 jam untuk pasang 1 set, so kalo mana-mana kedai letak harga mahal dari itu, korang cari saja tempat lain.
Beli dekat kedai di Sri Gombak sahaja. Memang selalu beli perabut dekat kedai itu sahaja. Apa nama kedai aku pun tidak ingat hohoho.

Bukan meja dia pun, sekadar jadi model sahaja. Hilmi Adam terus letak pelbagai mainan dia atas meja, aku suruh letak buku untuk belajar.... hmmmm layan aje laaa. Comel aje Humaira Ariana kan kan kan.....




Sekian, terima kasih

Friday, June 6, 2014

Asik Beli Item Dari Online Sahaja

Assalammualaikum,

Itu barang-barang yang aku order dari online

1/144 Gundam Thunderbolt #3 (with1/144 RB-79 Ball Thunderbolt Ver.), beli dari HLJ.com murah dalam RM20 dari beli dari local.

CCM itu aku order dari Facebook. Sedap ooooo.






Sekian, terima kasih

ITEX 2014

Assalammualaikum,

Bulan lepas punyer cerita.
Bos aku Hj. Zawawi dan kumpulan kami memasuki pertandingan inovasi. Diadakan di KLCC selama 3 hari.

Membawa nama JKR dengan produk kami iaitu Kalkular Tangki SPAH.
Kalkulator ini berfungsi bagi menentukan saiz tangki yang optimum mengikut tempat, fungsi bangunan dan penggunaan air.

Kumpulan kami memenangi Pingat Perak (Silver Medal) dalam kategori ICT.

Sample Kalkulator boleh di dapati di sini .
Kalkulator telah di daftarkan sebagai hak cipta intelek.


Aku pau gold medal dari group sebelah hohoho


Sekian, terima kasih

Thursday, June 5, 2014

Layan Adam Tengok Spiderman

Assalammualaikum,

Hari itu layan kehendak Hilmi Adam untuk menonton wayang Spiderman.

Bukan nak tengok sangat wayang itu, tapi hendakkan boleh minuman Spiderman itu saja, dan hendak tunjuk baju sweater Superman baru.
Boleh tahan juga laa harga baju itu, dalam RM98, beli dekat Sogo sahaja.

Nampak terharu dapat botol Spiderman.. hidung kembang macam mama dia hohoho, nasib baik mama dia tidak tahu pasal blog ini, kalau tidak, masak aku


Sekian, terima kasih

Yesterday (2014/06/05) Toy Haul

Assalammualaikum,

Pre-Order dari Oktober tahun lepas, baru semalam dapat.
Beli dari G-Wing.
Nama Item - SH FIGUARTS SON GOKU (TAMASHII)

Pernah aku nampak dekat kedai di Berjaya Time Square dengan harganya "semurah" RM500.
Harga yang aku beli boleh lah anda check sendiri... hohohoho

This is Limited Item For the Collector 



Sekian, terima kasih

Susun Semula Rak Mainan

Assalammualaikum,

Hohoho, baru-baru ini dengan semangat yang ada dan mood yang rajin, aku kemas sikit kawasan rak mainan ku...

Stok koleksi ketika ini.. di ulang ketika itu laaa hohoho

Dari bercantum sudah terbelah dua.
Sekian, terima kasih


Bila Aku Hendak Update Blog Ini

Jawapannya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ENTAH LAAAA....
(boleh ker buat post macam ini?)
























Thursday, April 3, 2014

Happy Birthday Hilmi Adam 6 years old

Assalammualaikum,

Selamat Hari Jadi Hilmi Adam ke-6 tahun, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

Papa & Mama always love you....

Kali ini kite buat birthday party seperti biasa di rumah mak. Beli Chiky Meal dapat lagi free gift untuk dijadiakan hadiah tambahan.

Hilmi Adam dengan adaik beradiknya serta sepupunya, Hussin dan Ariq.

Acara portong Kek yang di tempah khas atas seponser maknya. Banyaknya hadiah Adam Dapat

Jangan risau semua akan dapat hadiah hohohoho (sudah borong lama dah masa Litt Tak & Mattel)

Maknya dan Humaira Ariana pun nak berposing juga. Haaaalalalalaaa comelnye kedua-duanya..

Sekian, terima kasih

Tuesday, April 1, 2014

Hasil Rampasan Perang Litt Tak & Mattel Early 2014

Assalammualaikum

Berikut adalah sambungan dari WareHouse Clearance Mattel & Litt Tak 2014, dan ini adalah habuan rampasan yang mampu aku dapat. Spend dalam RM150 untuk warehouse clearance kali ini berbudget sikit untuk akhir tahun pula.....

Hohoho toys untuk anak-anak aku borang Ben 10 aje (RM2 setiap satu untuk Action Figure) Jam Ben 10 RM15 sahaja. Hadiah untuk birthday Hilmi Adam 2 April ini. Untuk aku cuma Figure MegaZord Super Samurai Power Ranger (harga seperti tertera di gambar, harga asal dalam RM100 (sumber dari SOGO)

Awal tahun ini Mattel tidak jual barang yang menarik di hati, barang pun sikit serta harga dia masih mahal (mungkin sewa tapak dia mahal kot)

Pepagi lagi aku pergi beratur. Lokasi agak jauh dan macam tidak sesuai. Tapak tidak cukup menarik, terlalu sempit dan kurang barang yang menarik serta harga mahal. Yang improve adalah staff diorang ramai dan kaunter bayaran semakin teratur.
Lepas habis shopping, layan Captain America bersama Hilmi Adam The SuperBoy.


Sekian, terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)