Pada 25 Disember hari itu, aku bawa anak-anak aku (Hilmi Adam & Hasya Amani) pergi tengok wayang dekat WangsaWalk, first time Hasya tengok wayang nie. Wayang start pukul 3.20 petang.
Punyer laa excited pepagi lagi diorang dah kejutkan aku untuk tengok wayang. Rajin aje bersiap bagai semata-mata hendak pergi jejalan. Hasya siap berjaket pink lagi (hadiah dari Wan dia).
Masa dalam panggung Hasya kesejukkan. Dia asik duduk atas papa dia aje (macam rugi aje beli seat, tau beli aje couple seat aje senang). Lepas sejam hasya pun tidor (memang time dia tidor). Selepas itu abang dia pula hendak pergi kencing, so semuanya kena keluar. Bila masuk balik, aku terus duduk dekat couple seat yang kosong, selesa sikit, sebab kedua-dua nya hendak berpelukan kerana kesejukan.
So tidak payah banyak cerita lagi, tengok aje laa gambar tue.
Kasian Ariana kena tinggal dengan mama dia dekat rumah. Adam dan Hasya siap posing lagi depan poster dinosaur. |
No comments:
Post a Comment