Thursday, December 26, 2013

Comic Festival 2013 At KLCC


Assalammualaikum,

Comic Festival 2013 At KLCC ini dilangsungkan selama 2 hari (21-22 Dis 2013). aku pergi pada hari yang ke-2. Banyak perubahan dari 2 tahun sudah aku pernah pergi.

  • Tempat beli tiket lebih teratur, tempat bergambar disediakan, 
  • banyak booth diadakan, memang menarik dan 
  • semakin banyak peserta cosplay yang ambil penyertaan.(crossdress pun semakin banyak erkkk)


Malas hendak bercerita, so layan aje gambar aku, yang penting aku hanya sempat beli satu baju Summer dari Booth Japan Culture.



Ada tournament Game. Aku tak ambik port sangat sebab rambang mata tengok chikaro cosplay.

Culture Japan, Danny Choo Booth. Tidak sempat bergambar dengan Danny & Datuk Jimmy Choo.

Aaa.. kedai AF Hobby pun ada. Dengar dapat banyak untung.


Sekian, terima kasih

Wayang Walking with Dinosaur The Movie

Assalammualaikum,

Pada 25 Disember hari itu, aku bawa anak-anak aku (Hilmi Adam & Hasya Amani) pergi tengok wayang dekat WangsaWalk, first time Hasya tengok wayang nie. Wayang start pukul 3.20 petang.

Punyer laa excited pepagi lagi diorang dah kejutkan aku untuk tengok wayang. Rajin aje bersiap bagai semata-mata hendak pergi jejalan. Hasya siap berjaket pink lagi (hadiah dari Wan dia).

Masa dalam panggung Hasya kesejukkan. Dia asik duduk atas papa dia aje (macam rugi aje beli seat, tau beli aje couple seat aje senang). Lepas sejam hasya pun tidor (memang time dia tidor). Selepas itu abang dia pula hendak pergi kencing, so semuanya kena keluar. Bila masuk balik, aku terus duduk dekat couple seat yang kosong, selesa sikit, sebab kedua-dua nya hendak berpelukan kerana kesejukan.

So tidak payah banyak cerita lagi, tengok aje laa gambar tue.

Kasian Ariana kena tinggal dengan mama dia dekat rumah. Adam dan Hasya siap posing lagi depan poster dinosaur. 
Sekian, terima kasih.

Thursday, December 19, 2013

Update Toy Collection End of the year 2013

Assalammualaikum,

Hohoho... kite update sikit koleksi main.

1. Battlestar Galactica Viper MK1 (beli kat Toy Panic yang buat aku Panic aje, tapi memang sangat murah)
2. Thundertank Thundercats (beli kat SOGO saja, tengah sale)
3. Captain Harlock Action Figure (beli dekat Amiami)
4. Jabber Unicorn (beli dekat G-Wing, service yang teramat mantap)
5. Extension Train untuk Kamen Rider Den O (beli dekat eBay)
6. Revoltech Dan Board (beli dekat HLJ)


Battlestar Galactica Viper MK1 Original model dari Moebios. Aku pre-order pada bulan Feb dalam harga RM128 sahaja, setelah menjual Gundam Age aku 2 biji, tapi sampai November baru dapat (memang hot stuff)

ThunderTank dari Thuntercats dari Bandai. Beli murah sahaja ini, RM56 saja, harga asal dalam RM1++., dapat diskaun 70%.

Harlock Action Figure dari Play Arts Kai. Battleship dia tidak siap lagi. tgh tunggu air brush (budget tahun depan). Tapi tahun depan pun dah pre-order Harlock Action Figure dari Hot Toys. Darn.. movie dia aku tak tengok lagi.

Itu dia mainan yang telah ter"haul". The Bat aku beli melampau murah dam RM50 sahaja, mana member aku beli tak tau laaaa.

Adeh .... Ada berkotak2 lagi Model Kits yang aku tidak sempat lagi pasang gara-gara musim Online Games (Ragnarok 2) telah bermula. Tapi tahun depan akan start balik ber operasi secara bergilir-gilir. Tahun depat arrangement dalam bilik ini akan di"upgrade" sikit bergantung pada budget.

Extension train untuk Kamen Rider Den O dari Bandai. Fully mechanical, no battery needed. 

Sekian, terima kasih


Anak ku

Assalammualaikum

Ini gambar-gambar anak aku.

Hilmi Adam
Hasya Amani
Humaira Ariana


Papa Love you all

Sekian, terima kasih.

Reunion kecil Batch Diploma 1996 Architecture ITM

Asalammualaikum,

Hari tu sempena kedatangan kawan ku Sarip ke Kuala Lumpur, kami berpakat berjumpa secara kecil-kecilan dulu di Restoran NZ sebalah CIMB di Wangsa Maju.

Yang ada adalah
1. Aider the abang bayan
2. Wan Asmadi Wan hussin the abang misai lentik sekarang
2.1 Ila wife madi dan anak nya
3. Faizal the Joy
4. Sarip the Dol
5. Juri the abang botak sekarang, datang bersama family)
6. Rashidan the Babak (junior kitorang)
7. James (budak A.D dulu semasa di Manjung)
8. dan aku the calatrava

Hanya gambar menceritakan semuanya
Beborak mengenag kisah lama dan bertanya khabar perancangan hadapan

Gambar kami sewaktu dedulu


Sekiab, terima kasih

Big Bad Wolf Books 2013

Assalammualaikum,

Hi semua, sudah lama aku tidak meng"update" blog ini.
Alasan tetap sama.

So.. aku mulakan dengan cerita bergambar aku pergi ke Big Bad Wolf Books Clearance Sale. Aku pergi pepagi lagi bersama bos kecik dan bos kecik admin aku. Aku tidah shopping sangat kerana tengah berbudget sikit.

Apa yg hanya beli adalah :-

1 biji buku 3D Model Millennium Falcon = RM18
2 biji buku ABD & 123 untuk anak aku = RM12
3 biji novel untuk isteri tersayang = RM15
Jadi jumlahnya RM45.00 sahaja

Memang menarik pada tahun ini kerana jualan dia lagi murah dari tahun lepas dan dia sudah adakan
1. tempat bermain untuk ibubapa letak anak-anak mereka
2. tempat untuk menyimpan buku bila kite sudah tidak cukup tangan untuk pegang
3. kaunter pembayaran yang lebih sistematik

Suasana hari pertama di pepagi hari

Buku yang aku berjaya beli dengan modal RM45 Aje

Sekian, terima kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)