21 Mei 2013, Pengurus Bangunan Menara TIMA (PMB) En. Razak telah mengadakan Taklimat Arahan Kecemasan dan Sistem Pencegah Kebakaran. Yang hadir adalah Pengarah Kanan Cawangan Arkitek sebagai penghulu bangunan, Ketua Penolong Pengarah Kanan untuk Unit BPKS sebagai pembantu penghulu bangunan dan juga AJK JKKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dari Cawangan Arkitek dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Pengurus Bangunan menerangkan sistem pencegah kebakaran yang terdapat di dalam bangunan dan kaedah-kaedah pengusian bangunan serta aliran kerja pabila berlakunya kecemasan kebakaran.
Pengurus Bangunan juga menyatakan akan mengadakan evacuation drill di dalam masa terdekat. Tempoh masa pengusian bangunan akan di rekod untuk tujuan audit bagi memastikan keberkesanan ujian tersebut, dimana tempoh masa pengusian bangunan adalah 25minit maksimum,
Taklimat diadakan di Laman Ilmu Cawangan Arkitek Tingkat 7. Seramai lebih kurang 40 orang hadir untuk mendengar taklimat tersebut. |
Latihan pratikal cara-cara memadam api di kawasan berkumpul semasa kecemasan (Padang sekolah sebelah) |
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment