Wednesday, May 29, 2013

Welcome to the family Humaira Ariana

Assalammualaikum,

Pada 9 Mei 2013, isteri kesayangan ku selamat bersalin di Hospital Selayang pada pukul 3.29 pagi. Aku dapat seorang lagi puteri yang ku beri nama Humaira Ariana binti Hanif Izuan (the girl who have red cheek and full of life).

Itu dia gambar Humaira Ariana. Dan gambar semasa Phototherapy sebab demam kuning. Seminggu baby ku kena ambik darah di tangan dan kaki, kasian aku tengok. Tapi tengok juga nurse yang ambil darah tue, yang berpengalaman akan buat tanpa buat baby ku nangis pun, taniah, tapi ada nurse dah cucuk dah tapi darah tak keluar-keluar.. hmmmmm
Projek Unicorn terpaksa di tangguhkan buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada Humaira Ariana hohohoho.
Haul 19 Mei 2013 semasa isteri aku tengah pantang dan juga anak aku telah pau 2 biji kereta. 3 kotak macross aku tread  dengan Shahrum untuk mendapat 1 biji HW Knight Rider KITT yang berharga RM20. EA86 dan USS Star Trek tue dari India, murah gila dari Malaysia tapi Made In Malaysia.. darnnn..Dekat India cuma RM4.20 sahaja tetapi dekat Malaysia RM7.90.
aku pelik aaa org jg kaunter hospital selayang nie. Dia kata aku kena gak bawa borang manual GL untuk bayar bil anak aku buat phototerapy. Sedangkan aku dah bagi 2 hari lepas utk isteri aku bersalin. Dia kata yang sakit nie anak aku, bukan ibunya, so sebab tue x ada nama dalam hremis. Memang aaa x ada nama lagi sbb baru 2 hari lahir. Kad untuk bayar bil pun dah tulis atas nama ibunya.. hmmm terpaksa laaa aku layan aje...

Dah ler Guard hospital banyak pau duit pesakit kat situ melalui mesin air yang telah di auternya. Dia cakap mesin nie dah rosak memang x akan pulangkan duit punyer, alaa en baru masuk sikit aje kan, abaikan laa sikit aje tue, kalo buat report pun x ada orang akan layan. Lepas aku belah, dia ketuk-ketuk mesin air tue keluar banyak gila duit syiling. Dengan selamba dia masuk duit dalam poket dia. Hampeh. Harapkan pagar, pagar makan duit orang!!!



Bengkel di Hotel Permaisuri Hotel & Resort Port Dickson

Assalammualaikum,

17 April 2013, aku pergi Mesyuarat Penyediaan manual Seni Bina dan Senarai Semak Lukisan Senibina. Mesyuarat ini diadakan selama 3 hari di Hotel Permaisuri Hotel & Resort Port Dickson.

Kali ini aku aku tidak perlu menjadi orang yang menaip report atau kertas kerja, tetapi sebagai pembagi idea serta pendapat sahaja. Aku di masukkan kedalam Group Senarai Semak Kelulusan Bomba. Memang dah ada Fact dan data dan tiada penambahan, cuma kena menyusun mengikut aliran kerja yang memudahkan untuk digunakan sahaja.

Hotel Permaisuri Hotel & Resort Port Dickson ini memang cantik bangunannya, tetapi disebabkan kurangnya maintenance, ia menjadi seperti kurang selesa. Asalnya banguna ini telah di rekabentuk oleh Cawangan Arkitek JKR, walaubangaimanapun dia telah di tukar keadeah pelaksanaan di saat akhir dari Konvesinal kepada Reka & Bina (Design & Build) dan kontrator telah mengunakan sepenuhnya rekabentul asal walaupun mereka claim intuk skop design (walaupun bukan design mereka).

Itulah masalah projek di Malaysia, dimana peruntukan projek tidak termasuk sekali dengan peruntukan maintenance kerana mereka menyatakan tuan punya bangunan kena aturkan sendiri.

Bilik pengidapan semuanya ok, cuma sink dapur sudah berkarat sangat dan tingkap banyak yang telah rosak dan meberbahayakan, 

Bumbung bawah banyak yang telah berlobang kerana roof tiles atas tercabut dan jatuh kebawah  mungkin sebab angin laut yang kuat, tetapi maslahnya tiada tindakan wajar yang di ambil untuk memulihkan kerosakan yang telah berlaku.
Sekian, terima kasih.

Taklimat Arahan Kecemasan dan Sistem Pencegah Kebakaran Di Menara Tun Ismail Mohamed Ali

Assalammualaikum,

21 Mei 2013, Pengurus Bangunan Menara TIMA (PMB) En. Razak telah mengadakan Taklimat Arahan Kecemasan dan Sistem Pencegah Kebakaran. Yang hadir adalah Pengarah Kanan Cawangan Arkitek sebagai penghulu bangunan, Ketua Penolong Pengarah Kanan untuk Unit BPKS sebagai pembantu penghulu bangunan dan juga AJK JKKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dari Cawangan Arkitek dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Pengurus Bangunan menerangkan sistem pencegah kebakaran yang terdapat di dalam bangunan dan kaedah-kaedah pengusian bangunan serta aliran kerja pabila berlakunya kecemasan kebakaran.

Pengurus Bangunan juga menyatakan akan mengadakan evacuation drill di dalam masa terdekat. Tempoh masa pengusian bangunan akan di rekod  untuk tujuan audit bagi memastikan keberkesanan ujian tersebut, dimana tempoh masa pengusian bangunan adalah 25minit maksimum,

Taklimat diadakan di Laman Ilmu Cawangan Arkitek Tingkat 7. Seramai lebih kurang 40 orang hadir untuk mendengar taklimat tersebut.

Latihan pratikal cara-cara memadam api di kawasan berkumpul semasa kecemasan (Padang sekolah sebelah)

Sekian, terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)