Monday, April 1, 2013

Family Day a.k.a LIMA @ Langkawi


Assalammualaikum,

Hohoho biar gambar mencerita segala-galanya lagi sekali dan lagi...................... (masih tahap ke "malas"an kerana penat baru balik)  :(


Rombongan Hari Keluarga Hanafiah, di seponser habis dari tiket flight dan Villa. Aku hanya keluarkan duit untuk makan minum dan duit minyak aje. Kereta dapat pinjam dengan anak angkat mak aku (terima kasih kepada Mizi dan keluarga). Kami sebenarnya nak buat hari keluarga, tetiba tarikh itu kena pula event LIMA, memang bonus!.

Kami baru sampai LCCT pada pukul 7.00 pagi, beratur punyer panjang (x self check-in dulu kat kios) kena charge RM10 setiap sorang. Flight kitorang pukul 8.50 pagi. Bagi Azhani, Adam & Amani, ini adalah first time diorang naik flight, seronok betul diorang dari 3 minggu lepas lagi. Adam & Amani asik tanyer bila nak naik aeroplane saja.

Delay pula Airasia nie sebab hujan. Lepas tue bila dah dapat naik kena turun pulak sebab ada masalah teknikal pula. Lepas tue lagi tambah lagi delay sebab air traffic dekat Langkawi mengalami jem (air show LIMA punyer pasal). Bebudak 2 orang nie start laa bosan kena tunggu lama, dari patut flight pukul 8.50 pagi, sudah jadi pukul 1.30 tengahari.

Akhirnya dapat naik juga, lihatlah muka diorng senyum lebar hohohohoh, Adam dengan gayanya, Hasya dan Azhani senyum sampai ke telinga. Disebabkan Airasia nie buat delay lama gila, dia cover balik dengan bagi burger Mc Donal dan air minaral, save budget tengahari hohoho... Landasan masih basah lagi, sebab pagi itu hujan. Bila sudah take-off dalan 15 minit kemudian Adam sudah mula bosan sebab kat luar kosong dan dia tidak boleh berjalan kemana-mana.

Sudah sampai ker Airport Langkawi, kelihatan macam Kapal terbang Herculis di seberang sana. Time nie kitorang tengah kelaparan.

Kami stay di Holiday Villa, Pantai Tengah. 9 bulan book suit villa ini. Lokasi yang menarik, kelihatan banyak mat & minah saleh buat sun bathing di pantai. Malam tue kami pergi Azhani pergi shopping kat Haji Ismail Group (HIG). aku hadiahkan periuk magik kepada isteri ku yang tersayang hohoho (harap-harap bertambah-tambah-tambah sedap masakan yang akan dia masak hohohoho), aku beli cokolat untuk birthday adam nanti untuk dibawa ke tadika nanti.

Hari ke-2 kami pergi ke tempat Beras Terbakar, dekat situ banyak tempet jual souvenir  yang menarik-menarik (hmmm habis jugak RM100 sekali lalu aje, dua kali lalu mau bengkok aku hohohoho, dalam tenghari pula kami pergi Pantai Chenang untuk tengok air show LIMA. Memang menarik, tapi tak tahan dengar bunyi enjin jet. Petang pula kami berjalan di Pekan Kuah aje (bebudak kecik tue sempat lagi beli belon dan adam beli koleksi ultraman, jauh-jauh jalan beli gak ultraman hmmm...)

Hari ke-3 kami pergi Exhibition LIMA pula (first day untuk public masuk, dengan harga tiket RM10 untuk orang dewasa, kanak-kanak percuma). Kami sempat tengok air show dalam masa setengah jam sahaja kerana cuaca sangat panas. kemudia kami masuk exhibition, sejuk sikit, tapi masalahnya, bebudak kecik nie nak kencing, pastu nak berak pula, Azhani pula tengah mengandung, tidak larat untuk berjalan lama-lama.

Antara exhibition yang di pamerkan. Diorang sempat lagi bergambar sebelah helikopter.

Antara exhibition yang di pamerkan. Azhani berposing sebelah Torpedo.

Malam kami makan di rstoran Haji Ramli, malam ke-2, makanan diorang nie ok, layanan pun ok, tetapiii hari ke-3, macam hampeh, rasa makanan sungguh mengecewakan, layanan pun lagi laaa, ada juga pelayan yang tidak paham bahasa melayu hmm.... Hari ke-4 (last day) sempat lagi shopping dekat kedai gamat nie.

On the way balik, aku sempat juga beli benda ini. I, ROBOT NS-5 Sonny dari POPBOX dengan harga RM100 aje. Kalo tengok di eBay, harganya mencecah RM1000++. rasa mau jual balik aje hohohoho.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)