Monday, April 29, 2013

Hari Sukan tadika Raudhah

Assalammualaikum,

Hari Sabtu juga, adalah hari sukan tadika Hilmi Adam. Sebulan diorang buat latihan sukan nie hohoho.

Start pukul 8.30pagi, nasib baik hari mendung dan tidak hujan, habis pukul 11.00pagi. Kelakar juga hari sukan nie, tengok telatah budak-budak umur 4 hingga 5 tahun. Ada juga aktiviti untuk ibubapa, tapi kitorang tak dapat join, mama nyer tengah sarat mengandung dan aku pula tidak berepa sehat hohoho.



Mama nyer menang luck draw (046) hohoho dapat tapuer.

Happy Birthday Mak

Assalammualaikum,

Sabtu lepas Hari Jadi Mak ku yang tersayang. Kami buat makan-makan sikit aje.

  • aku (along) beli kek aje dari Secret Recipe, Oreo Cheese Cake
  • adik aku (angah) beli Satay Shamuri
  • adik aku lagi (hanie) beli KFC
  • lagi lagi adik aku (iqa) beli Pizza Hutt


Kaum ibu-ibu dan cucu-cucu aje yang bergambar. Ada gambar makanan. Tue dia, bergambar dengan cucu perempuan dia.


**p.s
Manager (bak kata n pengakuan dia aaa) Secret Recipe dekat Gombak Business Park agak kurang hajar sikit. Setengah jam aku tunggu jawapan kek aku yang depan mata dia, dia boleh layan orang lain dulu yang datang kemudian. Selagi aku tak tanyer dia buat bodoh aje, aku bukan duduk jauh dari dia, depan mata dia aje, dia boleh selamber jeling aje hmmm :(

Thursday, April 11, 2013

Gatchaman The Movie


Gatchaman (movie)

Tatsunoko Production’s popular anime “Kagaku Ninjatai Gatchaman (“Science Ninja Team Gatchaman”)” will get live-action movie adaptation

Live-action movie “Gatchaman” sets in Tokyo in the near future. The world becomes threatened by a new kind of terrorist group known as the Galactor, who have already taken over half of the globe. Scientist Nambu Kouzaburou decides to step up against them and forms the Science Ninja Team Gatchaman. It’s a team of five young heroes skilled in the art of ninjutsu, who dress in unique costumes called “G Suits”.

It is scheduled for release on August 24, 2013.
Directed by Toya Sato
Screenplay by Yusuke Watanabe

☆ CAST ☆

Tori Matsuzaka as Eagle Ken
Gō Ayano as Condor Joe
Ayame Gouriki as Swan Jun
Tatsuomi Hamada as Swallow Jinpei
Ryohei Suzuki as Owl Ryu

Little Spoiler :









Anime Version :





The Cast going to be :










Sekian, terima kasih

Tuesday, April 9, 2013

Saya mau review blog korang





Syarat-syarat : Follow blog tersebut dan paste link blog dalam entry Blog tersebut....
tak perlu buat entry. Cuma tampal banner tu dalam entry anda. Senangkan.

Tarikh tutup 15 April 2013

Semua peserta akan direview blognya...

- Happy blogging -

Cute Paper Craf

Assalammualaikum,

Baru-baru ini aku ada terjumpa satu laman web yang amat menarik untuk aktiviti masa lapang dan juga boleh buat business. Dengan hanya perlukan kertas, printer, gunting dan pisau. Website tersebut adalah CUBECRAF.com. Website ini menawarkan "template papercraf" untuk kite buat pasang sendiri. Hasil papercraf ini sangat comel-comel dan yang pasti ramai yang meminatinya (kalo aku terpengaruh, apa lagi korang kan kan kan...)

Berikut adalah beberapa template yang di "provide", selamat mencuba!!

Stormtrooper

Mario

Domo-Kun

Darth Vader

Pokeball

RX-0 Unicorn Gundam

Doraemon

Leonardo

Minion

C-3PO

The Stig

Yoda


Antara laman web yang boleh anda lawati berkaitan papercraf adalah


Sekian, terima kasih

Thursday, April 4, 2013

Adult Collectible Item For Sale

Sonny - NS-5 Android - Electronic Bus


Assalammualaikum,

Earl Carl's Blog is proud to present the Sonny NS-5 Android by PopBox, a perfect 1:2 scale rendering of the cult robot from upper shoulder to head. This is an 8 inch tall electronic NS-5 Sonny bust from the international blockbuster movie i, Robot.

This Head Display is for sale with a price :  RM380 (include postage in Malaysia Region only) for International Postage will be estimative.
Condition Head Display is New (Just take out for inspection and taking picture) but the BOX is bit dent and got a little crack (shipping damage).
Series Number at the back are  :  (LTD 1588 of 6000)


MOTION SENSOR FUNCTIONALITY:

The motion sensor operates by detecting motion and temperature changes. The sensor scans the infrared signature at a forward 45-degree angle by 3-meter radius. Any changes in the infrared signature activates the light-up Positronic brain. Once it lights up, it will stay on for about 20 seconds and then turn off until the next change is detected.

The Sonny - NS-5 Android - Electronic Bust Scaled Replica features:
  • Translucent layer skin over mechanical-simulated face just like in the movie
  • Real die-cast metal neck and parts producing the "look and feel" of a real android
  • Motion-sensing activated (up to 12 feet) LED light replicating the illuminated brain
  • Intricately detailed computer etched frosted Positronic brain light casing
  • Powered by 9-volt battery for long-lasting display enjoyment
  • Comes packaged in a highly glossed black box made of transparent acetate with printing on the inside to provide a sharp sleek futuristic appearance. There are 3 windows to provide sneak previews of Sonny's highlighted features. On the back, notes Isaac Asimov's timeless 3 Laws of Robotics for good measure. Destine to become a classic!


License  :  I Robot
Product Type  :  Scaled Replica
Product Size  :  8" H (203.2mm)*
Product Weight  :  3.00 lbs (1.36 kg)*
Box Size  :  11.00" H (279.4mm) x 16.00" W (406.4mm) x 22.00" L (558.8mm)*

This is an Adult Collectible Item -- this is not a toy.




Wednesday, April 3, 2013

Hadiah Birthday Hilmi Adam

Assalammualaikum,

Semalam Hari Jadi Hilmi Adam. Tahun ini Kami tak buat apa-apa sangat pun.Cuma buat goodies gift untuk hantar dekat tadika Hilmi Adam saja. Dan beli Cup Cake sahaja serta hadiah hari jadi. Sorry Hilmi Adam, papa tidak cukup duit sebab sudah banyak belanja Adam pergi Langkawi hohohohohoho....


Papa kasi hadiah Thundercats (tigera) dan Atuk/Wan bagi hadiah Ultraman. Mama belikan cup cake aje. Tengok tue dia punyer senyum dapat mainan hmmmm.

Tuesday, April 2, 2013

Happy Birtday Hilmi Adam

Happy Birtday Hilmi Adam



Alhamdulillah...
Hari ni besday boy 'Hilmi Adam'...yg ke 5 tahun........
Semoga menjadi anak yg soleh...
dan menjadi abang yg menyanyangi adik2mu...
serta menjadi anak yg bijak dan beriman...

Amin....

Peace Out !!
U my bro...

Monday, April 1, 2013

Family Day a.k.a LIMA @ Langkawi


Assalammualaikum,

Hohoho biar gambar mencerita segala-galanya lagi sekali dan lagi...................... (masih tahap ke "malas"an kerana penat baru balik)  :(


Rombongan Hari Keluarga Hanafiah, di seponser habis dari tiket flight dan Villa. Aku hanya keluarkan duit untuk makan minum dan duit minyak aje. Kereta dapat pinjam dengan anak angkat mak aku (terima kasih kepada Mizi dan keluarga). Kami sebenarnya nak buat hari keluarga, tetiba tarikh itu kena pula event LIMA, memang bonus!.

Kami baru sampai LCCT pada pukul 7.00 pagi, beratur punyer panjang (x self check-in dulu kat kios) kena charge RM10 setiap sorang. Flight kitorang pukul 8.50 pagi. Bagi Azhani, Adam & Amani, ini adalah first time diorang naik flight, seronok betul diorang dari 3 minggu lepas lagi. Adam & Amani asik tanyer bila nak naik aeroplane saja.

Delay pula Airasia nie sebab hujan. Lepas tue bila dah dapat naik kena turun pulak sebab ada masalah teknikal pula. Lepas tue lagi tambah lagi delay sebab air traffic dekat Langkawi mengalami jem (air show LIMA punyer pasal). Bebudak 2 orang nie start laa bosan kena tunggu lama, dari patut flight pukul 8.50 pagi, sudah jadi pukul 1.30 tengahari.

Akhirnya dapat naik juga, lihatlah muka diorng senyum lebar hohohohoh, Adam dengan gayanya, Hasya dan Azhani senyum sampai ke telinga. Disebabkan Airasia nie buat delay lama gila, dia cover balik dengan bagi burger Mc Donal dan air minaral, save budget tengahari hohoho... Landasan masih basah lagi, sebab pagi itu hujan. Bila sudah take-off dalan 15 minit kemudian Adam sudah mula bosan sebab kat luar kosong dan dia tidak boleh berjalan kemana-mana.

Sudah sampai ker Airport Langkawi, kelihatan macam Kapal terbang Herculis di seberang sana. Time nie kitorang tengah kelaparan.

Kami stay di Holiday Villa, Pantai Tengah. 9 bulan book suit villa ini. Lokasi yang menarik, kelihatan banyak mat & minah saleh buat sun bathing di pantai. Malam tue kami pergi Azhani pergi shopping kat Haji Ismail Group (HIG). aku hadiahkan periuk magik kepada isteri ku yang tersayang hohoho (harap-harap bertambah-tambah-tambah sedap masakan yang akan dia masak hohohoho), aku beli cokolat untuk birthday adam nanti untuk dibawa ke tadika nanti.

Hari ke-2 kami pergi ke tempat Beras Terbakar, dekat situ banyak tempet jual souvenir  yang menarik-menarik (hmmm habis jugak RM100 sekali lalu aje, dua kali lalu mau bengkok aku hohohoho, dalam tenghari pula kami pergi Pantai Chenang untuk tengok air show LIMA. Memang menarik, tapi tak tahan dengar bunyi enjin jet. Petang pula kami berjalan di Pekan Kuah aje (bebudak kecik tue sempat lagi beli belon dan adam beli koleksi ultraman, jauh-jauh jalan beli gak ultraman hmmm...)

Hari ke-3 kami pergi Exhibition LIMA pula (first day untuk public masuk, dengan harga tiket RM10 untuk orang dewasa, kanak-kanak percuma). Kami sempat tengok air show dalam masa setengah jam sahaja kerana cuaca sangat panas. kemudia kami masuk exhibition, sejuk sikit, tapi masalahnya, bebudak kecik nie nak kencing, pastu nak berak pula, Azhani pula tengah mengandung, tidak larat untuk berjalan lama-lama.

Antara exhibition yang di pamerkan. Diorang sempat lagi bergambar sebelah helikopter.

Antara exhibition yang di pamerkan. Azhani berposing sebelah Torpedo.

Malam kami makan di rstoran Haji Ramli, malam ke-2, makanan diorang nie ok, layanan pun ok, tetapiii hari ke-3, macam hampeh, rasa makanan sungguh mengecewakan, layanan pun lagi laaa, ada juga pelayan yang tidak paham bahasa melayu hmm.... Hari ke-4 (last day) sempat lagi shopping dekat kedai gamat nie.

On the way balik, aku sempat juga beli benda ini. I, ROBOT NS-5 Sonny dari POPBOX dengan harga RM100 aje. Kalo tengok di eBay, harganya mencecah RM1000++. rasa mau jual balik aje hohohoho.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)