Wednesday, January 2, 2013

My Toy Collection 2012

Assalammualaikum,

Pada tahun 2012 (seperti sudah ku bilang, awal tahun ini, ku akan banyak cerita pasal tahun lepas sahaja), telah ku beli banyak mainan untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak. Biasa laaa masa kecik kurang mainan, so bila sudah besar, kita pulun habis-habisan.

Berdasarkan pengalaman aku tahun ini, kalau nak start membuat hobi koleksi mainan, anda haruslah

  1. Join Forum maianan
  2. Join Whatapp ber forumkan Adult Toys
  3. Beli mainan secara poll so boleh kongsi pos penghantaran
  4. usar harga mianan kat website atau mana-mana kedai dan tanya kengkawan forum sebelum beli (anda boleh usar dekat Menu Online Shop aku)
  5. kumpul duit (buat tabung macam aku) dari awal tahun, sebab hujung tahun banyak sale yang melampau murah.
  6. yang paling penting, sediakan ruang pameran anda yang secukupnya dan selamat dari kanak-kanak rebina.


Heromen, Gundam Age 1 Normal, Gundam Age 1 Sollow, Gundam Age 1 Titus aku beli masa Black Friday Sale dari HLJ dengan harga 1000 yen, tapi bila dah termasuk kos penghantaran, ia menjadi RM55 sahaja, kalau harga di Malaysia, jumlah keseluruhan adalah dalam RM600.

System Base 001 ini baru sahaja disiapkan. Agak menarik, tapi lepas ini aku nak beli Machine Nest pula untuk buat scene Diorama.

Ini adalah tempat kerja baru ku, penuh dengan koleksi mainan untuk menenangkan fikiran dan memulakan perbualan ringan-ringan (cerita pasal mainan dulu).

Antara koleksi hujung tahun 2012, VF-1S Macross Remember Me from movie adaptation yang dibeli second hand dengan harga RM380. Kalau yang baru harganya dari RM500. Bila dia transform dari Graywalk, aku panggil anak ayam, sebab dia ada paruh dan kaki.

Toy Patlabour dengan harga RM50, second hand juga, bali dari Facebook di Page Kedai Kita. Time beli ini, aku tengah cuti dan pada hari gaji serta bonus. Pagi aku ambil Patlabour dan belah malam pula aku ambil Macross, petang aku ronda-ronda usar harga mainan.

Hasil belian Black Friday Hobby Link Japan dengan harga 1000yen seunit. Belakang Gundam dan  Heroman itu ada kotak Kamen Rider OOO, RM50 Seunit, aku beli dari sepupu orang rumah ku yang sedang berada di Jepun.

Ini dia kotak VF-1S Macross aku.

Koleksi ini pula dari Sale Litt Takk. aku beli sikit sebab budget amat terhad. yang sempat aku beli hanya Gundam RX-78GP03s (RM57), Figure Ben10 (RM8) dan Jam Ben10 (RM12).

DanBoard nie, memang betul2 kotak termahal ku beli dalam RM110. Sebenarya mau beli brand saja, dan saiznya amat besar. Tapi aku akan cuba meng duplicate rekaan ini untuk kengkawan lain.

Sekian Terima Kasih al kisah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)