Thursday, January 31, 2013

New Year Haul 2013

Assalammualaikum.

Awal tahun ini (2013) Bandai di HLJ telah mengadakan Early Year Sale. So, ada dapat bonus sikit, aku borong laa sikit barang. Macross harga dia dalam RM60, tapi dalam ada 10 kotak kecil lagi. Gundam RX-78-2 pun dapat agak murah beberapa ringgit dari harga tempatan dan Temjin Virtual On Ver. Ka. itu, aku dapat betul2 murah dalam RM80, kalau harga tempatan dalam RM180 atau kurang.

New Year Haul 2013. Shahrum HLJ Distribute sedang berniaga di tepi jalan berhadapan Menara TIMA. 

Gundam RX-78-2 Ver. Ka. telah dapat di beli dari HLJ harga lagi murah dari harga tempatan. Topeng Asap baru di jumpai di dalam kotak semasa kerja-kerja mengemas. Topeng ini di beli di Berlin, Jerman.

Antara koleksi-koleksi. Ini hanya adalah permulaan, memang laa nampak sikit.


Mengemas Kembali UnderGround Home Office a.k.a Store

Assalammualaikum

Hari minggu baru-baru ini sempana cuti 3 hari, aku mulakan operasi mengemaskinikan UnderGround Home Office a.k.a Store. Sempana semakin banyak bahan permainan aku dan untuk keselesaan memasang model Gunpla (kerana kurang pencahayaan dan sirkulasi tidak teratur). Orang rumah aku cakap "... hmmm, minggu nie aje kemas, esok-esok selerak balik... tgk laaa nanti...". Hmmm ada betul juga kata dia hohohoho.


Gambar Sebelum, ini pun akurium 2 ketul sudah di keluarkan

Gambar Selepas mengemaskini. Hohoho baru beli Storm Trooper (Hot Toys) Star Wars (3 kali bayar ooo). Sekarang rak besi aku sudah ada banyak ruang kosong yang harus di isi/penuhi. So lepas ini kite mulakan operasi bawa kembali barang permainan dari office. Sekarang ini tengah mencari poster-poster yang menarik untuk di tampal bagi menambahkan penampilan imej bilik gunpla dan Adult Toys Collector 


Compressor Air Cord Myvi Rosak

Assalammualaikum,

Baru-baru nie sebaik sahaja aku hendak bertolak balik ke Kuala Lumpur dari Hospital Temerloh, kereta aku buat hal. Air corn aku jadi angin panas, aku ingat gas sudah habis. So sepanjang perjalanan di tengahari yang panas terik, ku redah gak laaa, tapi kasian anak-anak ku merah kepanasan.

Time Cuti sahaja yang boleh aku buat inspection dekat kedai. Sekali compressor yang rosak sebanarnya. aku pergi 2 kedai untuk tanya harga.Kedai pertama mintak sebanyak RM1600 tapi barang original, kedai kedua charge hanya RM750 sahaja tapi barang bukan original dan bukan recon. Walaupun aku baru dapat bonus, tidak laa mampu ambik yang mahal itu. Lagi pun kedai yang charge murah itu, bapa aku selalu pergi untuk service air cord.


Potang Q orang lain dengan parking kat belakang. Habis bumber depan dan bar depan kereta di buka, semata-mata untuk tukar compressor yang kecik tue. Harga Compressor sahaja hanya dalam RM3++ laa. Dalam sejam sudah siap, dan kereta ku kembali sejukkkk.

Sekian, terima kasih

Tuesday, January 22, 2013

Apek Conner Di bawah Penchala Link

Assalammualaikum,

Minggu lepas, aku telah dibawa oleh kawan-kawan ku ke satu tempat makan. Terletak di bawah jambatan (bukan di bawah jamban yer) Penchala Link. Menu makanan adalah sup tulang. Memang mantap sup tulangnya (melayu punyer bukan mamak punyer resepi), terasa herba dan rempah ratus yang secukupnya. Tempat tersebut adalah Apek Conner.

Aku tak tahu samada tempat ini legal atau tidak, sebab dia betul-betul bawah jambatan, boleh dengan kenderaan lalu lalang atas itu, kedengaran sepertu bunyi guruh aje. View nya tidak laa menarik sangat, tetapi boleh di cover dengan keenakkan rasa sup tulang tersebut.

Kalau tengok kepada gambar makanan aku itu dan termasuk air Nescafe O ais, harganya dalam Rm10.++; agak berpatutan. Cuma silap aku terorder minuman ber ais. Orang cakap kalau makan sup, kena minum air yang panas baru lagi terasa sup tersebut.



Sekian, terima kasih

Gundam RG RX-78-2 & Nest Machine

Assalammualaikum,

Buat tahun ini, aku baru siapkan 1 Gundam iaitu Gundam RX-78-2. Mengambil masa selama 3 minggu untuk siapkan; boleh saja siapkan cepat akan tetapi tiada masa yang konsisten untuk memasangkannya dan juga tunggu cat marker kering dahulu.

Model RG (Real Grade) ini berskala 1/144, so banyak part yang sangat kecil dan harus berwaspada. Model RG nie lebih kurang macam Model MG (Master Grade) berskala 1/100 yang di kecilkan kepada 1/144. Dengan kualiti plasti yang telah diperbaharui, memudahkan kerja-kerja pemotongan dan penyambungan. Warna kompenen pun telah dipelbagaikan untuk menampakan kepelbagaian kompenan dan tidak perlu di warnakan sangat.

Nest Machine juga telah aku pasang. Walaupun ia merupakan brand China, imitation dari yang sebenar. Harga pun murah. hanya RM20 untuk 1 unit. Selain letak Robot Gundam ini atas stand, menggunakan Nest Machine juga berkesan untuk di buat display yang berdiorama,, berlatarkan seperti di dalam hanger. Buat masa ini aku belum lagi detail-up dan colour Nest Machine ini, belum ada tools yang secukupnya dan budget. Budget dah ke lain weiiiiii...

Gundam RG RX-78-2 scale 1/144

Using Nest Machine as backdrop for display.
Sekian, terima kasih

Thursday, January 10, 2013

Satu Jumaat Bersama Israr & Shahrum

Assalammualaikum,

Hari Jumaat bersamaan 4 Januari 2013, aku, Israr (kami cuti disebabkan hantar anak ke sekolah di awal pagi hari hohoho) dan Shahrum (student yang hennak exam) bersiar-siar di sekitar Selangor. Program aktiviti  adalah :

  1. settlekan anak ke sekolah dulu,
  2. Makan Khan Cendol Melewati
  3. Sembahnyang Jumaat dekat belakang XL Shop
  4. Shopping TF Alert dekat XL-Shop
  5. Shopping Top Coat & Machine Nest dekat AF_Hobby
  6. Singgah The Store Taman Muda
  7. Balik rumah, & 
  8. ambik semula anak disekolah


Machine Nest yang aku baru beli. 1 unit dalam Rm20 di AF-Hobby, Taman Muda, Ampang. Aku nak buat set diorama untuk Gundam, tapi aku tak plan macam mana lagi, cat dan tin spray pun tak beli lagi. Aku beli dalam 3 unit, hendah jadikan cerita, bila dah sampai rumah, baru terperasan dapat 1 unit yang original (brand Kotobukiya), hohohoho rezeki. Malam itu juga aku pasang, so itu lah hasilnya...buat masa sekarang.

Israr sebenarnya hanya hendak jejalan, ikut dan teman aku dan shahrum pergi XL Shop & AF-Hobby. Shahrum nak ambikkan Transformer Alert kawan dia, aku pula hendak beli Tin Spray Top Coat (water base) tapi yang ada hanya oil base, tidak sesuai untuk model yang ada pakai marker,dan Machine Nest. Tetapi yang belanja besar adalah Israr dengan membeli Pedang Aragon dengan harga RM260. Memang marvellous pedang itu, very detail replica tersebut. Bayangkan nak keluar kedai AF-Hobby tue bawa pedang macam itu saja.. gangster betul hohohohoho. Lepas nie pakat ramai-ramai beli pedang Sting miliki Frodo pula dalam damage RM160.

Pagi itu, kami makan dulu dekat Khan Cendol Taman Melewati. Memang sedap  cendolnya, siap ada pulut lagi. macam biasa, Israr yang belanja, pemurah betul Israr. kami makan ngan artis (Mustafar Kamal)


Sekian Terima Kasih

Wednesday, January 2, 2013

Hilmi Adam Ke Tadika & Taska

Assalammualaikum,

Hari ini adalah hari pertama Hilmi Adam ke Tadika dan Taska. Agak senang juga laa dia bangun tidur pagi-pagi. Mama nya pula dah sediakan air panas. On the way pergi aku kena singgah Stesen minyak, dia asik tanya bila nak pergi, bila nak pergi. Bila sampai, terus hendak main, tapi tetiba tercegat dekat tepi, sebab ramai budak-budak lain. Sampailah orang lain start masuk kelas, baru berani nak main dengan Hasya.

Dalam kelas, Adam duduk tepi pintu aje, mata aje mcm nak berair, tapi tidak menangis lagi. Kitorang blah saja untuk pergi makan, baru dia menangis (mengikut kata cikgu dia). Hari ini belajar kejap sahaja, so dalam pukul 10.30 dah balik pergi taska pula.

Memang kesilapan kitorang pergi balik menjenguk dengan jarak dekat. Dia sudah tidak hendak pergi Taska pula. Dia takut kena tinggal, so pujuk punya pujuk (ultraman, power ranger dan KFC) tidak jalan juga. Jadi kami terpaksa hantar sendiri ke Taska, tidak jauh pun, dalam 50meter saja jarak.

Sampai saja, terus main gelongsor. Bila kami hendak balik, Adam dah start meraung dengan ganas sekali, sampai keluar belang tarung tempurnya. Habis pintu besi dia terajang, sakit juga kaki hohohoho. Dengan hati yang tenang, kami terus balik dan terus aku ber blog (banyak masa kan).


Adam pakai uniform Tadika Raudah Seri Gombak.

Lepas Tadika Raudah, Adam akan di iringi oleh cikgu dia ke Taska Shafiq pula.


Hadiah Top Follower appleflower88

Assalammualaikum,

Hohohohoho aku baru dapat hadiah top follower dari Blog appleflower88. Terima kasih atas hadiah yang menarik ini. Aku dapat 2 hadiah, tapi tak tau mana satu sebenarnya hariah blog

aku dapat hadiah pokok hijau dan balak gelas yang aku isi Gundam Age Sollow yang di jaga oleh Team Keroro.

Mattel Warehouse Clearance Dec 2012

Assalammualaikum,

Bulan Disember tahun lepas, aku, Israr dan Shahrum telah berjaya pergi ke Mattel Warehouse Clearance di SSTWO. Memang best dan memang amat-amat menarik. Sale kaw-kaw punyer harga dia diskaun.

Kebanyakan orang yang pergi sale ini adalah

  1. untuk beli hadiah kanak-kanak untuk tahun 2013 (dah save budget dan sudah bersiap-sedia)
  2. peniaga kecil-kecilan dengan tujuan jual balik ikut harga pasaran atau murah cikit.
  3. ada juga penjual maianan yang tegar menjual mainan-mainan yang rare, yang boleh terdapat dalam sale ini
  4. pengumpul mainan (mcm aku)
  5. mak bapak beli hadiah anak-anak




breakfast dulu, kumpul tenaga sebelum berebut. Buka pada pukul 10pagi, tapi pukul 9.30pagi sudah ramai orang beratur.

Ini dia keadaan orang di dalam sale ini, ramai gila, mainan di longgok begitu sahaja.

mainan yang aku beli, semuanya dalam RM149 sahaja. Tumbler 1 Unit RM15 (kira rare juga laaa, sebab kat luar jual 1 unit RM70, dan berterima kasih kepada Israr bagi/share set tumbler itu kepada ku), Barbie dalam RM25 (untuk Hasaya Amani),  Thomas Train(untuk 2 orang skali) dalam RM20 dan Batman Suit RM50 kat supermarket dalam RM149 (untuk Hilmi Adam).

Malam itu juga aku bagi kat diorang, punyalah seronok sambil melompat-lompat. Adam dapat senapang, aku suruh tembak kat dinding saja, dia jawab tak nak, nanti dinding pecah, aku pula ketawa sambil melompat-lompat. Hasya pula memang gembira sebab dapat baby baru, bawa sampai tidur.

itu dia hasil rampasam perang yang mereka dapat. RC Toy Story tue memang rare, boleh trade dengan 12 unit Tumbler. Untung gila kedai makan Belanga di SSTWO tue, sebab dia sahaja yang buka time tue. Ramai orang singgah untuk makan dan minum.

Sekian Terima Kasih

My Toy Collection 2012

Assalammualaikum,

Pada tahun 2012 (seperti sudah ku bilang, awal tahun ini, ku akan banyak cerita pasal tahun lepas sahaja), telah ku beli banyak mainan untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak. Biasa laaa masa kecik kurang mainan, so bila sudah besar, kita pulun habis-habisan.

Berdasarkan pengalaman aku tahun ini, kalau nak start membuat hobi koleksi mainan, anda haruslah

  1. Join Forum maianan
  2. Join Whatapp ber forumkan Adult Toys
  3. Beli mainan secara poll so boleh kongsi pos penghantaran
  4. usar harga mianan kat website atau mana-mana kedai dan tanya kengkawan forum sebelum beli (anda boleh usar dekat Menu Online Shop aku)
  5. kumpul duit (buat tabung macam aku) dari awal tahun, sebab hujung tahun banyak sale yang melampau murah.
  6. yang paling penting, sediakan ruang pameran anda yang secukupnya dan selamat dari kanak-kanak rebina.


Heromen, Gundam Age 1 Normal, Gundam Age 1 Sollow, Gundam Age 1 Titus aku beli masa Black Friday Sale dari HLJ dengan harga 1000 yen, tapi bila dah termasuk kos penghantaran, ia menjadi RM55 sahaja, kalau harga di Malaysia, jumlah keseluruhan adalah dalam RM600.

System Base 001 ini baru sahaja disiapkan. Agak menarik, tapi lepas ini aku nak beli Machine Nest pula untuk buat scene Diorama.

Ini adalah tempat kerja baru ku, penuh dengan koleksi mainan untuk menenangkan fikiran dan memulakan perbualan ringan-ringan (cerita pasal mainan dulu).

Antara koleksi hujung tahun 2012, VF-1S Macross Remember Me from movie adaptation yang dibeli second hand dengan harga RM380. Kalau yang baru harganya dari RM500. Bila dia transform dari Graywalk, aku panggil anak ayam, sebab dia ada paruh dan kaki.

Toy Patlabour dengan harga RM50, second hand juga, bali dari Facebook di Page Kedai Kita. Time beli ini, aku tengah cuti dan pada hari gaji serta bonus. Pagi aku ambil Patlabour dan belah malam pula aku ambil Macross, petang aku ronda-ronda usar harga mainan.

Hasil belian Black Friday Hobby Link Japan dengan harga 1000yen seunit. Belakang Gundam dan  Heroman itu ada kotak Kamen Rider OOO, RM50 Seunit, aku beli dari sepupu orang rumah ku yang sedang berada di Jepun.

Ini dia kotak VF-1S Macross aku.

Koleksi ini pula dari Sale Litt Takk. aku beli sikit sebab budget amat terhad. yang sempat aku beli hanya Gundam RX-78GP03s (RM57), Figure Ben10 (RM8) dan Jam Ben10 (RM12).

DanBoard nie, memang betul2 kotak termahal ku beli dalam RM110. Sebenarya mau beli brand saja, dan saiznya amat besar. Tapi aku akan cuba meng duplicate rekaan ini untuk kengkawan lain.

Sekian Terima Kasih al kisah

Berebut Mainan Dengan Anak

Assalammualaikum.

Ini cerita tahun lepas punyer, dan banyak lagi cerita tahun lepas akan ku postkn tahun ini gara-gara gambar dah penuh dan tidak boleh upload.

Aku beli Spec Ultraman Zero ini dekat Pasar Basah Seri Gombak dengan harga dalam Rm18 kot; se ingat aku laa. Tujuan beli sebenarnya untuk koleksi aku, tapi berebut pula dengan Adam. Aku memang nak beli 2 biji, tapi tinggal satu sahaja, jadi aku pun terpaksa mengalah bagi kat anak ku yang tersayang.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 @ Happy New Year 2013


Assalammualaikum,

Sukacitanya ingin saya mengucapakan Selamat Tahun Baru kepada semua orang, Happy New Year 2013. Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta diberkati oleh Yang Maha Esa.

Seperti biasa, setiap awal tahun baru, kita akan buat azam baru, kan kan kan. Diharap Azam baru kita dapat mempertingkatkan lagi apa yang telah kita capai pada tahun lepas. Aku pun ada azam baru seperti berikut

  1. Dapat baby baru,
  2. tambah collection toy Figura (secara kecil-kecilan dan bersistematik) keutamaan Plastic Kit Gundam.
  3. beli tabung 4 biji (tabung kecemesan sendiri, tabung Warehouse Clearance Mattel, tabung Warehouse Clearance Litt Tak & Tabung Black Friday HLJ),
  4. turunkan bedat badan kembali 70kg hohohohoho kalau boleh 65kg,
  5. membuat perniagaan secara online &
  6. memperbaiki sholat dan akidah ku.

Movie Tahun 2013 juga boleh tahan menggoda iman :
  1. Pacific Rim - Robot VS Monster,
  2. World War Z - Perang Dunia Bart Pitt belakun,
  3. Man Of Steel - New Reboot Superman,
  4. Prototype - New Cybernatic Human,
  5. After Earth - Will Smith anak-beranak belakun,
  6. G.I Joe 2,
  7. Hobbit 2,
  8. Robocap - New Reboot Robocop,
  9. Dan lain-lain lagi * anda boleh layan thriller di YouTube

Menunggu Sale Mattel. Kami akan lakukan teknik Tag Team, Secure location, collect as many as u can, sorting toy, distribution among each other & buy with your own money!

di anugerahkan baby secomel ini
Menunggu Litt Tak Sale 2013
Menambah koleksi Gundam Plastic Kit
tolong laa turun berat badan

Ya Allah, aku berdoa agar di beri hidayah dan keberkatan mu, kuatkanlah iman dan akidah ku. Amin
Tabung-Tabung

Kami Sekeluarga Megucapkan Selamat Tahun Baru




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)