Assalammualaikum,
Ini adalah perjalanan aku atau hampirr menjadi rutin aku setiap hari bekerja. Agak bosan, tapi hati aku senang tanpa kerusingan memikirkan apa hendak makan sekejap lagi. Biar aku pening nak buat kerja berfaedah kejap lagi dan apa aku nak makan tengah hari nanti serta pukul berapa aku nak balik hari ini seterusnya orang rumah aku hendak beli apa untuk makan malam nanti.
|
Sampai dari Stesen Bandaraya, Star Line/ Laluan Ampang-Seri Petaling. |
|
Aku akan jalan terkedek-kedek dalam kelajuan 20km/j dekat walkway ini. Antara View yang aku akan nampak adalah Sogo. Selalu juga keadaan Jalan Raja Laut ini sibuk dan jam. Sebab itulah aku naik train sahaja ke pejabat. |
|
View Kompleks Beli-Blah Pertama. Aku beli model kapal terbangku dekat sini laa, reramai tidak percaya aku beli dari sini. |
|
View ke Kompleks MARA. Dekat sini laa aku selalu makan (medan MARA). Selalunya aku makan sensorang saja. Kalau makan sorang-sorang cepat sahaja. Aku makan, minum, merokok sambil surf kejap dekat HP dan terus belah. |
|
Menu aku SELALU aku makan. Bukan cerewet tetapi aku malas hendak pikir makan apa. So dengan 1 menu sahaja sudah memadai. Ada orang cakap bosan gila asik tempat sama, makanan yang sama. Bagi aku tak bosan, lagi senang lagi dan tenang sahaja aku makan. Harga pun boleh fix, sudah senang hendak budget perbelanjaan. |
|
Ini adalah view yang selalu aku akan lihat. Memantau work progress Kompleks Kerja Raya 2 (KKR2) bukan Kementerian Kerja Raya 2 yer, harap maklum. Dulu ini projek aku, so ada juga laa contribution aku dalam pembangunan KKR2 ini. |
Sekian, terima kasih
hohohohoho tapak kasut pun dah haus hari-hari jalan kaki
ReplyDeleteTakdelah bosan mana.seronok jugak..sambil berjalan tengok keadaan sekeliling..org sekeliling..harap nanti bila kerja boleh dapat pengalam macam ni..=D
ReplyDeleteAda orang lain yang cakap bosan sebab asik sama aje.
DeleteJalan kaki time hujan lagi best, boleh masuk bangunan mara, cross ke pertama dan lepastu sogo, baru sampai stesen bandaraya. Sambil2 itu boleh window shopping hohoho.