Tuesday, November 27, 2012

Quata Gambar Sudah Limit

 Arghhh..!!!

Ada ker dia cakap :


" Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more "

So, apa aku kena buat? Ada cadangan?
  1. resize semula semua gambar dalam Picasa Web Albums (masak)
  2. delete blog / buat blog baru (entah ler)
  3. beli/upgrade storage gambar (banyak duit....)
  4. blog tidak bergambar (aku tak pandai mengayat)












Black Friday Sale From Hobby Link Japan


Baru-baru ini Hobby Link Japan (HLJ) telah mengadakan Black Friday Sale. Kenapa dia dipanggil Black Friday? aku pun tidak tahu, yang aku tahu SALE. Diskaun dia bagi memang tidak munahsabah dan tidak masuk akal, ada sampai 90% !. Apa yang menariknya adalah, HLJ bukan mengkategorikan berapa peratus sale nya, tetapi dengan berapa YEN (rujuk gambar di atas ya), secara tidak langsung kite boleh budget perbelanjaan kita. Sale ini berlansung dari 23hb hingga 27hb November 2012.

Aku ada juga beli sikit item dari HLJ ini sempana sale yang di anjurkan. Aku spend dalam 4000yen sahaja dalam duit kita lebih kurang dalam RM180. Tapi aku dapat dalam 4 barang, dan kalau dibuat perbandingan harga yang dijual di Malaysia, harga keseluruhan barang tersebut adalah dalam sekitar RM600.

Robot Damanshi Gundam Age Normal. Dekat Malaysia harga dia dalam RM150!  kat HLJ aku bali dalam RM50 sahaja.

Robot Damanshi Gundam Age Spallow. Dekat Malaysia harga dia dalam RM150!  kat HLJ aku bali dalam RM50 sahaja.

Robot Damanshi Gundam Age Titus. Dekat Malaysia harga dia dalam RM150!  kat HLJ aku bali dalam RM50 sahaja. Jangan lupa itu dah termasuk postage dari jepun.

Robot Damanshii Heroman. Stock sudah habis, aku orang terakhir beli. Dekat Malaysia harga dia dalam RM160!! belum termasuk postage yaaa, kat HLJ aku bali dalam RM50 sahaja.
Harus diingat, barang-barang ini adalah dari jepun, dinasihatkan anda beli barang-barang ini dengan kuantiti yang banyak (atau kongsi bersama-sama kawan-kawan untuk berkongsi duit postage nanti). Aku beli bersama-sama kawan aku, so charge postage adalah dalam RM110 untuk 5 barang.

Kepada sesiapa yang berminat dan kecewa terlepas sale ini, jangan risau sebab lepas ini ada x-mas sale pula . Lepas itu boleh sama-sama memborong sempena bonus yang akan dapat nanti HOOHOHOHHOHOHOH. 

Aku kalau ada kapital (duit yang bebanyak), sudah lama aku borong banyak-banyak dan jual balik dengan harga lagi murah yang jual dekat Malaysia ini kan kan kan.......

Sekian, terima kasih









Memenangi Tiket Wayang Silent Hill 3D

Tiket Wayang Silent Hill Revelation 3D
Bulan ini menang tiket wayang lagi dari Gempak, tapi malangnya tiada masa untuk tengok, agak rugi juga laaaa. Aku kalau boleh tengok wayang waktu malam sahaja, lebih afdal tengok waktu mid-night. Masa itu anak-anak aku sudah tidur, dan aku kekadang tengok wayang sorang-sorang sahaja.

Seperti ku katakan tadi tiada masa. Bulan ini aku agak sibuk dengan :-

  1. berpindah tempat kerja
  2. kursus-kursus yang sangat best (untuk kerja-kerja audit OHSAS 18001)
  3. paperwork/report yang memberansangkan
  4. sale sana-sini (alasan yang munasabah, nanti akan aku ceritakan dalam entri lang lain)
  5. hujan sana-sini (saja jadikan alasan)

Bila dah sibuk, maka kerja part-time blogger aku pun menjadi terbantut. Disini aku mintak maaf jika sudah lama tidak meng"upload" cerita-cerita baru.

Sekian, terima kasih

Monday, November 12, 2012

Somewhat Boring Life Of My

Assalammualaikum,

Ini adalah perjalanan aku atau hampirr menjadi rutin aku setiap hari bekerja. Agak bosan, tapi hati aku senang tanpa kerusingan memikirkan apa hendak makan sekejap lagi. Biar aku pening nak buat kerja berfaedah kejap lagi dan apa aku nak makan tengah hari nanti serta pukul berapa aku nak balik hari ini seterusnya orang rumah aku hendak beli apa untuk makan malam nanti.


Sampai dari Stesen Bandaraya, Star Line/ Laluan Ampang-Seri Petaling.

Aku akan jalan terkedek-kedek dalam kelajuan 20km/j dekat walkway ini. Antara View yang aku akan nampak adalah Sogo. Selalu juga keadaan Jalan Raja Laut ini sibuk dan jam. Sebab itulah aku naik train sahaja ke pejabat.

View Kompleks Beli-Blah Pertama. Aku beli model kapal terbangku dekat sini laa, reramai tidak percaya aku beli dari sini.
View ke Kompleks MARA. Dekat sini laa aku selalu makan (medan MARA). Selalunya aku makan sensorang saja. Kalau makan sorang-sorang cepat sahaja. Aku makan, minum, merokok sambil surf kejap dekat HP dan terus belah.
Menu aku SELALU aku makan. Bukan cerewet tetapi aku malas hendak pikir  makan apa. So dengan 1 menu sahaja sudah memadai. Ada orang cakap bosan gila asik tempat sama, makanan yang sama. Bagi aku tak bosan, lagi senang lagi dan tenang sahaja aku makan. Harga pun boleh fix, sudah senang hendak budget perbelanjaan.
Ini adalah view yang selalu aku akan lihat. Memantau work progress Kompleks Kerja Raya 2 (KKR2) bukan Kementerian Kerja Raya 2 yer, harap maklum. Dulu ini projek aku, so ada juga laa contribution aku dalam pembangunan KKR2 ini.


Sekian, terima kasih

Purchasing from Online Shop

Assalammualaikum,

Baru-baru ini aku baru mencuba membeli barang secara online. Agak menarik sebab boleh bayar menggunakan secara Maybank2U sahaja. Aku beli barang ini dari Gundam.my, sebuat kedai online menjual pelbagai barangan model, figure dan macam-macam lagi hoby orang dewasa. Harga dia berpatutan dan service dia sangat cemerlang. Contohnya time aku beli/order pukul 2 petang, dan penghantaran sampai ke rumah pada pukul 10.30 pagi.

So, apa aku beli? ini dia barang aku beli, set took kit untuk buat model seperti Gundam. Aku dapat 12 jenis peralatan yang amat berguna, sebelum ini aku ada juga tool kit ini, tapi hilang sekejap, pabila sudah beli yang  baru, terjumpa kembali yang lama. Harganya adalah dalam RM60 + penghantaran RM8, jumlahnya dalam RM68 sahaja. Apa yang aku dapat dalam tool set ini adalah:

1.) Taiwan A4 cutting board
2.) Taiwan Artist Burin (included with 12 blade)
3.) U.S. OEM PLATO Pliers
4.) Speedy Polish Pieces
5.) Mitsubishi Imported 0.05mm hook-line pen
6.) Double sided polish stick
7.) 4 peices Sanding block
8.) - 10.) Tweezers (Bend Tweezer, Sharp Tweezer, Water sticker tweezer)
11.) China Eagle Brand Sand paper (set) 400/600/800/1000/1500
12.) 细目锉刀


Package sampai

bumble plastic for damage protection

Ini yang ku dapat.

Gambar ilutrasinya, sama tak seperti diatas

Thursday, November 1, 2012

Welcome November

Selamat Datang November.
Welcome Rain November
Bulan ini banyak cerita best dan mesti tonton! So, banyak budjet sikit ke arah sana hohohoho. Tapi malam ini aku akan menonton dengan bos aku (umur sebaya dengan aku aje), cerita James Bond 007 Skyfall pukul 10.30. Bos aku memang baik hati, siap belanja aku lagi, jangan marah aaa.



Bulan ini juga aku nak order mainan dari Jepun. Bukan canggih sangat pun, kotak sahaja. Tapi harga dia RM110 aaa. Di sebabkan ia agak comel dan cute, biasa laa dalam hati ada taman, aku beli laa. Aku order melalui kawan aku, sumber dia adalah Hobby Link Japan  (HLJ) Ia adalah Danboard. Aku akan fotostate board itu dan tampal atas kotak untuk buat mass-production !!! pastu aku akan jual kepada orang ramai hohohoho business minded.
Danboard

Bulan ini juga aku dah start berpindah tempat kerja, dari Tingkat 11 ke Tingkat 12. Ada orang tidak suka aku hidup senang sangat dalam Cawangan Arkitek ini. So dengan tempat baru ini, adalah juga laaa azam baru, aku nak gegarkan Cawangan Arkitek ini, untuk diorang tahu kewujudan aku yang selama ini aku sedang tidor kepenatan dari Cawangan Kerja Bangunan Am, Watch Out you Guyz!!

Sekian, terima kasih.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)