Wednesday, July 9, 2014

Foodilicious Kitchen Year 2, You Got To Try The "Express Taste Tour Of Foodilicious Kitchen"

Assalammualikum,

Sabtu lepas kami berbuka di Foodilicious Kitchen . Setiap tahun bulan puasa, kami akan berbuka disini. menu diorang sudah start banyak dan menyelerakan. Pelanggan pun sudah ramai, sampai habis pinggan dalam kedai.

Aku ada order Ramadhan Special Mixed Grilled Platter, tidak ketahuan yang set platter tue untuk 2 orang, tetapi aku belasah sensorang saja!. Sungguh sedap dan lazat skali, cukup rempah ratusnya kalo boleh nak order lagi. Aku recomend korang kena order platter ini, korang boleh rasa semuanya maksud aku macam express taste tour of Foodilicious Kitchen.

Hilmi Adam dan Hasya Amani makan Creamy Carbonara, cuma lupa nak bagi tahu chef jangan lebihkan rempah, diorang kata pedas sikit. Order satu pinggan, share 2 orang.

Humairah Ariana makan Mashed Potatoes sahaja. Itu pun sedap, lagi sedap dari KFC lagi, serious......

Isteri kesayangan ku pula makan Nasi Lemak Kukus With Ayam Perchik, juga sedap.

Air minuman macam biasa laaa FREE dan boleh refill banyak mana pun.

Sudah termakan sedikit, lupa hendak ambil gambar... darn.
Gambar atas, chef Alan hampir terbakar tangan hohohoho.

Menu yang hanya ada pada bulan Ramadhan, dan dengar cerita Foodilicious Kitchen akan keluar dekat JJCM, wow Tahniah!!!


Sahaja aku tak letak harga. so korang boleh datang tengok dan rasa sendiri serta korang boleh nilai kepuasannya.
p.s please do try Brownies Sundae!!!!!!!


Sekian, terima kasih

Tuesday, July 8, 2014

Haul Mainan Bulan 6 Jahanam

Assalammualaikum,

Apa lagi cerita pasal mainan laaa pulak.

hohoho repost balik.. kasi mcm banyak saja beli.

Hasil belian dari HLJ.com, Shipping jatuh RM5 untuk setiap barang. Kesemuanya berjumlah RM170 (termasuk shipping) bila sudah di tapis, kalau tidak RM357. Barang-barang ini telah di diskaun sebanyak 50% - 90%, so banyak penjimatan di situ.

Tidak tahan tengok kereta tomica asik berselerak, so aku terpaksa aaa terpaksa beli untuk mencampakkan kekemasan ruang kenderaan.


Sekian, terima kasih

Lawatan a.k.a Family Rest Day @ Teluk Batik, Perak

Assalammualaikum,

Balik kampung semasa cuti sekolah memang best... Ikut perangcangan awal hendak buat Family Day ke Gambang & Terengganu, tapi terpaksa ditangguhkan sebab bapa mertua baru lepas operation mata.

Kami balik selama 3 hari aje, macam-macam aktiviti di buat. Antaranya

  1. Buat BBQ tengah malam
  2. berkelah di Teluk Batik
  3. Bershopping di RTC



Baju bebudak lelaki telah di taja khas.
Gambar bawah kiri adalah AJK Persiapan Tempat BBQ serta pengawal lalu lintas. Gambar bawah kanan adalah AJKKK BBQ dan Pegawai Kualiti Rasa.


Hypermarket RTC Perak.


Sekian, terima kasih

Monday, July 7, 2014

Hadiah Birthday Hasya Amani

Assalammualaikum,

Selamat Hari Jadi Hasya Amani ke-4 tahun, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleha.

Papa & Mama always love you....

Wow.. Birthday Cake Frozen....


Sekian, terima kasih

Happy Birthday Humaira Ariana

Assalammualaikum,

Selamat Hari Jadi Humaira Ariana yang pertama, semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

Papa & Mama always love you....




Sekian, terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)