Friday, September 27, 2013

Wajah Kegembiraan Anak

Assalammualaikum,

Tue diaa... semalam lepas balik rumah, diorang dah nampak plastik putih besar.. maka muka tersengih sudah start... tapi sebelum tue kena bagi syarat dulu, makan nasi kena habis..

Lepas makan baru laa bagi bahagian masing-masing.. hohoho tgk laaa muka dia senyum sampai ke telinga... ini adah hasil dari Mattel Warehouse Clearance 2013. Ok tabung start balik isi

Hasya Amani dengan tema Barbie

Hilmi Adam dengan Action Figure dan Wall Track Hot Wheels.


Sekian, terima kasih

Thursday, September 26, 2013

Serbuan Ops Cantas di Mattel Warehouse Clearance 2013

Assalammualaikum,

Pagi ini (26/09/2013) aku dan Firdaus melarikan diri dari opis sekejap (boss satu cawangan semua pergi meeting kat Shah Alam). Kitorang nak pergi memborong dekat SSTWO Mall. Pukul 9 pagi dah ramai gila orang beratur panjang gila punyer orang, tapi aku potong que biasa laa budak nakal (peduli apa aku).

p/s: ada tips di bawah...

saksikan cerita bergambar :

Bersama En. Firdaus di pagi hari di SSTWO, beratur untuk masuk ke kawasan Mattel Warehouse Clearance 2013

Borong-borong, usar-usar, collect-collect n sorting-sorting... Punyer ler lama tunggu keluar Carded Cars/ Speed Cars, tidak dijual kata mereka hmmm crap. Penat aku tunggu. 

Kalo nak cepat beratur membayar... sila bayar dengan cash.. Counter Cash ada 1 aje, tapi orang ramai guna Credit Card, sooo aku dapat potong que  panjang gila babas hohohohoho semuanya RM195 ajeeeee.

Ini laa Haul untuk anak-anak.
Wall Tracks dan Superman untuk Hilmi Adam.
Barbie dan Payung Barbie untuk Hasya Amani.
Train Douglas untuk kongsi bersama, sambung dari tahun lepas.
Train Cars 2 biji untuk Hussin dan Aric.
Mainan Baby 2 biji untuk Humaira Ariana dan adik susuan dia.
Untuk aku cumalah batman kecik dan kereta Hot Wheels bodoo tue..

Naaa tayang habis... Jimat dalam RM150++.

Tips:
- datang awal, berak kencing awal, makan awal atau jangan makan langsung
- bawa beg sendiri supaya tidak berebut kotak dah rugi turn n masa
- bawa mask, sebab kawasan ini berabuk
- jangan bawa anak, terutamanya yang masih kecil, kasian mereka dengan habuk dan orang ramai gila
- jangan banyak pikir, ambil aje dulu, kemudian baru sorting balik
- jaga barang anda dari di cilok
- jaga dari penyeluk saku
- target dulu barang yang hendak dibeli, buat survey dulu
- adakan budget berapa, jangan terbabas
- bawa cash, walaupun counter cash ada satu, tapi ramai orang guna credit card


Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 24, 2013

Mattel Warehouse Clearance 2013

Assalammualaikum,

Hari ini 24hb,
esok 25hb.. Wow hari GAJI..
lusa lak 26hb .... ada Mattel Warehouse Clearance 2013!!!?....

nice timing, macam tau-tau aje... tabung Mattle dah di pecahkan plus baru gaji lak.. kena kawal nafsu sikit nampaknyer...



Sekian. terima kasih.

Monday, September 23, 2013

Majlis Naik Buai Humaira Ariana

Assalamualaikum,

15 September 2013, aku dan family ada buat Majlis Naik Buai untuk Humaira Ariana, joint venture dengan adik ipar ku Yusra adakan Majlis Lenggang Perut di kampung isteri ku iaitu Bukit Chupak, Parit, Perak.

Agak menarik gak tradisi ini, anak kecil di naikkan kedalam buai, di nyanyi kan lagu-lagu nasihat di bacakan ayat-ayat Al-Quran skali dan diadakan kan makan-makan sikit untuk orang kampung yang hadir.


Sekian, terima kasih.

Sepetang Bersama Anak-anak

Assalammualaikum,

Sepetang semalam bersama-anak, berjalan-jalan, bermakan angin dan minum petang di Old Town White Coffee....




Sekian, terima kasih

Hobi lama kembali lagi

Assalamualaikum,

Hohoho... hobi lama aku iaitu menternak ikan laga kembali lagi. Baru-baru ini dapat sumber baru dari pakcik aku dan dapat ilmu baru macam mana nak buat makanan untuk anak ikan laga.

Itu dia kawasan ternak ikan laga pakcik aku dekat greenwood. Ini cuma hobi dia, tapi ada gak orang beli ikan dari dia, paling mahal dalam RM100++ dia jual, orang tue letak harga, dia orite aje. Hohoho aku rembat sikit stok yang ada sebab pakcik aku nak start breeding yang baru dari jenis lain.

Sekian, terima kasih.

Ogos 2013 Haul

Assalammualaikum,

Ini dia harta rampasan perang selepas raya...

Phicen - 1/6 Fire White Rose Action Figure, beli dekat  XL-Shop, RM280 (bayar 2 kali) (dalam E-Bay sudah naik harga RM400++, it a good investment);
Mega Zoid Pirate Power Ranger, beli dari sepupu isteri ku, RM240 (bayar 2 kali); dan
Revoltech Danboard mini Tamiya Version, beli dekat HLJ.com, RM50+ aje murah beberapa ringgit dari beli kat Malaysia.
Wow seksi (seamless body v4).... ini bukan Barbi ok...

Huit.. mata ada lampu, aku ada pesan lagi kat sepupu isteri aku untuk cari lagi kat sana, mungkin dapat murah kat sana.
Sekian, terima kasih.

Jamuan Hari Raya Cawangan Arkitek 2013

Assalammualaikum,

22 Ogos 2013, Cawangan Arkitek JKR, telah mengadakan Jamuan Hari Raya Cawangan. Hidangan macam biasa laa yang penting ada KAMBING hohoho, so... Tema untuk tahun ini adalah PRISMAWARNA AIDILFIRTRI.

Berikut adalah Stage PhotoBooth. Tengok tue ahli usher menunggu kedatangan VIP dan kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor cabutan bertuah... aku tak menang pun....

tue dia nombor cabutan bertuah yang tak menang tue...


Itu dia hidangan yang penting, kambing golek!!!

Sesi karauke bersama artis. Tapi aku lebih suka ambil gambar photographer.. sebab jarang gambar diorang nie ada di siarkn hohoho 

Aku bersama Ex-CKBA, hmmm aku nampak kurus aa sekarang

Ini pula, jamuan hari raya bagi tingkat 12, dulu aku tingkat 11. Menu unit aku macam biasa laa mee sup pakya.
Poster Ucapan Hari Raya dari unit aku iaitu Programe Office / Unit Pejabat Program, credit gambar kepada bos kecik aku fender / pendot / fendi (bujang lagi, sapa mau cepat)




Selamat hari Raya Aidilfitri 2013

Assalammualaikum,

Aku tahu memang dah tahap basi dan kuih raya dah masuk angin, tapi aku tetap nak mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri 2013. Al-maklum laa kemalasan dan ada masalah teknikal nak trasfer gegambar.


Tema tahun ini adalah warna biru dan bersama ahli baru tahun ini Humaira Ariana. Aku belum update lagi gambar dia di ruangan Family.
Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Sekian, terima kasih.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)