Thursday, March 21, 2013

My Wishing list at HobbyLink Japan 2013

Assalammualaikum,

Hohoho biar gambar mencerita segala-galanya lagi sekali...................... (masih tahap ke "malas"an sebenarnya dari minggu-minggu lepas lagiiii)  :(

Baru-baru ini aku jual 2 biji Gundam Age Robot Spirit aku dengan harga RM130 (hasil belian dari Black Friday HLJ.com dengan harga RM100) untuk membeli  1/32 Colonial Viper Mk I Fighter Original di Toypanic.com dengan harga RM128.25 (harga Pre-Order & freeshipping), Starship ini memang tidak dijumpai mama-mana kedai. Konsep beli item kecik untuk dijual dan beli item yang lagi besar.


Wishing List untuk tahun 2013 dari HLJ.com tidak termasuk Black Friday (29 November 2013) dan sale-sale.

1/1500 Space Pirate Battleship Arcadia


1/100 MG Ball Ver. Ka, 1/100 MG Ball MS 08th Team Ver, 1/100 MG RB-79 Ball "Shark Mouth Version". All being design by Katoki Hajime. Aku memang banyak follow designer Katoki.


1/550 GP03 Dendrobium


1/1000 Space Battleship Yamato 2199, 1/500 Space Battleship Yamato

Sekian, terima kasih

Monday, March 18, 2013

Haul Bulan Mac

Assalammualaikum,

Hohoho biar gambar mencerita segala-galanya...................... (masih malas sebenarnya dari minggu-minggu lepas lagiiii)  :(

Bulan nie baru cash out cek dari Nuffnang, sebulan baru dapat cek, tidak ler banyak, tapi boleh laa bagi anak bini makan.

Ini adalah gambar hiasan semata-mata, tapi dah order dari Shahrum HLJ Distribute, harga Pre-Order nya dalam RM120++, akan di update bulan depan.

Gambar atas belah kiri, aku punyer koleksi di office, tapi dah bawa sikit ke rumah untuk meminumumkan ruang mainan di office, gambar lain itu semua anak aku punyer. Sekali diorang main, satu rumah selerak, lupa pula nak letak hasil mural adam buat dekat dinding yang aku baru cat..erkkkk 

Antara koleksi yang telah di bawa balik dari office, tapi Haul bulan Mac adalah  Takara Tomy Tomica - Tomica Heroes - Nissan Fairlady - RFT13 (RM18 aje) & Disney Tron Legacy - CLU's Sentry's Light Cycle in Diecast (RM37 jer) bid dan beli dari eBay, agak murah juga dari situ.

Parcel dari U.K bernilai lebih kurang RM37 aje (£3 untuk item dan £5 untuk postage, postage lagi mahal dari item, tapi postage dari U.S lagi mahal, mahal gila masalahnyer) menarik juga cara packaging dia, dibalit dengan plastik supermarket dan kotak sabun (macam feb punyer sabun basuh pakaian aaa)

Dalam proses hendak pasang Gundam RX-78-2 Ver. Ka. Tampal decay memang sakit hati, banyak tak menjadi.

Akhirnya siap jua Gundam RX-78-2 Ver. Ka. aku, Memang aku sengaja tak pasang coer kaki sebelah tue hohohoho, penat colour inner frame (cincai aje hohoho) takkan hendak tutupkan. Kasi expose sikit hohohoho.

Friday, March 1, 2013

Toy Collection Early 2013

Assalammualaikum,

Hohoho biar gambar mencerita segala-galanya...................... (agak malas sebenarnya) :)

Baru ini Virtual On aku baru sampai, kira boleh laa jadi bahan kolesi tahun 2012 ini. Tapi baru-baru ini aku telah menjual 2 bji gundam (Gundam Age Sollow & Titan) aku kepada orang Johor sebab aku hendak beli Plastik Kit Battlestar Galactica (panjang dia 11 inchi oooo)
Virtual On aku dah siap display. Macross Yamato scale 1/200 aku sudah aku bukak, satu set untuk aku, lagi 2 set ingat hendak jual. Gundam RX-78-2 tengah pasang lagi.. slow moo sikit bulan Februari ini.

Ini lah toy accessories yang baru sampai dari Jepun (bukan toy yer). Aku beli kelengkapan untuk buat Hanger  Gundam ku. harga agak murah laa walaupun dekat amiami lagi murah, tapi sebab tidak jumpa set ini dekat Malaysia. Antara aku beli adalah H-Hanger, Octagon-Hanger, H-Hangar Working Arm & Arm Mount Set dan Weathering Set. Harga anda boleh check dekat HLJ.com
Seperti ku katakan, bulan Februari aku kena accident. Motor langgar aku lalu terkena pad kaki dia dan mencucuk tayar aku lalu pancitttt laa tayar kereta kuuuu.

Antara diorama yang sesaja nak mencuba. Memang best, Free Link System.

Ini antara koleksi bulan Februari. Nama dia drossel fireball charming figma. Harga agak murah dari kedai, tapi aku beli dekat facebook di Kedai Toy Kite, Skang drossel sudah jadi awek kepada Heroman. Tengok laa bila da rezeki, aku nak beli motor drossel pula.

Argh pening kepala aku nak buat Hanger Gundam macam mana. Sebab dia free link system, so macam-macam configuration boleh buat. Ada juga rasa hendak beli lagi, rasa tidak cukup.

Toy Akhir bulan Februari. Dapat murah gila, beli dari Facebook di Kedai Toy Kita. RM40 aje. Dekat eBay jual dalam RM60 belum masuk postage.

Welcome March


Assalammualaikum,

Sudah sampai bulan Mac, baru ini aku dapat update blog ini. Bulan Februari, aku tidak update langsung. antara sebabnya adalah :

  1. line internet slow teramat sangat
  2. aku sibuk dengan kerja ( kerja ler sangat hohoho , tapi memang aaa sibuk ) lagi pun program aku bulan februari agak padat dan pack
  3. aku tidak ada mood sangat kerana truma weeeiii (accident)
  4. banyak pikir benda lain....

Hohoho bulan Januari telah aku settlekan cukai pintu, Indah Water, cukai tanah, dan lain-lain; Bulan Februari banyak settlekan cukai toys; Bulan Mac pula nak settlekan Road Tax dan Mobile Insurance; Awal tahun nie memang banyak pakai duit. So bulan nie juga banyak program;

  1. hendak pergi Johor (rombongan mengantar adik ipar ku kawin)
  2. hendak pergi Langkawi (family holiday) memang cuti seminggu terus nie.


Sekian, terima kasih








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)