Tuesday, July 31, 2012

New Workable Gundam Kuratas 1:1 Scale

Gumdam RX-78-2

Semalam aku terbaca dari mana aku pun dan lupa, tapinya adalah berkisahkan pembinaan robot mecha yang terbaru. Ia dipanggil " KURATAS ". Ia boleh berfungsi seperti mecha Gundam yang kita tengok dalam anime.



Mecha ini telah di bina oleh Suidobashi Heavy Industry dan di perkenalkan dalam Wonder Festival di Chiba, Tokyo pada 29 Julai 2012. Mecha ini mempunyai ketinggian 4 meter dan berat 4 tan dan 4 kaki beroda serta dengan harga USD 1Juta, anda mampu memilikinya (murah kan). Berkemampuan untuk bergerak selaju 40kmj dan menggunakan minyak diesel.

Sunday, July 29, 2012

Mama Birthday Girl Belanja Makan

Birthday Girl
Hari Jadi isteriku jatuh pada 24 Julai (Happy Birthday Mama, love u), tapi bila dah dapat gaji baru laa boleh belanja makan. So, jumaat lepas kitorang sekeluarga pagi makan kat luar. Cadang nak makan kat Giant aje sebab tue lepas berbuka nak shopping kasut raya untuk bebudak. Duit sapa, duit papa dia gak hohohohohho.... Kerajaan baru aje announce bonus setengah bulan, belum dapat lagi, tapi dah sakan nak bershopping.



Di Giant Batu Caves, ingatkan nak makan Chicken Rice Shop, tapi penuh gila dengan tanda Reservation. Bila ditanya, dia jawab "..akak tak nampak ker dah tanda rezeb tue, so penuh ekk kak..", tapi last sekali tak ada orang pun yang makan kat situ. So kitorang berbuka laa kat Secret Recipe hohohohoh.

Secret Recipe

Berbuka Semasa Hari Bekerja

Aku tidak lagi update apa yang aku sekeluarga berbuka semasa hari bekerja. So inilah kisahnya:

Memang sahor kul 4.30 pagi, time tue nak tengok rambut gerbang isteriku hohohohoh menakutkan.. erkk cantik, cantik... Kerja tue macam biaser laaa, bukan sibuk pun, kalau sibuk pun tidak laa selalu dan tidak laa rumit sangat.

Cuma time balik tue adalah 5.30 petang. Sekali keluar dari office, ramai gila kenderaan, JEM!. Biasa laa Kuala Lumpur kan.. Kekadang aku akan pergi kerja dan parking kat office kat PJD atau parking kat Setiawangsa. 

Saturday, July 28, 2012

Satu Malam Bersama Joy

Semalam aku lepak bersama member aku Joy (bukan nama sebenar). Kitorang lepak kat Wangsa Walk. Wangsa Walk sekarang nie pun tengah renovate bahagian depan dia (kawasan kolam). Tengok macam nak buat booth untuk meniaga aje. Betambah jem laaa Wangsa Walk di Wangsa Maju nie.






Tapi sebenarnya nak tengok wayang Batman Dark Knight Rises pukul 11.45 malam. Kitorang main redah aje, tak tau pun ada tiket lagi atau tidak. So last skali dapat seat 3 hadapan dari screen, memang tengok secara melepek aje aaa.

Best gak tengok Batman tue. Penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Kesimpulannya Welcome Robin dan Oracle (Daugther of Batman+Catwoman).

Sebelum tengok wayang layan dulu kat minum jap kat George Town sambil berasap dan usar awekzz.. 

Alas perut sebelum masuk wayang

Joy himself.
Lepas habis terus kitorang balik. Lepak jap kat rumah dan terus sahor hohoho. Rumah aku dengan Jou nie, memang setaman.

Satu Malam Bersama Padir

Padir himself
Malam ni aku lepak bersama sepupu ku Padir (bukan nama sebenar, nama manja hohoho). Dia bawa pergi Old Town Temerloh.

Sempoi gak tempat duduk kitorang... sebelah toilet. Kedai nie end lot dan ada 2 entrance (depan belakang). Dekat depan ada main road aje, tapi dekat belakang nie ada rumah burung.

So environment kat sini best gak sebab ada bunyi-bunyi kicauan burung sambil usar orang keluar masuk pergi toilet.
Padir order yang nie aje
Nie la dia Toilet yang best tue, ada amoi
marah  bila nak ambik gambar nie, sebab dia
nak masuk. Aku  cakap kalo lu cantik tak per laaa.
Ada unsur-unsur Green gak Old Town nie.


Friday, July 27, 2012

Kamen Rider Wizard

Updated 15 Ogos 2012:

Graphic
Kamen Rider terbaru akan ditayangkan tidak lama lagi, iaitu selepas habisnya cerita Kamen Rider Fourze. Intro Kamen Rider ini akan di "crossfire" di dalam cerita Kamen Rider Fourze. 


( Dunia Wizard berkait rapat dengan dunia OOO. Kira-kira 800 tahun yang lalu semasa kejadian Greeds dan OOO, begitu juga dengan Homunculus dan Wizard, mereka selarian satu sama lain. Setting dunia meraka adalah seperti Kiva. )

Separa Kronologi Kamen Rider

Dari KR Double (2) ke 
KR OOO (3) lepas itu 
KR Fourze (4) dan sekarang 

Kamen Rider Wizard (5 Wisemen Ring).



KR with Bikes

Kamen Rider Wizard

Kamen Rider terbaru ini terdiri daripada :

Wednesday, July 25, 2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan."Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Tuesday, July 24, 2012

SAMBUT BAIK BONUS RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM


Gambar Hiasan
23/07/2012 SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara kerajaan menghargai kerja keras penjawat awam.

"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu."Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas maklum balas Najib mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam, kelmarin.

Monday, July 23, 2012

Happy Birthday Hasya Amani



Walaupun dah terlambat nak postkan kat Blog nie, tapi aku nak gak nak wish Birthday Baby Girl ku yang ke-2 tahun, nama dia Hasya Amani di lahirkan pada 12/06/2010 di Hospital Selayang, Selangor.

"Happy Bithday to you,
Happy Bithday to you,
Happy Bithday to Hasya Amani,
Happy Bithday to youuuuuuu...."

Sambut kat Ipoh Perak bersama-sama sepupu nya.

2nd Day Fasting

Semalam hari ahad dan dah masuk hari ke-2 berpuasa. Alhamdulilah, semuanya ok aje. So hari ke-2 nie, aku berbuka kat umah sendiri aje. Hari pertama berbuka lauk rendang ayam, sekali hari kedua pun makan rendang ayam versi Chef Azhani lak.






So, rendang ayam is the main menu laa, di sokong dengan Udang Butter dan sayur sawi; dan sebagai alas perut kurma dan cekodok. Menu yang sungguh menyelerekan! di masak oleh isteriku Chef Azhani yang cun (saja kipas, raya nanti pou bonus dia hohoho). Tetapi event yang di tunggu-tunggu adalah untuk menjadi NAGA (isap rokok laaa, baru rasa kenyang)


Rendang Ayam Atas Kuali

Sunday, July 22, 2012

Menuai Semasa Puasa (1st day Puasa)

Puasa pertama pepagi aku pergi kebun mini ku untuk menuai. Hasilnya untuk dijadikan hidangan untuk berbuka nanti. Sekarang ini baru tanam benih pokok kacang pea dan kacang panjang. rasanya mungkin 2-3 bulan nie dapat laa hasilnya, insyallah.

 Berbuka hari pertama, memang menjadi tradisi untuk berbuka di rumah mak aku. Hoohohoh antara (antaranya ok..) motifnya untuk makan free. Sambil tue aku bawa juga laa hasil tanaman aku nie sikit.

Alhamdullila, hari pertama puasa berjaya ditunai. Aku lupa na ambik gambar makanan berbuka kerana mata sudah rambang nampak makanan. Agak lapar juga laaa, sebab pagi tue dah berkebun dah, dan petang aku dah melepek dah sambil layan anak-anak yang lincah ini.


5 biji bendi ajedapat di tuai. Masak kari pun best.

2 batas dapat banyak ini sahaja, 1 periuk.
Tapi di bahagi 3 untuk rumah sendiri,
rumah pengarus dan rumah mak.


Hujan Rahmat Sebelum Puasa


Sehari sebelum puasa, hari jumaat, hari hujan. Orang cakap, kalo hujan hari jumaat, hujan rahmat. Hujan yang mencuci semua kekotoran dan menyejukkan kepanasan yang ada di KL nie.

Tapi korang tau-tau ler, kalo hujan dalam Kuala Lumpur nie. Hujan aje, jalan jem... jalan jem aje, hari hujan... Dengan orang nak kejar tarawih pertama, orang nak balik kampung menyumbang ke"jem"am dilam KL nie.

Gambar di bawah nie diambil berdekatan Menara PJD [ Pejabat JKR (CKBA, CKJG, CKASJ, BLT & PROKOM)] di Jalan Tun Razak.


Kedai motor di tengalami air hujan (banjir)

Friday, July 20, 2012

Happy Fasting

Assalammualaikum Semua,


Ingin ku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berpuasa.









Kuih Raya

Time bulan puasa nie juga laaa ramai datang bawa sample kuih raya. Kan aku dah cakap, bukan aku tak nak beli, cuma korang kena tanya sama itu CUEPACS. Ada BONUS, adalah laa kuih raya, NO BONUS, No kuih raya, senangkan. Bukan apa ia adalah kehendak tambahan untuk menyambut Aidilfitri hohohho.






Selamat Berpuasa / Happy Fasting
(very very happy, you can stay healthy
body & soul and also your wallet..
hohohoho)
The rule is simple just follow as above.













Monday, July 16, 2012

CUEPACS BINCANG BONUS AIDILFITRI UNTUK 1.4 JUTA PENJAWAT ISNIN INI


Penungguan bagi semua kakitangan awam, seperti aku hohohohho. Dengan adanya bonus nie baru ler boleh buar semua cukai, cukai tanah, cukai pintu, cukai jalan dan lain-lain lagi.. (jangan lupa yer duit raya untuk sanak saudara) Apa-apa hal Selamat Berpuasa, jangan tersengaja tinggalkan




Kalo baca kat http://cuepacs.blogspot.com/ menyatakan 16 Julai 2012 (isnin) baru nak bincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pasal bonus nie. Agak-agak berapa bulan aaa tahun nie dapat. Kalo tak dapat bonus, Wang Ehsan pun boleh, ringan sikit beban kewangan skang.


Weekend Gardening



Nie laaa kerja-kerja aku bila Sabtu ahad, berbakti kepada tanah. Hasilnya amat lumayan, takpayah sangan beli sayur dah. beli banih kat Giant Batu Cave aje dalam RM1 hingga RM3 sepekat. Aku berkebun pun di belakang rumah aje... selepas aku clear lalang-lalang yang subur tumbuh. Kat belakang rumah pun ada gak jumla lipan bara dan kulit ular.

Aku baru cuba tanam :

i. Sawi (dah boleh tuai)
ii. Bende (dah boleh tuai)
iii. Kacang panjang (tak menjadi)
iv. Kacang Botol (tak menjadi)
v. Tomato (tak menjadi)
vi. Pucuk Ubi (ambik kat umah nenek aku)
vii. Cili Merah (beli pokok terus)
viii. Pokok Kari (beli pokok terus)
ix. Pandan (beli pokok terus)
x. Tembikai
xi. Pokok Limau (beli pokok terus)
xii. Halia

Lampiran


Minggu ke-2

Minggu ke-3

Minggu ke-4

Friday, July 13, 2012

Datum:KL 2012 - ARCHIDEX 2012


4 Julai 2012, hari tue aku pagi DATUM buat pertama kali, pukul 7.30, aku dah terjegat kat situ. Niat di hati kalo tak best aku nak tgk Spiderman kat klcc, tapi dah niat tak baik kan, tak jadi laa pergi, sampai skang aku tak tgk spiderman....

Pameran produk-produk banyak gila, lengun aku berjalan jauh dari hujung ker hujung, tapi tak berkaitan dengan aku skang sebab aku jd management aje skang, tak buat pun kerja-kerja arkitek nie hohohoho.

Aku pergi pun cuma nak CPD point aje... so tahun nie dah cukup, tahun depan pun dah cover habis.

Mula-mula aku masuk, first time tau aku masuk.
Apa-apa hal kena cari tempat duduk sebelah pintu,
senang nak keluar.. hohohoho

Mamat nie present cakap jepun aje.. sempoi, mcm tgk cite Naruto

Kaki lenguh berjalan, beg door gift byk gila..

Thursday, July 12, 2012

Artificial Tree For Sale

Artificial Decoration Tree For Sale

I wanna share this business to all of U.
If you interested kindly SMS to 019-279 2786 (Kamal Majid)
               *or just click the name that will be forward to facebook page


thank you

PixlrOMatic

Saje Aje test..... aku bukan sangat pandai Photoshop.. pakai App hp (PixlrOMatic) aje laa boleh

Mama & Amani

Comic Fiesta 2011

Yer aku tau nie dah lepas di tahun lepas, suka hati aku ler aku nak post apa kan kan kan...
Comic Fiesta nie telah di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 17/12/2011.

Aku pergi ngan Family aku (Aku, Az, Adam & Amani, Hasya, Hilmi, Hani & Hanif) ramai tue. Aku pegi naik train Putra aje, sebab Adam nak naik train (memang tak pernah naik trian, first time nie). Sampai klcc aje, ramai gila orang beratur nak masuk, dah ler hari dah tengahari, pansa gila.

Menggunakan bebudak kecik, aku dapat gak masuk awal hohohohohoho.. harga tiket RM15 kot (aku lupa). dah ler tgh hujung bulan (orang gomen 17hb tue dah kira hujung bulan aaaa) so mamang tak ada budget nak beli apa-apa aaaa.....







Ada yang tengah photo shoot tgh-tgh panas


Wednesday, July 11, 2012

Penaga Hotel

14 Mei 2012 - Trip ke Penaga Hotel

Arkitek Hijjas Kasturi yang design hotel dan juga pemilik hitel ini dengan peruntukan RM24Juta. Ia di iktiraf Gold Rating dalam Green Building Index (GBI) di mana menggunakan teknilogi hijau.

Menurut Beliau, banyak halangan yang perlu di tempoh untuk membina hotel ini, antaranya panggunaan backlane, sebelum ini ia merupakan kawasan sampah dan juga penuh dengan aktiviti jenayah dan kurang bermoral, tetapi apabila beliau menaiktaraf backlane ini, ramai orang ramai yang dengki atas usaha beliau untuk menghidupkan suasana yang lebih selamat dan merehatkan dengan suasana walking garden.

Bilik yang aku tido

Bedroom 2 bed  @ Penaga Hotel
Classic Wardrobe
Bedroom
Cantik

Classic Cabinet

Laguna Redang Island Resort

9 Mei 2012 - Aku ada mesyuarat kat Laguna Redang Island Resort selama 3 hari. Ok laa hotel nie, bilik besar gila, tai aku duduk sensorang aje...
The Architecture of the Resort

The Environment of the Resort

The Facilities of the Resort


tempat souvenir nie diorang pernah
 buat movie ( More More Tea Inn )




Tuesday, July 10, 2012

UnderGround Home Office a.k.a Store

Nie laa dia Home Office aku. Agak selerak lagi. Tak tau nak susun macam mana lagi, tunggu ada duit baru nak cantik lagi. kat sini laa banyak aktiviti aku buat bila free-free.

Rak simpan koleksi. Rak macam Kedai MyDin hohoho..

Ada Mesin Senaman (member punyer, parking sini)

Komputer rosak lak, tue tak ada mood untuk pasang Gundam lagi...!!!

Meja Kerja !!!
Lobby Area (mcm haram).. Nak cari duit untuk mengecat dan pasang kipas siling aaaa, bukan panas tapi berkedap, sebab bilik nie underground.





























Bilik nie gak dulunyer aku buat tempat untuk ternak ikan laga, tapi kurang berjaya aaa. nak cari tempat jual makanan anak ikan tak jumpa... nak buat sendiri malas lak...

Beberapa ekor induk untuk di ternakkan
Beli kat Kedai Setia Wangsa.



Beli kat Pasar Malam Seri Gombak ( Hari Sabtu aje jual). Ada anak ikan kat buih tue.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

widget busuk.org

Labels

Batman (2) Business (18) Gundam (15) Hari Raya (7) HLJ (2) Kamen Rider (7) KFC (1) Kuala Lumpur (47) Langkawi (1) Life (94) LIMA (1) McD (1) Mecha (16) Merdeka (1) Movie (7) News (25) Pahang (2) Perak (4) Place (23) Pulau Pinang (1) Selangor (36) Terengganu (1) Toys (21)